10 Aktiviti Motor Kasar Yang Anak Harus Cuba!

Anak anda suka melompat?

Anak anda suka berlari?

Anak anda suka memanjat?

Kalau dah dinamakan kanak-kanak, tidak kira lelaki atau pun perempuan, memang akan sukakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang banyak. Malah, kanak-kanak perlu bergerak untuk memenuhi keperluan sensori mereka.

Aktiviti seperti melompat, berlari dan memanjat ini sangat berkait rapat dengan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Menurut Puan Siti Aisyah Rozalli, kemahiran motor kasar adalah kemahiran yang melibatkan:

  • keseimbangan dan kekuatan tubuh
  • pergerakan kasar dari bahagian bahu hingga pergelangan tangan
  • pergerakan kasar bahagian tengah tubuh
  • pergerakan  kasar bahagian kaki

Pelbagai aktiviti yang menarik yang mampu merangsang kemahiran motor kasar kanak- kanak. Mari    kita lihat 10 aktiviti menarik dan pasti menyeronokkan!

1. Laluan Berhalangan

Sejak bayi lagi kita boleh merangsang kemahiran motor kasar anak-anak. Sediakan laluan berhalangan yang terdiri bantal, kotak, tilam dan lain-lain.

Aktiviti ini akan membolehkan bayi untuk merangkak dan memanjat halangan-halangan yang berada di hadapannya. Tambahkan cadar, selimut atau kain yang mempunyai tekstur yg berbeza bagi merangsang sensori tactile mereka.

2. Balance Beam

Aktiviti balance beam ini adalah salah satu aktiviti vestibular yang melibatkan hampir kesemua anggota badan seperti tangan, bahu, tengah badan dan kaki. Kanak-kanak juga belajar untuk  mengimbangkan tubuh badan mereka agar tidak terjatuh daripada laluan yang disediakan.

Balance beam

Imej via decirdelagua

3. Teng Teng

Permainan ini sangat popular bagi kanak-kanak di zaman 80’s. Bukan sahaja seronok malah banyak manfaatnya. Kanak-kanak akan melompat dan belajar untuk mengimbangkan badan mereka dengan sebelah kaki sahaja. Aktiviti ini dapat menguji daya kekuatan otot kaki mereka.

Teng teng

Imej via all4women

4. Berjalan Atas Tape

Permainan  ini sering dijalankan di tadika-tadika untuk membantu kanak-kanak mengawal keseimbangan badan mereka daripada terkeluar daripada kawasan tape.

Mereka boleh berjalan atau melompat di atas tape yang sudah pasti membantu dalam meningkatkan kemahiran motor kasar mereka.

Aktiviti ini bolehlah divariasikan dengan meletakkan mainan seperti buah, kereta atau apa sahaja untuk diambil di penghujung tape agar lebih menarik.

Tape

Imej via /handsonaswegrow

5. Sarang Labah – Labah

Dengan hanya menggunakan tali atau tape, reka satu laluan seperti sarang labah-labah yang besar.  Aktiviti ini akan merangsang kanak- kanak untuk merangkak, melangkah atau membongkokkan badan mereka untuk merentasi halangan yang dibina.

6. Posture Berjalan Berbeza

Di barat, aktiviti meniru gaya atau posture haiwan-haiwan berjalan sangat membantu dalam menguatkan otot-otot tubuh badan kanak-kanak.

Antara yang sering digayakan adalah bear walk, crab walk dan lion jump. Aktiviti ini akan menjadi menarik dengan permainan bertemakan “Animal’s Family” sambil anak-anak dapat meniru dan membezakan bunyi- bunyi setiap haiwan yang dilakonkan.

7. Jungle Trekking

Aktiviti ini akan memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Seperti kita tahu, pengalaman baru dilalui kanak- kanak akan membina laluan neural yang baru di dalam otak mereka.

Semakin banyak laluan baru ini terbina, semakin aktif otak mereka berfungsi. Bukan sahaja memberi manfaat kepada kemahiran motor mereka, malah sangat bagus untuk otak!

Jungle trekking

Imej via .gapyearfamily

8. Canopy Walk

Aktiviti ini sebenarnya sangat mencabar untuk dilakukan. Tidak dapat dinafikan ada juga orang dewasa yang tidak berani atau “gayat” untuk melakukan aktiviti ini.

Namun tidak mustahil, kanak-kanak seawal usia umur 3 tahun mampu berjalan diatas kanopi yang mempunyai ketinggian yang tinggi ini sehingga penghujungnya.

Mereka mampu mengimbangkan badan mereka untuk berjalan, memegang tali dengan baik dan yang pasti mampu mengawal perasaan takut mereka pada permukaan yang tinggi.

9. Merentas Gua

Pasti pengalaman meneroka gua adalah pengalaman yang menarik dan mengujakan untuk anak-anak. Di samping menguji ketahanan otot-otot badan mereka  untuk berjalan, merangkak dan memanjat permukaan gua yang pelbagai, mereka juga dapat belajar hidupan yang sering menjadikan gua sebagai habitat seperti kelawar.

10. Berenang

Sukan renang sangat memberi manfaat kepada anak-anak. Aktiviti ini akan melibatkan hampir kesemua anggota badan mereka iaitu tangan, kaki kepala dan belajar  mengawal pernafasan supaya mereka boleh terapung.

Berenang

Imej via activekids

Selamat mencuba

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Pendapat Anda?

comments

One Response

Add Comment

error: Content is protected !!