Apabila keghairahan semakin berkurangan, si isteri sering mendapati bahawa sukar untuk menjaga suami mereka yang berminat kepada mereka secara seksual. Berikut ialah tips dan cara untuk mendapatkan minat suami anda kembali dan mengekalkannya.

tips hubungan

1. Buatkan Suami Anda Sentiasa Mendambakan Sesuatu Daripada Anda

Bina sedikit persekitaran yang misteri dalam perkahwinan anda. Apa itu persekitaran yang misteri? Sentiasalah menjadikan suami anda tercari-cari atau tertanya-tanya tentang tabiat atau peribadi anda berdasarkan kelakuan anda ketika bersamanya. Ianya akan membuatkan suami anda mendamba-dambakan dan akan sentiasa bersama-sama anda untuk mengetahuinya. Jangan serlahkan diri anda sepenuhnya.

Tunjukkan kepadanya tanda-tanda yang boleh mengelirukan dan membuatkannya lebih ingin tahu lebih lanjut tentang diri anda. Jadikan diri anda seolah-olah seperti anda menguasai hubungan pada sesuatu masa, kadang-kala bersikap lemah-lembut, kadang-kadang bersikap nakal atau bersikap selamba dan sebagainya. Ini akan menjadikannya terus tergila-gilakan anda dan pasti si dia akan terus meneroka diri anda.

2. Bersikap sedikit nakal atau jahat pada sesuatu ketika

"

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa maksudnya bersikap nakal dan jahat? Dalam perkahwinan, semestinya perangai atau sikap bersama pasangan mestilah sentiasa dikawal dan sentiasa menunjukkan perilaku yang baik. Namun, ada ketikanya, anda selaku isteri, perlu menunjukkan sisi gelap yang mungkin boleh membuatkan si suami terkejut dan terkesima seketika. Ini akan membuatkan si suami berfikir sejenak.

Tapi, jangan melebih-lebih pula ya. Takut terjadi pertelingkahan pula. Bila anda bersikap sedikit nakal, ini akan mengekalkan kuasa dan pengaruh anda sebagai penggoda di mata suami anda. Jadi, cubalah untuk bersikap nakal kepada suami anda, pasti si suami tidak akan terlalu bosan dengan anda.

3. Tingkatkan daya tarikan seksual anda

Jangan terlalu cepat berpuas hati dengan diri anda selepas berkahwin. Jadikan diri anda sentiasa menarik di mata suami dan sentiasa mendambakan belaiannya. Hiasi diri anda dengan memakai haruman yang wangi, pakaian yang cantik dan sesuai dengan personaliti anda. Semua usaha ini akan menjadikan diri anda lebih yakin dan menjadikan suami anda akan terus tergila-gilakan anda.

4. Kenali keperluan emosi dan kehendak suami

Anda selaku isterinya seharusnya tahu perkara-perkara yang disukai dan diminati oleh suami seperti warna kegemarannya, lagu kesukaannya, makanan yang dia suka makan dan lain-lain lagi. Berikan kejutan kepadanya dengan selalu menyediakan kegemarannya. Sesuaikan diri anda dengan minat, keperluan dan perangainya. Si suami pasti akan terus mencintai dan mendambakan anda bila anda mampu menguasai minat dan kehendaknya.

5.Sentiasalah menghormati dirinya

Antara harapan utama seorang suami adalah dengan mendapat penghormatan daripada pasangan hidupnya. Jadikanlah dirinya berasa sentiasa dihormati melalui tutur kata dan tingkah-laku anda yang menggambarkan kepentingan dirinya dalam hidup anda.

6.Buatkan dirinya berasa bahagia

Tingkatkan keyakinan suami anda kepada anda dengan menyatakan kepadanya apa sahaja yang anda suka tentang dirinya. Beritahulah kepadanya dengan sepenuh hati dan menunjukkan anda betul-betul menghargai dirinya. Sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa dipuji dan disayangi. Ini pasti akan membuat suami anda terus terpaut dengan diri anda selamanya.

7. Berikan sokongan moral kepadanya

Selalulah untuk memberitahu si suami yang anda sentiasa berada di sampingnya dalam setiap perkara yang dilakukannya. Puji dirinya pabila dia berusaha untuk melakukan sesuatu dan sentiasala memotivasikan dirinya bila berdepan dengan sesuatu masalah. Elakkan daripada bertengkar dengannya walaupun perkara yang dilakukannya tidak menepati cita rasa anda.

8. Buatkan dirinya berasa terbaik ketika di kamar

Penonjolan perasaan tidak puas ketika bersama akan menyebabkan si suami hilang keyakinan dan menjatuhkan moralnya. Sebaiknya pujilah dirinya atas segala yang diberikan kepada anda ketika bersama di kamar. Namun, janganlah sampai terlalu berpura-pura hinggan disedari si suami semata-mata untuk menunjukan kepuasan anda semasa bersama. Ini akan menjadikan dirinya seolah-olah telah diperbodohkan.

9. Goda dirinya

Beli pakaian dalam khas untuk anda menggoda si dia. Jika dia ingin melakukan hubungan seks dengan cara yang berlainan daripada biasa, ikut sahaja permintaanya. Sudah tentu anda boleh beritahunya jika anda tidak selesa dengan perubahan itu dengan menyatakan cara-cara yang boleh digunakan untuk memuaskan hati kedua-dua pihak.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .