Kita perlu tekun dalam menterjemahkan akhlak Rasulullah S.A.W. bagi mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh mahupun solehah supaya dapat membentuk sahsiah mereka yang mantap serta cinta akan Islam.

Dalam kehidupan seharian Rasulullah S.A.W., baginda tidak hanya menyeru umatnya melakukan kebaikan sahaja, namun baginda juga menyeru umatnya untuk menunjukkan teladan yang baik dengan melaksanakannya.

Dalam mendidik anak-anak yang semakin hari semakin membesar, terdapat 15 akhlak Rasulullah S.A.W. yang perlu diteladani dalam mendidik anak yang boleh kita contohi. Mudah-mudahan, anak-anak akan membesar menjadi anak soleh solehah.

Imej via [pinterest]
Imej via [pinterest]

1. Bersikap Tegas

Dalam mendidik anak-anak khususnya, akhlak Rasulullah S.A.W. yang patut dicontohi adalah bersikap tegas dengan anak-anak dalam apa jua keadaan.

Tegas disini bukan bermaksud kita harus memukul ataupun memarahi anak-anak sehingga mengganggu emosi mereka tetapi tegas dalam konteks Islam dalam mendidik anak-anak adalah menegur mereka ketika mereka membuat suatu kesalahan.

Sebagai contoh, ketika anak kita melakukan kesalahan, jangan memberi apa-apa kemahuan mereka selagi mereka tidak betul-betul menyesal dengan tindakkan yang mereka lakukan. Itu adalah pengajaran terhadap mereka.

2. Pemaaf

Selain bersikap tegas, akhlak Rasulullah SAW adalah pemaaf dan sifat ini perlu diteladani dalam mendidik anak bagi memastikan anak-anak kita juga mempunyai sifat pemaaf.

Sifat pemaaf merupakan salah satu ciri orang yang bertakwa dan akhlak yang disayangi Allah S.W.T.. Disini kita harus menekankan sifat pemaaf dalam mendidik anak agar mereka dapat memaafkan segala salah dan silap serta menjadi insan yang pemaaf.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.”

(Surah Ali-Imran : Ayat 132)

Dalam kehidupan berkeluarga khususnya sangat dianjurkan untuk meminta maaf bagi yang merasa berbuat kesalahan dan suka memaafkan bagi orang yang diminta maaf. Suka memberi maaf adalah perbuatan yang sangat terpuji. Akhlak Rasulullah ini perlu ada dalam mendidik anak-anak anda.

Rasulullah S.A.W. bersabda : 

“Orang yang kuat bukanlah orang yang kuat berlawan, melainkan orang yang dapat menahan nafsu ketika marah”.

3. Penyayang

Akhlak Rasulullah yang perlu diteladani seterusnya adalah penyayang. Akhlak Rasulullah yang penyayang ini mempunyai banyak kelebihan yang dapat diteladani oleh anak. Sifat penyayang ini akan membawa kebahagiaan dunia akhirat. Ia bererti kita sentiasa mengambil berat tentang mereka dan peka tentang segala masalah mereka.

Imej via [sdi]
Imej via [sdi]

4. Bersikap Lemah Lembut Dengan Anak

Salah satu akhlak rasulullah S.A.W. yang patut kita contohi adalah bercakap lemah lembut dengan anak. Bersikap lemah lembut ini adalah melayan mereka dengan sopan serta memanggil mereka dengan panggilan yang indah-indah. Selain itu, seringlah mendukung anak kecil anda serta mengusap kepala mereka. 

Ada satu kisah dimana Aqra’ bin Habis dari Bani Tamim mengaku bahawa beliau mempunyai 10 orang anak dan tidak pernah mencium anak-anaknya, lalu Rasulullah memandangnya dan berkata :

“Barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi”

5. Ajarkan Tentang Allah S.W.T.

Akhlak rasulullah S.A.W. seterusnya dalam mendidik anak adalah mengajarkan kepada anak-anak tentang mencintai dan kebergantungan kepada Allah S.W.T.. Maksudnya, kita hendaklah mengajarkan kepada anak-anak kita tentang agama. Sabda Rasulullah S.A.W. :

Nak, aku akan memberimu beberapa pelajaran: peliharalah Allah, nescaya Dia akan balas memeliharamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan jika kamu meminta pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya andaikata manusia bersatu-padu untuk memberimu suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan dapat memberikannya kepadamu, kecuali mereka telah ditakdirkan oleh Allah untukmu.”

