jom ketahui tanda tanda nak datang bulan. Boleh juga dijadikan rujukan untuk lelaki.

Setiap bulan, sebelum haid datang, badan kita akan mengeluarkan tanda awal. Cuma kita yang tak perasan. Tau-tau dah bocor. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tanda nak period yang ramai wanita tak perasan.

tanda nak period

Sumber: Bnews

1. Mood swing

Ini adalah tanda yang paling ketara anda nak datang bulan. Mood swing memang tak boleh dikawal. Bukan sengaja, bukan dibuat-buat. Emosi jadi tak stabil disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Sekejap anda rasa nak marah 24 jam. Pantang ada yang tak kena, siaplah.

Ada masanya pula anda rasa sedih yang teramat, sikit sikit nak menangis. Paling kerap, rasa takde mood. Anda juga mungkin jadi mudah sentap. Terlalu sensitif.

2. Senggugut

Senggugut adalah tanda kedua yang biasa berlaku bila anda nak datang bulan. Setiap wanita akan mengalami senggugut setiap bulan. Apa yang membezakan ialah tahap kesakitan. Bagi yang bernasib baik, anda cuma akan merasa ketidak selesaan atau cramp perut sahaja.

Ada juga yang mengalami senggugut teruk sehingga berguling-guling atas katil. Terpaksa ambil cuti sakit untuk satu atau dua hari.

3. Keputihan

Tanda kedua ialah keputihan. Keputihan adalah cecair yang keluar dari kemaluan. Warnya putih jernih tanpa bau atau sebarang kegatalan. Lama-kelamaan keputihan akan bertukar warna menjadi coklat, dan seterusnya menjadi kemerahan apabila darah haid anda mula keluar.

4. Sembelit atau cirit-birit

Perubahan hormon menjelang datang bulan juga akan menyebabkan sistem pencernaan anda terganggu. Anda mungkin mengalami masalah sembelit, atau juga terkena cirit-birit. Ianya berbeza bagi setiap wanita. Malahan berbeza bagi setiap bulan pada wanita yang sama. Bulan ni nak period kena sembelit, bulan depan cirit-birit pula.

5. Mudah penat

Perubahan hormon dalam badan akan menyebabkan anda berasa mudah penat & lesu. Kepenatan yang dimaksudkan ialah kepenatan yang melampau & lain daripada biasa.

tanda nak period

Sumber: Tech2

6. Kaki & tangan membengkak

Apabila hampir dengan waktu datang bulan, anda mungkin perasan yang tangan & kaki anda kelihatan lebih besar seolah-olah membengkak. Ini berlaku kerana perubahan hormon menyebabkan badan terutamanya kaki & tangan mengalami water retention iaitu air terkumpul dikawasan tersebut.

7. Kekeringan vagina

Wanita yang sudah berkahwin akan perasan bahawa mereka mengalami keadaan vagina kering sewaktu bersama suami setiap kali dah nak datang bulan. Keringan yang berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan.

8. Dinding vagina menebal

Apabila anda nak datang bulan, dinding vagina akan menebal sebagai persediaan. Sewaktu bersama suami, anda akan terasa dinding vagina anda menebal.

9. Loya dan mual

Ada wanita akan berasa loya dan mual bila nak datang bulan.

10. Perubahan berat badan

Ada orang, berat badannya akan menurun tiap kali nak datang bulan. Ada orang, berat badannya akan naik.

tanda nak period

Sumber: Familyfitnesscenters

11. Perut buncit

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh kaum wanita. Asal nak period je, perut jadi buncit daripada sedia kala. Jenuh nak berbengkung, pakai girdle, pakai korset semata-mata nak sorokkan perut buncit.

12. Perut sebu

Selain menjadi buncit, perut juga akan terasa sebu apabila anda nak datang bulan. Rasa tak selesa sepanjang masa.

13. Perut kembung

Dah lah perut jadi buncit & sebu, ditambah lagi dengan kembung. Susah betul jadi perempuan ni kan? Macam manalah takde mood swing tiap kali nak datang bulan?

14. Jerawat

Ini satu lagi tanda nak datang bulan yang boleh menyebabkan orang perempuan makin stress. Asal nak period je penuhlah jerawat kat muka. Dah macam spotlight. Jerawat tumbuh dimuka kerana perubahan hormon yang berlaku dalam badan.

15. Kulit muka jadi berminyak

Selain ditumbuhi jerawat, kulit muka juga akan jadi berminyak apabila makin dekat nak datang bulan. Keadaan kulit muka yang berminyak ini juga sebenarnya yang menjadi punca kenapa jerawat galak tumbuh di muka. Dah lah hormon tak stabil, ditambah pula keadaan kulit muka berminyak, memang rancaklah bakteria punca jerawat merebak kat muka.

16. Perubahan pada selera makan

Ajaibnya, perubahan hormon dalam badan menjelang nak datang bulan juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada selera makan. Ada masanya anda akan kehilangan selera makan. Langsung takde selera nak makan. Ada bulannya, makin dekat nak period, makin bermaharajalela nafsu makan.

Teringin nak makan ni, mengidam nak makan tu. Bila dah makan banyak, mula rasa gemuk. Bila terasa diri gemuk, mula nak stress. Jadi mood swing. Itulah perempuan.

tanda nak period

Sumber: Klikdokter

17. Perubahan pada payudara

Perubahan pada payudara adalah di antara punca paling ketara yang anda nak datang bulan. Payudara akan menjadi sensitif. Puting payudara akan terasa pedih atau sakit. Payudara juga akan terasa bengkak & sedikit keras. Malah saiz puting payudara akan bertambah besar daripada normal.

Semua ini berlaku kerana perubahan hormon. Selepas anda datang haid, keadaan payudara akan kembali kepada asal.

18. Perubahan pada bulu pubik

Selain perubahan kepada payudara, yang sebenarnya bulu pubik anda juga akan berubah apabila nak datang bulan. Cuma anda yang tak perasan. Bulu pubik akan menjadi semakin tebal & kasar berbanding dalam keadaan biasa.

19. Sakit pinggang

Sakit pinggang adalah salah satu daripada tanda nak datang bulan yang paling dibenci oleh kaum wanita. Punyalah sakit, pinggang rasa macam nak patah.

20. Lenguh celah peha

Selain sakit pinggang, anda juga akan berasa lenguh pada celah peha akibat perubahan hormon.

21. Sukar tidur

Perubahan hormon yang berlaku dalam badan menjelang datang bulan juga akan menyebabkan anda mengalami masalah sukar untuk tidur.

22. Sakit kepala

Sakit kepala juga adalah tanda nak datang bulan yang kerap dialami oleh golongan wanita.

23. Mengantuk yang tidak normal

Sudahlah rasa malas, anda jug akan berasa mengantuk yang tidak normal setiap kali nak datang bulan.

24. Pelupa

Masalah pelupa juga akan semakin menjadi-jadi apabila anda nak datang bulan.

25. Kurang fokus

Gangguan hormon yang berlaku dalam badan juga akan menyebabkan anda mengalami masalah kurang fokus.

tanda nak period

Sumber: Ginakloes

Itulah dia 25 tanda nak period yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Lepas ni bolehlah anda berjaga-jaga supaya tak bocor secara tiba-tiba.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.