Pernah dengar masalah ibu berpantang yang mendakwa bahawa ada sesuatu terkeluar sedikit di bahagian farajnya. Ia kelihatan seperti isi yang terkeluar dari bahagian faraj dan kelihatan seperti kerang busuk yang tersentil. Masalah ini biasa berlaku kepada ibu-ibu berpantang selepas bersalin.

Ia mungkin masalah biasa dan tidak merbahaya tetapi rasa malu apabila ditegur suami ada benda terkeluar di bahagian faraj itu amat memalukan. Semestinya isteri ingin kelihatan cantik di luar dan dalam pada mata si suami. Jangan bimbang, isi yang terkeluar itu boleh kembali masuk ke dalam semula.

Apakah isi yang terkeluar daripada faraj? Adakah ia akan kekal selamanya? Jadi, cuba elak lakukan aktiviti ini ketika berpantang.

Mari kami kongsikan kepada anda mengenai aktiviti yang mengakibatkan keluluran dinding rahim terkeluar dari faraj selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.

keluluran dinding rahim

Imej via Facebook

Apakah isi yang terkeluar di bahagian faraj?

Itulah dinding dalam faraj yang telah terkeluar. Ia tidaklah seteruk vaginal vault prolapse, dimana keseluruhan dinding rahim terkeluar tetapi ia tetap tampak secara fizikal apabila ada lebihan daging yang terkeluar lebih2 lagi ketika mencangkung dan berdiri.

Keluluran dinding rahim sudah menjadi penyakit buat ibu-ibu muda zaman sekarang. Meskipun ia tidaklah merbahaya, ia menjadi satu perkara yang memalukan buat si wanita terhadap suaminya. Dinding rahim yang terkeluar ini boleh berlaku kepada ibu bersalin normal dan juga secara pembedahan. Ini kerana si ibu tidak menjaga dan merawat kembali kekuatan otot pelvik ketika dalam pantang.

"

Otot pelvik yang tenat ketika proses meneran bayi dan juga yang luka ketika proses pembedahan tidak diberi kerehatan sepenuhnya. Inilah yang boleh mengakibatkan dinding faraj terkeluar.

Aktiviti yang membuatkan keluluran dinding rahim

Antara aktiviti yang mengakibatkan keluluran dinding rahim ialah:-

1. Proses bersalin yang lama dan trauma

2. Mengangkat benda berat2 ketika dalam pantang

3. Bangun secara sit up ketika berbaring di dalam pantang.

4. Banyak mencangkung ketika dalam pantang.

5. Bersila, berjalan hentak kaki ketika dalam pantang.

6. Melakukan senaman yang banyak melompat, menggunakan otot perut ketika dalam pantang.

7. Berjimak dalam tempoh berpantang.

8. Tidak amalkan rendaman faraj, bertangas dan amalan jamu rapat pada hari ke 30 sehingga hari ke 44 dalam pantang.

*Selepas bersalin, ibu-ibu perlu menjaga tubuh badan dengan baik dan elak melakukan aktiviti yang membawa kemudaratan pada diri. Berpantang dengan betul dan ikut nasihat doktor. Rehatkan diri daripada melakukan aktiviti yang melibatkan faraj. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .