Kecantikkan adalah sesuatu yang subjektif. Semua orang ingin cantik bukan? Dengan mempunyai kecantikkan akan membuatkan seseorang itu mempunyai tahap keyakinan lebih tinggi daripada seseorang. Kecantikkan adalah salah satu faktor yang diukur dalam kehidupan. Inilah realiti kehidupan jika kita jujur tentang penyataan ini. Post hari ini berkongsi tentang 21 perkara yang dapat dipelajari daripada Lizzie Velasquez.

Lizzie Velasquez

magazinemv.com

Lizzie Velasquez merupakan seorang remaja yang berusia 24 tahun yang dilahirkan dengan keadaan perubatan yang amat jarang berlaku. Keadaan badannya tidak mengizinkan dirinya untuk menyimpan lemak. Kesannya beliau menjadi sangat kurus dan cenkung. Selain mempunyai masalah kekurangan berat badan, dia juga yang buta di sebelah matanya. Ini menyebabkan rupa parasnya tidak cantik.

Lebih malang lagi ada tahun 2012, beberapa budak nakal di internet telah menggelarkan beliau sebagai “wanita paling hodoh di dunia.” Ini adalah akibat daripada satu video klipnya yang dimuat turun di YouTube tanpa pengetahuannya. Kesannya beliau telah menerima ribuan komen dan kritikan tentang rupanya. Kritikan bukan atas perbuatannya.Cuba cayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada kita.

Walau bagaimanapun, dia tidak membiarkan ‘hinaan’ atau komen negatif yang diterima untuk menghantui dirinya. Lizzie Velasquez mula mengorak dan berdiri untuk diri sendiri. Beliau telah menunjukkan kepada kita apa yang dimaksudkan kecantikkan yang sebenar. Berikut adalah 21 pengajaran yang kita boleh belajar dari perjuangan dan kejayaan beliau:

 

#1 Perkara buruk atau malang juga berlaku pada orang baik

Perkara buruk atau malang juga berlaku kepada yang baik. tidak kira bila-bila masa. Dalam kes Lizzie Velasquez , dia menjadi sasaran pembuli dalam internet tanpa sebab selain daripada kritikan yang mengatakan beliau sengaja ingin menonjol diri sendiri .

Perkara yang sma juga berlaku dalam kehidupan kita. Perkara-perkara sering sahaja berlaku dalam hidup kita sama ada kita sedar atau tidak tidak bersedia. Perkara buruk tidak semestinya berlaku apabila anda melakukan kesilapan atau kesalahan.

#2 Segera sedar saat anda mula meragui diri sendiri

Selalunya, apabila kita berada di bawah tomahan atau serangan oleh orang lain, perkara pertama kita fikirkan dan tanya kepada diri kita sendiri adalah:

  • “Di mana kesilapan saya ? “
  • ” Adakah saya berhak untuk terima tomahan ini?”
  • “Adakah saya seorang yang jahat ?”

Perkara ini berlaku tanpa kita sedar. Kita mula membiarkan emosi negatif masuk dalam diri. Apa yang boleh kita lakukan adalah cuba mengenal pasti saat emosi ini menjalar.Adalah penting anda mendapatkan semula dan melihatnya dari sudut positif sebelum perkara ini membentuk satu tekanan kepada diri dan sebelum anda mula mempercayai keraguan diri ini benar.

#3 Imej diri yang positif adalah sangat penting

Cuba tanya pada diri anda hari ini:

  • ” Bagaimana anda melihat diri anda? “
  • “Anda melihat diri anda sebagai apa? “
  • ” Adakah anda sentiasa berfikir bahawa anda seorang yang gemuk ? “
  • ” Adakah anda berfikir anda tidak cantik seperti gadis-gadis lain?”
  • “Apa yang anda perlukan untuk menjadi lebih maskulin ? “
  • ” Adakah aku ini cukup baik dan lebih baik daripada orang lain? “

Kebiasaannya kita tidak melakukan perkara ini dan bertanya pada diri secara jujur. Mempunyai imej diri yang positif akan lebih menguatkan jati diri seseorang.

