Jom cuba resepi agar agar santan ini.

Banyak variasi agar-agar yang segar dan menarik. Selain agar-agar resepi biasa, agar-agar santan juga termasuk antara menu yang disukai. Bahkan agar-agar santan turut menghiasi gerai-gerai makanan yang dijual di tepi jalan.

Ramai yang membuat agar-agar santan kerana rasanya yang sedap dan bentuknya yang menarik. Antara agar-agar santan yang favorit ialah agar-agar santan pandan.

Agar-agar santan pandan resepi daripada  yang dikongsikan di Facebook ini telah banyak mendapat like dan share di Facebook. Gerenti resepi mudah dan favorit ini mesti anda suka.

Agar-agar santan amat sedap dimakan jika disejukkan lebih dulu. Terasa sangat segar dan melepaskan dahaga. Makan sebagi dessert tengah hari mahupun petang-petang memang sangat awesome. Tunggu apalagi, jom cuba resepinya.

Resepi Agar-agar Pandan

agar-agar santan pandan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 10 g agar-agar,
  • 3 cawan santan pekat,
  • 1 cawan air pandan,
  • 2 cawan air,
  • Setengah cawan gula, kalau mahu manis boleh tambah gula,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit pewana hijau.

Cara-cara :

  1. Mula-mula masak agar-agar dengan 2 cawan air sampai hancur.
  2. Jika sudah hancur, boleh tuang gula, air pandan, santan dan garam.
  3. Sentiasa kacau sampai mendidih supaya santan tidak pecah lemak.
  4. Jika sudah mendidih, tutup api.
  5. Tapis dan tuang ke dalam acuan.
  6. Sejukkan.
  7. Siap.
agar-agar pandan

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi agar-agar pandan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.