Gamat nama saintifiknya holothuroidea adalah haiwan laut yang mempunyai bentuk seperti sosej dengan badan yang berkutil dan kulit yang keras. Ia digunakan secara meluas sebagai makanan dan ubat-ubatan di beberapa tempat di Asia.

Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asid mukopolisakarida.

Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

khasiat gamat

Sumber: Healthline

Umum mengetahui bahawa gamat mampu untuk menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semulajadi, namun terdapat banyak lagi khasiat gamat yang baik untuk kesihatan. Jom kita ketahui apakah khasiat gamat.

1. Awet muda

Ramai yang tidak mengetahui bahawa gamat mengandungi 90% protein kolagen semulajadi. Gamat juga mengandungi antioksidan yang tinggi yang berfungsi malawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel termasuk sel kulit dan ia juga merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran darah, menguatkan struktur, melembutkan serta memperlahankan proses penuaan pada kulit. Dalam erti kata lain, gamat merupakan rahsia awet muda.

Perubahan ketara dalam tempoh sebulan setelah mengamalkan gamat ialah anda akan mendapati kulit muka menjadi tegang, pipi kelihatan montok seolah-olah kesan disuntik dengan botox. Lagenda Mahsuri mengaitkan kejelitaannya dengan amalan memakan gamat.

2. Memulihkan wanita selepas bersalin

Gamat juga membantu menyembuh luka bersalin, luka pembedahan, dan memulihkan fungsi sistem peranakan. Dalam Gamat terdapat sejenis bahan iaitu Serine yang membantu memulihkan luka-luka terutama selepas bersalin. Kandungan Serine dalam gamat adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding ikan haruan.

Selain itu, gamat kaya dengan asid lemak tak tepu serta sebatian bio aktif yang baik untuk penyembuhan luka. Jika anda mengamalkan gamat selepas bersalin, kesan luka pada bahagian tersebut dapat bercantum semula tanpa meninggalkan kesan parut dan lebih cepat kering.

3. Membantu mengelakkan angin meroyan

Gamat mengandungi bahan penenang semulajadi yang membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Bagi wanita yang sedang dalam berpantang, gamat dapat membantu mengurangkan simptom “blues” atau “post natal depression”.

khasiat gamat

Sumber: Rd

4. Membanyakkan susu badan

Pasti ramai yang tak tahu bahawa gamat juga berfungsi untuk menambah kandungan susu badan. Gamat mengandungi Omega 3 yang tinggi untuk perkembangan otak bayi. Dengan mengamalkan gamat, anda akan dibekalkan dengan zat yang diperlukan oleh badan ibu dan untuk tumbesaran bayi.

5. Ubat penahan sakit semulajadi

Menurut kajian, gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti ‘morfin’ semulajadi yang mana ia bertindak sebagai pelali (analgelsik) atau sebagai penahan sakit semulajadi. Bagi mereka yang sering mengambil panadol atau ubat penahan sakit, anda boleh bertukar kepada gamat.

6. Memberi tenaga

Gamat juga mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelakkan keletihan terutama mereka yang aktif bersenam dan bersukan.

7. Mengurangkan resdung

Gamat membantu mengurangkan masalah resdung dengan mengurangkan kesan alahan yang menyebabkan resdung.

khasiat gamat

Sumber: Sehatly

8. Mengurangkan asma

Gamat membantu mengurangkan masalah asma dengan mengurangkan kesan alahan yang menyebabkan masalah tersebut.

9. Menyembuhkan gastrik

Gastrik terjadi kerana lapisan bendalir yang memisahkan antara permukaan dinding perut dan asid dalam perut menipis atau tiada sehingga menyebabkan luka pada dinding perut kesan hakisan asid berlebihan tadi. Gamat membantu membina semula lapisan bendalir ini dan memperbaiki sistem pencernaan & penghadaman.