#4 Anda sebenarnya lebih bernilai daripada apa yang dikatakan atau difikirkan

Perkara ini adalah benar. Jadi berhenti meragui diri anda!

#5 Mentaliti ‘buli’ wujud dalam majoriti

Perbuatan membuli wujud apabila majoriti melakukkannya. Contohnya apabila kita melihat ramai yang membuli seseorang , kita turut melihat perbuatan itu sesuatu kebiasaan. Pengajarannya, jangan melakukansesuatu perkara hanya kerana semua orang berbuat demikian. Ia mungkin mudah bagi anda untuk menambahkan , tetapi perbuatan yang dikatakan mudah ini boleh menyakiti perasaan dan maruah orang lain secara mendalam.

#6 Berhati-hati mengkritik penampilan. Ianya Menyakitkan!

Kita mungkin cuba bertindak cool dan kelihatan biasa apabila orang mengkritik cara kita melihat dan bagaimana kita berpakaian. Tetapi dalam realiti , kritikan inilah sebenarnya yang sering kita ingati. Betul? Walaupun perkara itu betul. Kritikan ini walaupun benar sebenarnya sentiasa menyakitkan.

Untuk diri kita pula, kita tidaklah boleh mengharap seseorang itu dapat menerima kritikan yang kita lontarkan. Ini kerana walaupun ianya sebenarnya benar, tetapi kritikan yang dilontarkan itu mampu memberi kesan yang cukup mendalam kepada yang dikritik. Oleh itu, elakkan diri mengkritik seseorang dan cuba melihat daripada sudut positifnya.

#7 Ia adalah sia-sia untuk melawan api dengan api

Apabila anda tersinggung , menjadi naluri kebiasaan untuk anda mahu melawan dalam keadaan marah. Walau bagaimanapun , ini hanya akan menambah lebih banyak tenaga negatif kepada keadaan tersebut. Percaya atau tidak perkara tersebut mampu menjadikannya lebih teruk. Marah dalam keadaan marah bahaya keadaannya. Berfikir dua kali sebelum anda bertindak . Jangan hilang kawalan apabila anda disimbah api.

#8 Jangan sekali-kali membiarkan orang lain menentukan hidup anda

Jangan mempercayai apabila orang memberitahu anda bahawa anda tidak akan mencapai apa-apa yang besar dalam kehidupan. Ataupun mereka menyuruh anda untuk hidup seperti biasa yang dilakukan oleh kebanyakkan orang lain.

Jangan biarkan mereka menentukan kehidupan anda atau masa depan anda. Jangan biarkan masyarakat atau orang ramai memperngaruhi anda tentang definisi kecantikan berdasarkan perspektif mereka. Sesungguhnya , kecantikan bukan sahaja ditakrifkan oleh penampilan luaran , tetapi juga oleh watak seseorang.

Kejayaan bukan tentang mengembirakan hati semua orang. Kejayaan adalah kaitan anda menetapkan matlamat sendiri dan cuba mencapainya.

#9 Kejayaan adalah balasan dendam yang terbaik!

Abaikan sahaja keburukkan yang dilakukan oleh orang lain. Buatllah mereka bertambah benci dengan mencapai sesuatu yang lebih besar . Ini akan menjadi satu pembalasan dendam yang terbaik. Pembalasan dendam ini dapat membuktikan kepada mereka bahawa mereka adalah salah tentang anda, dan menunjukkan bahawa anda adalah lebih baik daripada mereka pernah membayangkan.

#10 Kesusahan atau cabaran perlu dalam kehidupan

Kesusahan dan cabaran perlu dalam kehidupan. Tanpa mereka, kita tetap sama dan tidak membesar . Tanpa cabaran , kita tidak boleh memaksa diri menunjukkan potensi yang sebenar dan selesa dalam zon mudah. Cabaran bukan sahaja menjadikan kita lebih kuat, lebih baik dan lebih bijak, tetapi turut membuatkan kita mengetahui lebih lanjut tentang diri kita dan tujuan dalam kehidupan .

