Tertanya-tanya khasiat delima?

Suka makan buah delima, tetapi tidak tahu akan khasiat dan kebaikkan buah delima yang ada?

Selama beribu tahun, buah delima digunakan untuk tujuan perubatan. Sehingga kini, ia kekal menjadi buah yang terkenal sebagai sebahagian diet sihat.

Berikut adalah 15 sebab mengapa jus delima sangat baik untuk kesihatan anda.

Khasiat Delima Untuk Kesihatan

khasiat delima
Imej via Tip Hero

 

#1 Selain vitamin C dan E, jus buah delima merupakan sumber folate, potassium, dan vitamin K.

#2 Warna merah yang dimiliki biji delima diperolehi daripada kandungan polifenolnya. Bahan ini merupakan antioksidan yang hebat.

#3 Kandungan antioksidan jus delima adalah lebih tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Ia juga 3 kali ganda melebihi kandungan antioksidan di dalam teh hijau.

Antioksidan ini bertindak membuang radikal bebas, melindungi sel daripada rosak dan mengurangkan keradangan.

#4 Antioksidan di dalam buah delima juga mematikan progres penyakit Alzhemeir dan melindungi ingatan.

#5 Minum jus delima setiap hari boleh memperbaiki proses belajar dan ingatan.

#6 Sebiji buah delima ada lebih 40% keperluan vitamin C harian kita.

#7 Penemuan penting berkaitan buah delima adalah apabila pengkaji mendapati ia mungkin membantu dalam menghentikan perkembangan sel kanser prostat.

Walaupun begitu, lebih banyak kajian sedang dijalankan untuk membuktikan jus delima mampu menghalang kanser atau mengurangkan risikonya.

#8 Radang perut dan pencernaan dapat dibaiki dengan meminum jus delima. Ini kerana jus delima bertindak sebagai anti radang yang kuat di mana ia juga menghalang tekanan dan kerosakan oksidatif.

#9 Kerana kesannya terhadap tekanan oksidatif ini, maka ia berpotensi membantu dalam penyuburan. Ini kerana tekanan oksidatif menyebabkan disfungsi sperma dan penurunan kadar kesuburan di kalangan wanita.

#10 Jus delima didapati mengurangkan kesakitan dan memulihkan kekuatan. Ini menjadikannya sesuai untuk minuman mereka yang aktif atau ahli sukan.

#11 Flavonol dalam jus delima membantu menghalang keradangan yang menyumbang kepada osteoartritis dan kerosakan rawan.

#12 Jus delima lebih dikenali kerana ia baik untuk kesihatan jantung. Ia melindungi jantung dan arteri.

#13 Buah delima menghalang penyakit dan melawan jangkitan.

#14 Buah delima terbukti adalah antibakteria dan antiviral.

#15 Timur Tengah dan India menjadikan jus delima penawar tradisi dalam menyembuhkan penyakit diabetes.

Untuk mendapatkan nutrien maksima dari buah delima, dicadangkan supaya anda membuat jus delima anda sendiri dan bukan membelinya di kedai.

Walaupun jus delima mempunyai banyak kebaikan, anda masih perlu mendapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu jika anda mempunyai masalah kesihatan.

 

Rujukan

 

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat buah delima, kami juga menulis khasiat sumber yang lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .