Menjadi idaman ibu bapa untuk mendapat anak yang CERDIK, GENIUS dan PINTAR. Usia bayi antara 0-3 bulan adalah tempoh dimana tahap perkembangan otak yang paling pesat berlaku dalam hidupnya.

Adalah penting untuk ibu bapa merangsang kesemua sensori mereka supaya otak bayi anda dapat berkembang dengan baik. 

Persoalannya, bagaimana cara untuk menambahkan sel otak bayi? Ikuti 5 cara mudah yang dikongsi oleh Pakar Otak, Dr. Rizal Abu Bakar ini.

1. Sentuhan

Sensori ini boleh dirangsang terutamanya melalui urutan dan pelukan. Tiada bayi yang tidak suka diurutkan? Mereka akan berasa tenang, tersenyum dan ketawa setiap kali diurut.

Keadaan ini dapat memberi kesan positif kepada perkembangan psikologikal dan sosial bayi melalui ikatan yang terjalin di antara bayi dan kedua ibu bapanya.

Baby Massage

Imej via tacomalibrary

2. Bercakap

Apabila ibu bapa sering berbual-bual dengan bayi mereka, sensori auditori bayi akan dirangsang. Bahagian otak yang berkaitan dengan sensori auditori ini akan menjadi aktif dan terus berkembang.

Komunikasi yang terhasil akan dapat membantu juga perkembangan bahasa bayi anda.

baby talk

Imej via cognikids

3. Warna

Apabila kita mendedahkan bayi dengan pelbagai jenis warna yang ada disekelilingnya, sensori visual mereka akan dirangsang dengan baik.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendedahkan bayi dengan warna seperti melalui alat permainan yang berwarna-warni atau bermain dengan warna air yang selamat untuk bayi.

baby with colour

Imej via linkedin

4. Ruang

Wujudkan ruang yang luas untuk anak bebas bergerak dan bereksplorasi dengan kawasan disekelilingnya. Cipta satu permainan “laluan berhalangan” seperti menyusun bantal, selimut atau kotak-kotak yang berlainan tekstur permukaan.

Permainan ini dapat merangsang kemahiran psikomotor mereka melalui pergerakan merangkak, berguling dan memanjat serta sensori sentuhan, tactile apabila menyentuh permukaan yang berlainan tekstur itu tadi.

baby and space

Imej via mommytomax

5. Companionship

Wujudkan suasana berkawan dengan anak samada bersama adik-beradik yang lain atau bayi-bayi yang lain yang sebaya dengan mereka.

Perkara ini sangat membantu dalam perkembangan bahasa dan kemahiran sosial mereka melalui komunikasi dua hala yang berlaku di antara satu sama lain.

 

babies

Imej via nydailynews

Dr. Rizal Abu Bakar juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak memberi gadjet kepada bayi di awal usia ini.

Walaupun animasi yang dipaparkan berwarna-warni dan pelbagai bunyi-bunyian yang terhasil daripada alatan digital ini, namun penggunaannya akan mengundang pelbagai kesan buruk kepada perkembangan anak-anak. Sila haramkan penggunaan gadjet kepada anak-anak anda ya!

baby with gadjet

Imej via mirror.co

Sumber: Artikel asal adalah daripada perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar di laman facebook beliau.

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.