#11 Keyakinan adalah satu perkara yang rapuh

Ia mampu dimusnahkan dalam satu hari sahaja. Hanya menunggu masa sahaja untuk dicabar.

#12 Jangan takut untuk mempunyai matlamat dan impian

Walaupun ramai membenci dan tidak percaya kepada anda , jangan berhenti bermimpi. Lizzie Velasquez tidak berhenti mengejar impiannya walaupun ketika di tengah-tengah semua situasi sukar. Sebaliknya, beliau menetapkan matlamat beliau dalam hati dan menolaknya ke atas dengan tabah . Pada hari ini beliau merupakan seorang graduan dari kolej, seorang penceramah motivasi dan pengarang dua buku.

#13 Keluarga adalah sumber motivasi terbaik

Keluarga adalah sumber motivasi dan semangat yang paling dipercayai dalam mana-mana keadaan. Hal kerana kasih sayang daripada keluarga wujud tanpa syarat.

#14 Ibu bapa memain peranan yang penting dalam kehidupan

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak mereka membina asas yang kukuh tentang keselamatan dan kasih sayang daripada usia muda.

#15 Manusia perlu diajar nilai kehidupan

Kata Lizzie Velasquez , ” Banyak orang berkongsi dengan saya tip bagaimana untuk membunuh diri sendiri.”

Saya percaya komen kejam tidak hanya berlaku kepada Lizzie Velasquez , tetapi juga untuk begitu juga dengan kanak-kanak dan remaja yang dibuli di sekolah di seluruh negara. Kanak-kanak perlu diajar tentang keerian sesuatu kehidupan dan bagaimana untuk menghormati ia.

#16 Jadikan kelemahaan anda sebagai kekuatan anda

Daripada cuba untuk menyembunyikan dirinya daripada dunia, Lizzie Velasquez telah menjadi perkara-perkara kecacatan yang dimilikinya sebagai ‘trademarknya’. Lizzie Velasquez telah membuat apa yang teruk difikirkan oleh ramai orang kepada sesuatu yang boleh dibanggakan. Beliau melihat penyakit yang menimpanya sebagai satu rahmat dari Tuhan.

Anda juga boleh membuat kelemahan anda bekerja untuk anda.

#17 Anda harus menghadapi cabaran sendiri

Lizzie Velasquez tidak membenarkan video jahat di YouTube terus menghantui beliau. Beliau mengatasi kebimbangan beliau dengan menonton video kebencian berulang-kali. Dia membuat keputusan untuk tidak membenarkan apa yang mencederakannya, mencederakannya lagi.

Hanya dengan menghadapi cabaran barulah kita dapat menghalang mereka daripada mempunyai kuasa ke atas kita . Anda perlu menghadapinya sendiri. Tiada siapa boleh membantu anda selain diri anda.

#18 Senyum dan bergeraklah menuju ke arah positif

Inilah resipi kejayaan insan yang berjaya

#19 Setiap yang berlaku ada sebabnya

Lizzie Velasquezh pernah berkata, ” Tuhan telah meletakkan kamu di sini atas sebab tertentu dan mahu anda untuk berkongsi perkara tersebut.”

#20 Bersyukurlah sentiasa

Tidak kira apa keadaan anda, sentiasa bersyukur. Walaupun ianya bukan penyelesaian terhadap masalah anda. Ketahuilah dan etrima bahawa anda tidak sentiasa mampu untuk memperolehi semua yang ada dalam kehidupan.

Bersyukurlah , kerana ia boleh menjadi lebih buruk. Dengan berterima kasih, anda membenarkan jawapan untuk akhirnya mencari jalan mereka kepada anda.

#21 Memilih untuk menjadi gembira

Anda sentiasa mempunyai pilihan.Anda boleh sedih atau gembira untuk setiap yang berlaku. Pilihlah gembira kerana itu yang terbaik untuk diri anda.

Untuk menunjukkan sokongan anda, atau mengetahui lebih lanjut mengenai Lizzie Velasquez dan kerjanya , anda boleh melawat laman web beliau di sini.

Sumber ditulis semula dari Lifehack

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.