10. Mengurangkan sakit urat, saraf, otot, dan sendi

Fungsi lain gamat ialah mengurangkan sakit urat, saraf dan kesakitan pada otot badan dan sendi. Bagi masalah sendi yang berpunca daripada kehausan atau kekeringan cecair ‘minyak gris’, gamat adalah jawapannya kerana kombinasi Glukosamina dan Kondroitin Sulfat (Gags) yang terdapat di dalamnya membantu mengurangkan keradangan dan sebatian aktif yang terdapat dalam gamat menghasilkan semula lapisan cecair ‘minyak gris’.

khasiat gamat

Sumber: Okaz

11. Mengurangkan simptom sembelit & menyembuhkan buasir.

Gamat membantu mengurangkan simptom sembelit dan penyembuhan masalah buasir. Menurut statistik di Malaysia, dari 10 lelaki dewasa, 7 daripadanya menghidap buasir.

12. Pencegah kanser

Gamat mampu menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel kanser. Ini kerana gamat mempunyai sebatian yang dipanggil glikosida tritertene yang tinggi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis China yang diterbitkan di dalam Jurnal Terapi Kanser dan Biologi mendapati glikosida tritertene mampu menghalang pembentukan saluran darah yang membekalkan nutrien kepada sel kanser.

Ia seterusnya menyekat pertumbuhan dan perkembangan sel kanser di dalam badan sambil memperbaiki sel-sel yang rosak & mencegah mutasi sel, merangsang pertumbuhan sel-sel baru & menguatkan semula sel-sel yang lemah.

13. Menghalang pembekuan darah

Proses pembekuan darah menghalang pendarahan berlebihan apabila kulit tercedera. Walaubagaimanapun, proses pembekuan darah boleh berlaku di dalam saluran darah walaupun anda tidak mengalami kecederaan. Terdapat suatu keadaan yang dipanggil pulmonary embolism di mana darah beku berkumpul di dalam peparu dan menyekat pengaliran darah ke seluruh badan. Keadaan ini boleh membawa maut dan memerlukan rawatan segera.

Gamat boleh diambil sebagai rawatan komplementari kepada penyakit ini. Satu sebatian di dalam gamat yang dipanggil kondroitin sulfat boleh menghalang pulmonary embolism. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis Brazil yang diterbitkan di dalam Jurnal Kimia dan Biologi pada September 1996 menemui sifat anti-pembekuan yang ada pada kondroitin sulfat dan bermanfaat untuk mengelakkan pembekuan darah di dalam peparu.

14. Mengurangkan kesakitan akibat arthritis

Penemuan yang dijalankan oleh saintis-saintis Malaysia tentang kesan anti-keradangan yang ada di dalam gamat membawa sinar baru kepada pesakit arthritis. Kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Marin pada bulan Oktober 2011 mendapati gamat mempunyai sebatian yang dipanggil mukopolisakarida, kondroitin and glukosamin yang boleh melegakan gangguan arthritis terutama pada sendi-sendi badan.

15. Penyembuhan luka badan

Kelebihan gamat sebagai penyembuh luka luaran dan dalaman dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat Marin Amerika pada tahun 2011. Mereka yang mendapati khasiat asid lemak di dalam gamat yang dipanggil asid arakidonik bertanggungjawab untuk menyembuhkan luka dan memperbaiki semula tisu badan dengan kadar yang cepat.

khasiat gamat

Sumber: Okaydoc

16. Menyembuhkan ulser

Bahan yang bernama asid arakidonik yang terdapat dalam gamat juga berfungsi untuk menyembuhkan ulser.

17. Menyembuhkan pendarahan usus

Jika anda mengalami masalah pendarahan usus, pengambilan gamat sangat membantu untuk menghentikan pendarahan yang berlaku. Asid arakidonik membantu menyembuhkan luka pada usus yang menjadi punca pendarahan.

18. Menyembuhkan luka terbakar

Gamat berfungsi untuk menyembuhkan kulit terbakar dengan cara menghidupkan dan memperbaiki tisu & sel badan yang rosak.

khasiat gamat

Sumber: Edisirakyat

19. Membuang toksik dalam badan

Gamat boleh membuang toksik dalam badan.

Itulah dia 19 khasiat gamat. Anda sukakan artikel ini? Anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat mahkota dewa, khasiat arabic gum & khasiat daun rama-rama.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.