Pada tahun 1796, seorang pakar perubatan bernama Edward Jenner telah berjaya menunjukkan bahawa manusia boleh mendapatkan kekebalan terhadap penyakit cacar dengan memberikan suntikan virus vaccinia (Cacar lembu) terhadap seorang budak lelaki berusia 13 tahun. 2 tahun kemudian, vaksinasi terhadap penyakit cacar telah boleh dibuat apabila vaksin cacar yang pertama telah diperkenalkan (Sumber: The Immunisation Advisory Centre).

Vaksinasi merupakan pemberian suntikan mikrob untuk merangsang sistem imun terhadap mikrob tersebut, dan dengan itu boleh mengelakkan penyakit (Definisi daripada medicinenet.com). Dengan kata lain, sistem melawan penyakit alamiah dalam badan dirangsang dengan cara “memperkenalkan” mikrob tersebut dengan badan kita.

Mikrob yang digunakan (bakteria, virus, dan sebagainya) adalah mikrob yang telah DIBUNUH. Selain itu, vaksin yang dihasilkan harus diuji dengan sehingga dibuktikan selamat untuk digunakan dan dipasarkan.

Vaksin yang telah diuji dan disahkan selamat juga akan dipantau secara berterusan. Ini adalah untuk mengenalpasti kesan-kesan sampingan penggunaan vaksin tersebut yang tidak dikesan semasa pembangunan vaksin tersebut.

Jadi, berikut merupakan beberapa fakta pemberian vaksin yang dikongsikan oleh Dr. Afiq Rahim.

Tuan puan, angka tidak menipu.

Statistik peningkatan kes penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin semakin meningkat.

Apakah Akibat Penolakan Vaksin?

Antara penyumbang terbesar peningkatan kes difteria, demam campak dan batuk kokol adalah kerana penolakan vaksin.

Apakah Status “Penolakan Vaksin” Pada Peringkat Global?

Malahan WHO telah meletakkan salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam 2019 adalah penolakan vaksin.

Berapakah Harga Yang Perlu Dibayar Untuk Mendapatkan Vaksinasi?

Di Malaysia, vaksin berjadual untuk kanak-kanak masih diberikan secara PERCUMA.

Gunakanlah manfaat ini sebaiknya. Jika ada keraguan dan kemusykilan, bertanyalah pada anggota kesihatan yang bertauliah.

Jangan jadikan individu dengan profile akaun palsu, acah-acah doktor gugel dan sewaktu dengan sebagai sumber rujukan.

Kelak membinasakan.

Fakta Vaksinasi
Imej via Facebook Dr Afiq Rahim

*Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kita semua terutamanya golongan ibu bapa agar dapat membuat keputusan yang tepat untuk masa depan anak-anak. Jangan lupa share untuk pengetahuan orang lain di luar sana ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Afiq Rahim

Dr Afiq Rahim

Dr Afiq Rahim merupakan seorang pegawai perubatan dan penulis buku yang rajin berkongsi tips kesihatan di status sosial media terutamanya di Facebook dan Twitter. Mula berbakti di tanah air sebaik sahaja tamat pengajian di Kolej DiRaja Pembedahan Ireland (RCSI).

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.