Remaja zaman kini, susah untuk kita cari yang beradab dengan orang yang lebih tua. Ramai di kalangan remaja sekarang yang kurang beradab di hadapan orang tua. Mereka berkomunikasi dengan orang tua menggunakan bahasa yang kurang enak didengari.

Mungkin disebabkan pengaruh dari barat yang membuatkan remaja di Malaysia menjadi kurang beradab. Oleh itu kita perlu membuat sesuatu agar perkara ini berhenti dan melahirkan remaja yang penuh adab sopan di hadapan orang tua. Bagaimana?

Itu sememangnya tanggungjawab ibu bapa. Siapa lagi yang akan mengajar anak untuk beradab di rumah kalau bukan ibu bapanya sendiri. Jadi sebelum anak memasuki usia remaja, ibu bapa perlu mengajar anak cara-cara adab berkomunikasi.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ajari anak adab berkomunikasi dengan orang tua. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting.

ajar anak adab berkomunikasi
Imej va Facebook

5 Adab berkomunikasi dengan orang yang lebih tua

1. Ajar anak MINTA IZIN kalau nak menggunakan atau pinjam barang orang lain

2. Ajar anak MINTA MAAF ketika tersilap atau terbuat kesalahan secara sengaja ataupun tidak sengaja

3. Ajar anak guna perkataan MINTA TOLONG jika nak minta sesuatu daripada orang lain

4. Ajar anak ucap TERIMA KASIH dan berikan SENYUMAN kepada orang yang memberikan bantuan ataupun ketika mendapat pemberian daripada seseorang

5. Ajar anak untuk gunakan seindah indah perkataan ketika bergaul dengan kawan kawannya kerana anak anak yang pandai memilih perkataan akan menjadi lebih hebat dan menyerlah dibandingkan anak anak yang bercakap sesuka hati tanpa sebarang tapisan.

*Di usia kanak-kanak, mereka akan lebih terbuka untuk belajar benyak perkara. Jika kita serapkan adab di dalam diri mereka, adab itu akan kekal sehingga mereka dewasa. Kemudian, mereka akan ajar pula adab-adab kepada waris seterusnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.