Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema sehingga ke penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut. Coronavirus berpunca daripada negara China iaitu Wuhan. Dari situ coronavirus ini tersebar sehingga ke negara lain.

Coronavirus atau Covid-19 boleh tersebar apabila seseorang (dijangkiti virus) itu batuk atau bersin (tanpa mengamalkan etika batuk dan bersin), maka rembesan (sekresi) itu akan melekat pada sebarang permukaan seperti meja. Berpunca dari situ, Covid-19 ini tersebar dengan cepat dan meluas. Apabila individu tidak dijangkiti menyentuh permukaan yang terkena droplet (rembesan) dan disapu pada rongga tubuh seperti hidung …di situlah keadaan yang mengakibatkan berlakunya transmisi.

Sepanjang Covid-19 ini dikaji oleh para saintis, terdapat beberapa soalan umum yang ditanya oleh masyarakat. Persoalan ini telah dijawab oleh World Health Organisation (WHO).

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 persoalaan tentang coronavirus. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suhazeli Abdullah. Doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar  perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termasuk isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam.

soalan coronavirus

Imej via Suhazeli.com

6 Persoalan tentang Coronavirus

S1: Adakah antibiotik berkesan menghalang dan merawat coronavirus (2019-nCoV)?

J1: TIDAK. Antibiotik tidak bertindak terhadap virus, ia hanya bertindak ke atas bakteria. 2019-nCoV adalah sejenis virus, jadi tidak boleh digunakan untuk menghalang dan merawat (case).

S2: Adakah coronavirus (2019-nC0V) mudah menjangkiti orang tua atau orang muda juga?

J2: Manusia pelbagai umur boleh dijangkiti oleh virus. Orang tua atau mana-mana yang sudah mempunyai masalah perubatan dilihat lebih cenderung menjadi teruk apabila dijangkiti virus.

"

S3: Boleh ke haiwan peliharaan di rumah menyebarkan coronavirus (2019-nCoV)?

J3: Buat masa ini, tiada bukti berkawan rapat dengan anjing/kucing boleh dijangkiti virus ini. Walau bagaimanapun adalah lebih bijak membasuh tangan dengan sabun dan air setelah memegang haiwan peliharaan tersebut.

S4: Adakah terdapat rawatan khusus untuk mencegah atau merawat coronavirus (2019-nCoV)?

J4: Hingga tarikh ini, tiada ubat khusus dicadangkan bagi mencegah atau merawat virus ini. WHO sedang membantu membuat kajian dan usaha pembangunan dengan pelbagai pihak.

S5: Adakah vaksin mencegah pneumonia boleh melindungi kita dari virus 2019nCoV?

J5: Tidak. Vaksin mencegah pneumonia tidak bekalkan perlindungan ke atas 2019-nCoV. Virus ini baharu dan berbeza. Ianya memerlukan vaksin tersendiri.

S6: Adakah selamat terima surat atau bungkusan dari China?

J6: Ya, selamat. Penerima bungkusan dari China bukan berisiko dijangkiti virus #2019nCoV. Analisa sebelum ini, kami ketahui bahawa virus itu tidak mampu hidup lama atas barangan, seperti surat atau bungkusan.

*Soalan-soalan ini lazim ditanya oleh masyarakat dan WHO telah menjawabnya. Lebih-lebih lagi soalan nombor 6 iaitu menerima barang dari China. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri, pastikan selalu basuh tangan dengan sabun terutama selepas melakukan aktiviti. Jika sakit selsema atau batuk, perlu pakai penutup mulut untuk menghindari daripada penyakit itu terus tersebar.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.