Tahukah anda bahagian otak mana yang terbentuk dahulu dalam hidup manusia?

Tahukah anda pada umur berapa otak manusia berkembang dengan pesatnya?

Tahukah anda bahagian otak mana yang perlu dirangsang terlebih dahulu?

Menurut Dr. Putri Afzan Maria, seorang pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak, otak bahagian kanan terbentuk terlebih dahulu berbanding otak kiri. Proses ini berlaku dengan pesatnya ketika anak berusia 0 – 7 tahun pertamanya.

Manakala, pembentukkan otak kiri pula hanya bermula selepas umur 7 tahun. Perkembangan otak kanan perlu lengkap dahulu sebelum bermulanya perkembangan otak kiri.

Persoalannya, apakah fungsi otak kanan ini?. Apakah kepentingan kepada kanak-kanak yang dalam fasa ‘golden age‘ ini?. Fungsi otak kanan ialah:

  • Imaginasi
  • Kreativiti
  • Empati
  • Intuisi

Perkembangan otak kanan yang baik akan membantu dalam perkembangan otak kiri yang baik juga apabila kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas iaitu apabila mereka sudah bersedia untuk pembelajaran akademik secara formal kelak.

Berhenti daripada pendedahan kepada literasi dan numerasi terlalu awal kepada anak kecil tanpa mempelajari kaedah yang betul kerana khuatir akan merencatkan perkembangan otak kanan mereka yang sedang rancak berkembang.

Digalakkan ibu bapa kini merancang dan melakukan aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak kanan anak-anak mereka secara optimum. Salah satu caranya ialah dengan aktiviti seni kraf.

Bagi yang tidak mempunyai idea untuk beraktiviti seni dengan anak, jangan risau ya. Terdapat banyak pusat seni dan kraf yang ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

Nah! Senarai 10 pusat seni kraf yang boleh anda pertimbangkan untuk menghantar anak-anak anda berkarya.

1. My Art Studio, Ara Damansara

Menawarkan dua program yang berbeza mengikut tahap umur iaitu:

  • Development Art Programs (3-5 tahun)
  • Fine Art Programs (6-11 tahun)

Mempunyai banyak cawangan di Malaysia. Antaranya dibeberapa lokasi berikut:

  • Ara Damansara
  • Kepong
  • Bukit Jelutong
  • Klang
  • Kota Kemuning
  • Bukit Tinggi

Imej via myartstudio.com

2. Art & Bonding, Desa Sri Hartamas

Lokasinya terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Art & Bonding menawarkan pengalaman baru kepada kanak-kanak melalui seni kreatif yang penuh dengan aktiviti menarik.

Alamat: 22-3, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

Tel: 010-650 1212

Imej via kiddy123.com

3. Edenland Center, Taman Segar

Menyediakan suasana yang interaktif, aktiviti yang menarik dan tenaga pengajar yang mempunyai dedikasi yang tinggi. Ini telah menjadikan Edenland Center salah satu pusat seni kraf yang mesti dikunjungi oleh kanak-kanak.

Pengalaman yang dirasai di sini pasti mampu menjadi platform untuk mencungkil potensi yang terdapat dalam diri kanak-kanak sebenar.

Alamat: No. 11A-1, Jalan Perdana 2, Taman Segar Perdana, 43200 Cheras, Selangor.

No tel: 017-2700199

Imej via www.kiddy123.com

4. My Craft Studio, Damansara Jaya

My Craft Studio menyediakan ruang terbuka kepada si cilik dalam mengembangkan bakat dan potensi dalam diri mereka. Kanak-kanak akan belajar pelbagai teknik dan kemahiran melalui seni kraf yang dijalankan disini.

Alamat: 18C, SS22/21, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

No tel: 012-4510105

Imej via the-house.com.my

5. Origami Academy, Publika

Pusat ini menggalakkan perkembangan mental kanak-kanak menerusi bidang seni origami.

Mereka akan belajar kemahiran dalam mereka pelbagai bentuk daripada kertas dan asas geometri yang terdapat dalam seni origami itu sendiri.

Secara tidak langung, seni origami ini akan membantu dalam perkembangan kognitif, kreativiti dan analitik si cilik.

Alamat: Publika Shopping Gallery, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.

No tel: 012-515 5689/03-62112589

Imej via www.kiddy123.com

6. Pandora Artisto Workshop, Kepong

Lokasinya yang terletak di tengah ibu kota menjadikan Pandora sebuah pusat seni kraf yang mudah diakses.

Menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan dalam masa yang sama menggalakkan daya kreativiti kanak-kanak.

Alamat: 52A-1, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.

No tel: 017-6288336/03-62500290

Imej via www.kiddy123.com

7. Picco Artisto Workshop, Rawang

“The happiest moment of my day is when I’m with my students, when I see them smile, when I see the sense of satisfaction and achievement on their faces when their complete a  project”.

Inilah luahan kepuasan oleh Ms. Pauline, pengasas studio ini. Melihat hasil kerja setiap pelajarnya ialah satu kegembiraan dan kebahagiaan buat dirinya sebagai tenaga pengajar.

Seni perlukan minat. Jika anak-anak anda cenderung ke arah bidang ini, buka jalan buat mereka mengembangkan bakat yang ada dengan menghantar mereka ke pusat-pusat seni kraf seperti Picco Artisto. Mereka pasti menjadi artis yang hebat!

Alamat: 69A, Jalan Bandae Rawang 2, Bandar Baru Rawang, 48000 Rawang Selangor.

No tel: 014-9393567

Imej via www.kiddy123.com

8. Little Pick N Paint Studio, Ampang

Menyediakan silibus seni sesuai dari usia 3 tahun lagi. Antara program yang ditawarkan ialah:

  • Toddler/Little PNP
  • Junior PNP
  • Intermediate PNP
  • Watercolour
  • Arcylic
  • Marker
  • Sketching
  • Craft And School Holiday Workshop

Alamat: 89A, 1st Floor, Lorong Memanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor.

No tel: 016-7111964

Imej via www.superdeals.com.my

9. Art Genius, Setapak

Lokasinya terletak di Setapak, Kuala Lumpur menjadikan pusat seni ini menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing bagi mengasah bakat seni mereka.

Terdapat 4 jenis program yang ditawarkan iaitu:

  • Little Artist (3-12 tahun)
  • Youth Artist (13-17 tahun)
  • Adult Artist (18 tahun ke atas)
  • Holiday Program and Workshop

Tenaga pengajar di sini percaya, setiap individu mempunyai keunikkan dan bakat tersendiri. Tiada silibus yang perlu diikuti disini. Malah, pelajar akan diberikan tugasan yang berbeza berdasarkan tahap keupayaan masing-masing.

Alamat: 2-10, 2nd floor, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.

No tel: 012-2272977

Imej via www.artgenius.com.my

10. Apollo Art Class, Petaling Jaya

Apollo Art menawarkan pelbagai medium seni lukis daripada menggunakan water colour hingga ke oil painting. Kelas yang dijalankan sesuai dari kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun.

Mereka akan belajar tentang asas seni, campuran warna, melihat dan mewarna sesuatu objek dari perspektif yang betul. Jangan risau anak-anak anda akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman!

Alamat: Phileo Damansara 1, Suite 203 Block D Level 2, No 9 Jalan 16/11 Off Jalan 46350 Petaling Jaya, Selangor.

No tel: 0126300856

Imej via apolloartclass.blogspot.com

 

Mesti anda semua teruja untuk hantar anak ke pusat seni kraf seperti yang dikongsikan di atas bukan?Jom survey untuk anak-anak!.

 

 

Sumber: kiddy123.com

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.