Sebagai ibu ayah, tidak dinafikan, melepaskan anak untuk berdikari adalah suatu perkara yang sukar.

Namun, mahu atau tidak mahu, apabila sudah tiba masanya, kita terpaksa juga melepaskan mereka suatu hari nanti.

Oleh itu, anak perlu diajar dan belajar berdikari untuk ‘survive’  dalam dunia baru mereka tanpa kita ibu ayah di sisinya.

Foto Kredit : parentfootprint.com

APA ITU MENJADI ‘SURVIVOR’ ?

‘Survivor’  adalah seseorang yang tahu menguruskan diri sendiri dari segi emosi, keperluan sosial, keperluan fizikal, barangan harian, dan sebagainya.

Ya, anak-anak wajib diajar menjadi ‘survivor’  agar mereka dapat berdikari apabila kita tidak bersama mereka kelak.

Foto Kredit : f1.panorama.com.ve

‘SURVIVOR’  HARUS BIJAK MENGURUSKAN DIRI

Menguasai kemahiran pengurusan diri seiring dengan tahap perkembangan anak adalah sangat penting.

Jika anak berusia 3 tahun, sepatutnya mereka sudah boleh diajar untuk mengemas permainannya ke dalam bekas.

Jika anak berusia 5 tahun, sepatutnya mereka sudah tahu mengemas barangnya sendiri di pra-sekolah tanpa bantuan guru.

Jika anak berusia 6 tahun, mereka sepatutnya sudah tahu menjaga kebersihan diri yang asas dan tahu menyesuaikan keperluan dirinya dengan keperluan persekitaran. Sebagai contoh, jika di tadika, anak ini sudah tahu untuk menyimpan baju persalinannya di dalam beg sendiri.

Foto Kredit : babytoothpastes.com

KENAPA PENTING UNTUK ANAK BELAJAR MENJADI ‘SURVIVOR’?

Mempunyai keupayaan mengurus diri adalah ‘essential’  atau keperluan yang sangat penting untuk anak-anak. Seorang anak yang tahu menguruskan dirinya akan :

  • mudah menguruskan emosinya
  • mudah bergaul dengan rakan
  • tahu mempertahankan dirinya daripada dibuli
  • berdisiplin dan teratur dalam menyiapkan tugasannya
  • tahu tanggungjawabnya di sekolah dan di rumah
  • tahu tanggungjawabnya sebagai seorang inidividu (pelajar, anak, rakan)
  • mudah berempati dengan orang lain
  • boleh berbincang jika tidak dapat apa yang dimahukannya
  • mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi

Sekiranya anak tidak diajar untuk menjadi ‘survivor’, perkara sebaliknya akan berlaku dan anak pasti akan berasa tertekan.

Foto Kredit : theconversation.com

BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MEMBANTU ANAK MENJADI ‘SURVIVOR’?

Lakukan 3 perkara ini untuk membantu anak menjadi ‘survivor’ :-

  • Biar anak belajar buat sendiri.
  • Biar anak belajar selesaikan sesuatu perkara itu sendiri.
  • Biarkan anak belajar bantu diri sendiri.

Ibu bapa yang bersikap terlalu ‘protective’  akan menyebabkan anak menjadi takut-takut dan kurang keyakinan diri.

Foto Kredit : verywell.com

TANDA-TANDA ANAK YANG KURANG YAKIN DIRI

Berikut merupakan tanda-tanda anak yang kurang keyakinan diri :-

  • Kelihatan terlalu pemalu apabila bersama dengan orang yang tidak dikenali.
  • Sukar menjawab soalan apabila ditanya.
  • Sering mengadu dengan luahan dirinya sebagai ‘victim’  atau mangsa (contoh: “kawan-kawan tak bagi saya main buaian”).
  • Terlalu takut apabila melakukan kesalahan.
  • Tidak tahu bagaimana untuk membetulkan kesalahannya.
  • Tidak suka apabila diberi aktiviti atau latihan di luar ruang selesanya (contoh : membuat latihan yang sedikit sukar berbanding yang biasa dibuatnya).
  • Sukar bernegosiasi.
  • Kelihatan sering melawan atau memberontak di sekolah (ada anak memberontak secara diam, ada anak yang memberontak secara lebih vokal).

Anak yang mempunyai tanda-tanda di atas memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam usaha membentuk mereka untuk menjadi ‘survivor’.

Foto Kredit : visualfunding.com

TIPS MENANGANI ISU ANAK YANG KURANG YAKIN DIRI DI TASKA / SEKOLAH

Setiap kali anak mengadu dibuli rakan, tanya kepada guru akan hal sebenar (bukan di hadapan anak, kerana anak akan menganggap ibunya sedang ‘back up’  dirinya dan seterusnya memberi anak idea bahawa ibunya boleh dimanipulasi).

Jika guru maklumkan bahawa benar, memang rakan ada membuli anak tetapi anak hanya pasif tanpa mempertahankan diri, ajar anak ‘social story’  bagaimana untuk mempertahankan diri. (Contoh : pergi dari situ dan jangan dekati rakan yang suka membuli, beritahu rakan yang membulinya untuk berhenti membuli, beritahu guru setiap kali rakan mula membulinya).

Setiap kali anak mengadu dimarahi guru, tanya kepada guru hal sebenar (tetapi bukan di hadapan anak). Cuba dapatkan punca anak dimarahi atau ditegur (ada anak-anak yang tidak biasa ditegur kesalahannya mendefinisikan teguran sebagai marah). Berikan ‘social story’  dan latihan di rumah bagi membantu anak memahami mengapa dia ditegur oleh guru.

Foto Kredit : annahar.com

AJAR ANAK JADI ‘SURVIVOR’  MULAI SEKARANG

Aktiviti pengurusan diri sering dipandang ringan, tetapi impaknya adalah amat besar buat anak. Pastikan anak menguasai kemahiran pengurusan diri selari dengan usianya.

Biar anak belajar ‘survive’. Usah terlalu manjakan mereka dengan melakukan semua perkara untuk mereka.

Lebih baik ianya susah untuk anak buat masa sekarang, berbanding mereka susah di kemudian hari kerana tidak tahu cara untuk ‘survive’.

Ayuh ibu ayah, kita ajar anak untuk menjadi ‘survivor’. Jom mulakan sekarang!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

Nota : Disertakan ‘screenshot’  ‘milestone’  perkembangan kemahiran pengurusan diri dari buku Senarai Semak & Aktviti Pengukuhan Pengurusan Diri untuk rujukan anda.

Sumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli

Sumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli

Sumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli

Penulis: Siti 'Aisyah Rozalli

Siti 'Aisyah Rozalli

Merupa seorang Occupational Therapist. Bertanggungjawab melakukan penilaian perkembangan bagi mengenal pasti jika anak anda ada kelewatan dalam kefungsian hariannya. Rajin berkongsi tentang perkembangan awal kanak-kanak. Boleh dihubungi Facebooknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.