3 Langkah Mudah Urus Anak DiHari Raya

Tup..tup..tup..Kita sudah sampai ke penghujung Ramadan. Bermakna, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Segala macam persiapan telah dibuat. Sudah pasti, ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan segala persiapan buat keluarga.

  • Baju Raya
  • Kasut Raya
  • Seluar Raya

Semuanya telah tersedia.

Namun, bagaimana pula dengan persediaan MENTAL ibu bapa dalam menguruskan anak-anak sepanjang musim perayaan ini?

Bagaimana cara untuk memastikan anak mengikut arahan kita?

Bagaimana cara untuk memastikan anak boleh duduk sopan tidak ‘huru-hara’ di rumah orang nanti?

Imej via justkhai.com

Saya pasti semua ibu bapa akan mengalami saat-saat dimana ‘darah tinggi’ naik memuncak akibat hilang kesabaran dengan perilaku anak di hadapan orang ramai.

Bawa bertenang semua, ikuti tips dari OT Puan Siti ‘Aisyah tentang bagaimana menguruskan anak di hari raya yang bakal menjelma.

Antara kaedah yang digunakan adalah memberi Social Story atau Cerita Sosial untuk anak-anak faham Do’s and Dont’s dalam setiap persekitaran.

Menurut Puan Siti Aisyah, cerita sosial ini perlu dimulakan lebih awal. Tidak perlu tunggu masa hari kejadian untuk laksanakan.

Bagaimana cara untuk laksanakan cerita sosial ini?. Ikuti 3 langkah mudah ini:

1. Lihat Gambar

Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melihat gambar terlebih dahulu berkaitan cerita sosial yang ingin dilaksanakan.

Contoh tingkahlaku/adab yang ingin diamalkan:

  • Minta izin sebelum mengambil kuih

Imej via facebook

  • Tidak berlari-lari di rumah saudara

Imej via facebook

  • Bersalaman dengan saudara

Imej via facebook

Lukis sahaja apa tingkahlaku atau adab sopan yang kita ingin anak-anak amalkan ketika menziarahi sanak saudara kelak.

Cara ini akan memudahkan mereka untuk mengingati setiap perilaku tersebut dengan baik.

2. Ibu Bapa Memberi Penerangan

Terangkan apa yang dimaksudkan dengan setiap gambar yang ditunjukkan satu persatu kepada anak.

Ibu bapa seharusnya memberi penerangan yang ringkas dan mudah difahami oleh si anak.

3. Bincang Bersama Anak

Ajak anak untuk turut serta berbincang bersama-sama supaya dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang tingkahlaku yang sepatutnya mereka lakukan.

Proses cerita ini bolehlah dilakukan beberapa kali/sesi bersama anak-anak agar mereka mudah faham dan mengingati setiap cerita sosial yang disampaikan.

Cerita Sosial tidak hanya terhad tentang adab yang ingin diamalkan semasa hari raya. Namun, kaedah ini juga boleh dilakukan dalam modifikasi tingkahlaku anak-anak  untuk memperbaiki tingkahlaku negatif seperti memukul, menjerit, mengigit dan sebagainya.

Semoga kita sekeluarga dapat berhari raya bersama dengan gembira pada tahun ini. Selamat Mencuba!

 

Sumber: Perkongsian Puan Siti ‘Aisyah Rozalli di laman facebook beliau.

 

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!