Imej via [voa-islam]
Imej via [voa-islam]

6. Tidak Menghalang / Mengekang Anak Bermain

Dalam mendidik anak, kita janganlah menghalang anak-anak dari bermain sebagaimana akhlak rasulullah S.A.W. yang amat suka melihat anak-anak bermain. Dari Aisyah R.A. ia berkata :

“Aku dahulu pernah bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi S.A.W. Aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Ketika Rasululah S.A.W. masuk ke dalam rumah, mereka pun bersembunyi dari beliau. Lalu beliau menyerahkan mainan padaku satu demi satu kemudian mereka pun bermain bersamaku.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

7. Mengajar Ilmu Keagamaan

Mengajar ilmu keagamaan merupakan salah satu perkara paling penting perlu diajarkan kepada anak-anak selaras dengan akhlak rasulullah S.A.W. Baginda sering mengajarkan ilmu agama kepada anak-anaknya semenjak kecil lagi.

Jika anak tidak dididik sejak kecil lagi dikhuatiri mereka akan terpengaruh dengan pergaulan yang tidak bermoral dan sebagainya. Cara mengajarkan ilmu keagamaan kepada anak adalah dengan mengajar satu per satu dan bukan secara serta merta.

8. Mengajar Cara-cara Solat

Selain ilmu keagamaan, mengajarkan cara-cara solat kepada anak merupakan salah satu akhlak rasulullah S.A.W. yang perlu diikuti kerana solat itu merupakan tiang agama. Rasulullah S.A.W. bersabda :

Perintahlah anak-anak kalian untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan melakukannya pada usia sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (anak lelaki dan perempuan).”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Imej via [parenting]
Imej via [parenting]

9. Mengajar Bacaan Doa-doa Harian

Mengajar anak-anak dengan bacaan doa harian merupakan salah satu akhlak rasulullah S.A.W. yang ramai tak sedar. Rasulullah SAW berdakwah juga dengan menyebarkan ilmu berkaitan doa kepada umatnya apatah lagi keluarga dan anaknya. Antaranya adalah doa makan, doa masuk tandas, doa keluar rumah dan sebagainya.

10. Mengajar Berpuasa

Rasulullah S.A.W. berpesan supaya turut mengajarkan kepada anak-anak berpuasa. Dengan berpuasa kita dapat menerapkan nilai kesabaran serta membentuk jiwa yang suci dalam kalangan anak-anak kita. Diriwayatkan dari Ar-Rubayyi’ bintu Mu’awwidz, ia berkata :

“Kami menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami buatkan untuk mereka mainan dari kain perca. Jika mereka menangis kerana lapar, kami berikan mainan itu kepadanya sehingga tiba waktu berbuka.” 

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

11. Mendidik Anak Agar Berbakti Kepada Orang Tua

Mendidik anak agar berbakti kepada orang tua sering diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada anak-anaknya. Dalam Islam sendiri telah menitikberatkan tentang betapa berdosa besar jika derhaka kepada orang tua kita. Betul tak?

12. Mendidik Anak Terapkan Akhlak Mulia

Akhlak Rasulullah sering dikenali sebagai seorang yang mulia dan paling baik di muka bumi ini. Sifat seseorang itu dapat dinilai dengan 2 perkara iaitu agamanya dan akhlaknya. Rasulullah S.A.W. sering mengajarkan nilai-nilai kebaikan kepada anak-anaknya, insyaallah kita pun boleh ikut bersama dalam mendidik anak kita, mudah-mudahan.

Imej via [freepik]
Imej via [freepik]

13. Tidak Memilih Kasih Antara Anak-Anak

Rasulullah S.A.W. tidak juga pernah memilih kasih diantara anak lelaki dan perempuan atau semua anak-anaknya. Rasulullah juga berpesan supaya berlaku adil dengan anak-anak dan jangan memilih kasih. Hebatnya akhlak rasulullah S.A.W.

14. Mengajar Pekerjaan Rumah Tangga (Bagi Anak Perempuan)

Dalam mendidik anak perempuan khususnya, Rasulullah S.A.W. mengajarkan hal-hal pekerjaan rumah tangga seperti memasak, mencuci pakaian dan membersih rumah. Ini juga penting dalam islam kerana kudrat wanita adalah menjadi isteri bukan mencari nafkah untuk keluarga, tetapi membantu hal rumah tangga.

15. Mengajar Batas Pergaulan Antara Perempuan Dan Lelaki

Akhlak Rasulullah S.A.W. dalam mendidik anak-anak juga meliputi pergaulan. Beliau sering mengajarkan batas-batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan, tentang menjaga pandangan dan juga dosanya mendekati zina. Ia perlu diteladani dan dicontohi oleh kita.

Imej via [nurelhikmah]
Imej via [nurelhikmah]

Dalam mendidik anak, kita perlu banyak bersabar serta tidak berputus asa dengan segala karenah mereka. Insyaallah, tiba masanya nanti anak akan jadi terbaik untuk anda. Jom baca juga Doa penerang hati anak, Tuntutan nafkah anak, Petua dapat anak kembar dan Taska atau tadika untuk anak.

Rujukan:

  1. bharian
  2. republica
  3. Siraplimau

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.