Kanak-kanak zaman sekarang telah didedahkan dengan pelbagai permainan gajet atau permainan yang menggunakan bateri. Ibu bapa merasakan permainan ini dapat membuatkan anak-anak gembira dan tidak akan kacau mereka ketika melakukan kerja. Ia sememangnya dapat menarik perhatian kanak-kanak dan membuatkan mereka fokus kepada permainan tersebut.

Pada permulaannya, kita lihat keadaan kanak-kanak nampak macam biasa sahaja. Tetapi lama-kelamaan, kanak-kanak akan nampak mula ketagih dengan gajet sehinggakan tidak mahu makan jika selagi tidak dapat gajet. Mereka rasa gajet ini seperti benda ajaib di mana semua jenis video kartun dan permainan ada di dalam gajet. Sebelum perkara ini berlaku kita perlu lakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai aktiviti permainan screen-free untuk kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca.

aktiviti screen-free

Imej via merakilane.com

Permainan screen-free mengikut umur kanak-kanak

Umur 0-1 tahun :

– Sentuhan kulit ke kulit: urut, gomol2, berguling, tepuk2, geletek2.

– Touch different textures. Ambik kain atau soft toys yang ada pelbagai tekstur, bagi anak sentuh pada tapak tangan atau tapak kaki.

– DIY Crib gym. Sila google jadah apa crib gym ni. Boleh DIY dengan gantung soft toys, tali riben, loceng, belon, dan sebagainya. Make sure tangan anak sampai untuk sentuh dan tarik2 benda gantung2 tu.

"

– Ransangan bebola mata. Gerakkan objek atas bawah depan anak.

– Catch mainan sambil merangkak/meniarap

– Sepak atau baling soft toys

– Buku bergambar (tanpa perkataan)

– Bath toys. Main masa mandi. Water play bagus untuk bina water confidence.

– Ketuk periuk guna sudip, ketuk besen guna sudu.

– Sensory bean bag. Buat uncang kacang macam buat batu seremban tu. Tapi buat sebesar tapak tangan anak. Dalam uncang tu letak kacang atau beras yang berbeza jenis. Bagi anak pegang, ramas, gigit, pijak, etc.

– Fine motor activity: tarik plastik keluar dari kotak tisu, kopek selotape dari lantai/dinding

– AVOID SCREEN / ELECTRONIC DEVICES OR BATTERY OPERATED TOYS.

Umur 1-2 tahun :

– Beri ruang untuk anak bergerak dan explore kaki. Anak umur ni biasanya baru belajar berjalan dan berlari. So “toys” yang paling happy kan dia ialah kaki dia sendiri. Elakkan pergi tempat yang anak tak boleh bergerak bebas dan terpaksa duduk diam dalam tempoh yang lama.

– Copying games. Minta anak tiru pergerakan mudah, tiru rentak tarian, tiru lukisan mudah, atau tiru bunyi.

– Always have crayons & paper, or playdoh in your handbag. Sebelum bagi phone, bagi yang tu dulu.

– Stacking toys. Buat menara guna cawan plastik atau mangkuk plastik.

– Shape sorter blocks

– Story books with few words. Satu dua patah perkataan per page dah memadai. And yes, kau yang kena bacakan buku tu. Bukan longgok depan anak dan expect dia baca sendiri.

– Kejar bubbles sambil pijak pasir atau rumput. Budak baru dapat kaki, so let them explore kaki dengan aktiviti2 camni.

– Rattle toys atau benda yang keluarkan bunyi bila digerakkan. Tapi bukan yang battery operated.

– Banyakkan bercakap & bercerita guna different facial expressions

Umur 2-3 tahun :

– Wooden puzzle

– Turning & screwing toys. Contoh: padankan bolt & nut ikut saiz. Atau padankan penutup botol dengan botolnya. Pergerakan memutar tu bagus untuk fine motor.

– Threading activity. Contoh: buat rantai guna tali dan manik, atau sulam tali di celah-celah lubang penapis sayur.

– Asingkan manik atau butang, mengikut warna dan bentuk.

– Tampal kertas manjung banyak2 kat dinding, dan bagi anak bebas menconteng. Atau buat finger painting.

– Mengoyak dan melipat kertas. Guna majalah2 lama. Suruh anak koyak kertas ikut bentuk circle, square, oval. Atau lipat kertas jadi pattern tertentu.

Umur 3-4 tahun :

– Lukis some simple drawings guna highlighter, dan suruh anak trace lukisan tu guna crayon atau marker.

– Aktiviti menggunting dan menampal.

– Play dough / lego modelling. Suruh anak tiru bentuk atau struktur tertentu.

– Early phonics (recognising letter shape & sound). And early maths (counting). Tengok video saya sebelum2 ni.

– Menulis dan melukis atas pasir guna jari atau ranting kayu.

– Kutip siput, batu, bunga, daun, dan kaji corak, bentuk, warna.

– Messy play. Bagi anak main air, water beads, slime, jelly, lumpur, colour mixing guna water colour, etc.

– Role play/ pretend play. Berimaginasi guna props dan costumes.

– Aktiviti guna sepit baju. Bagi anak pro mengepit dulu sebelum expect anak pro pegang pensel.

– Playground/ park visit. Expose them to peer group.

– Ask open-ended questions untuk ransang imaginasi anak: “Why” and “How”. Contoh: “Adik rasa, kenapa kereta ada 4 tayar?” atau “Cuba bayangkan, macam mana kalau kita hidup dalam hutan?” atau “Macam mana hujan boleh turun?”. Ingat, there’s no right or wrong answers. Biarkan anak berfikir.

Umur 4 tahun ke atas :

– More complex building blocks / construction toys

– Galakkan kemahiran bercerita dan mengekspresi idea

– Teamwork. Bina sesuatu secara berkumpulan.

– Aktiviti yang perlu ikut langkah demi langkah. Contoh: buat donat, buat cookies, origami, buat greeting card. This kind of activity sangat membantu bina fokus anak.

– Menghasilkan seni yang lebih complex guna scissors, glue, markers, water colour, pencil colour, stickers, etc.

– Music instruments: Piano, drum, guitar.

– Outdoor play: sand, main hujan, bola, giant bubbles

– Simple cooking experience: Sieving, baking, stirring, rolling, measuring

– Climbing walls / ladder / monkey bars / rocks

*Bagi mengelakkan anak-anak kita dari terjebak dengan gajet, cuba kita lakukan aktiviti permainan yang tidak menggunakan gajet. Ada aktiviti yang sesuai bagi setiap peringkat umur kanak-kanak seperti contoh yang diberi di atas. Anda boleh cuba salah satu aktiviti di atas kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya daripada penulis. Boleh baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.