Selulit adalah lemak yang terkumpul pada satu bahagian badan, terutamanya pada perut, peha, punggung dan lengan. Sebagai seorang wanita, selulit adalah satu mimpi ngeri. Jom kami kongsikan petua hilangkan selulit yang boleh anda amalkan.

selulit

Sumber: Tiphero

Apakah punca selulit?

Sebelum itu, apa kata kita kenal-pasti dulu apakah punca berlakunya selulit. Di antara punca selulit ialah:

  • Toksin. Toksin yang berkumpul pada lapisan kulit akan menyebabkan kemusnahan struktur kollagen dan elastin serta mengganggu peredaran darah lalu menyebabkan berlakunya selulit.
  • Perubahan lemak dalam lapisan kulit.
  • Berat badan bertambah.
  • Pengambilan kalori yang terlalu banyak dalam diet seharian.
  • Kurang bersenam.
  • Hormon tiroid yang tidak aktif.
  • Alahan kepada makanan.
  • Terlalu banyak makan makanan pedas. Makanan pedas menghasilkan toksin yang akan berkumpul dalam kelenjar lemak.
  • Duduk terlalu lama. Apabila anda duduk terlalu lama, peredaran darah ke seluruh badan akan terganggu.
  • Tekanan perasaan. Tekanan perasaan akan menggangu sistem kelenjar dalam badan.
  • Kurang rehat. Seperti tekanan perasaan, kurang rehat juga akan menyebabkan tekanan kepada sistem kelenjar dalam badan.
  • Kenaikan hormon estrogen.
  • Pengambilan kafein secara berlebihan.

Bagaimana cara untuk menghilangkan selulit?

Usah risau. Anda boleh hilangkan masalah selulit  dengan cara:

1. Mengurangkan berat badan

Selulit terjadi disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Oleh itu, cara terbaik untuk menghilangkan selulit ialah dengan cara menurunkan berat badan. Kebiasaannya, selulit akan hilang seiring dengan penurunan berat badan. Semakin banyak berat badan yang hilang, semakin kurang selulit pada tubuh badan anda.

2. Mengamalkan diet seimbang

Diet seimbang merupakan cara hilangkan selulit yang kedua. Pengambilan kalori yang berlebihan dalam diet seharian mengundang selulit. Kalau anda nakkan badan yang cantik tanpa selulit, mulai hari ini sila amalkan diet yang seimbang.

selulit

Sumber: Thegioihonhap

3. Rajin bersenam

Apabila anda rajin bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif, secara automatik selulit akan hilang. Apabila anda rajin bersenam, toksin dalam badan akan keluar melalui peluh. Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, selulit berlaku disebabkan toksin yang terkumpul pada lapisan kulit.

Apabila anda rajin bersenam, toksin tak sempat untuk berkumpul dibawah kulit. Makanya, selulit anda juga akan hilang. Bersenam juga membantu menurunkan berat badan. Untunglah, selulit hilang berat badan pun turun.

4. Kurangkan makanan pedas

Makanan pedas menghasilkan toksin yang akan berkumpul dalam kelenjar lemak. Toksin yang terkumpul akan memusnahkan kolagen dalam kulit lalu menyebabkan berlakunya selulit. Oleh itu, kalau anda jenis yang sukakan makanan pedas, bolehlah kurangkan sedikit pengambilan makanan pedas untuk mendapatkan kulit bebas selulit.

5. Jangan duduk terlalu lama

Duduk terlalu lama akan menganggu peredaran darah lalu menyebabkan selulit berlaku. Oleh itu, elakkan daripada duduk terlalu lama. Sekiranya pekerjaan anda memaksa anda untuk duduk setiap masa, jangan lupa untuk bangun setiap 30 minit. Berjalan keliling pejabat sebelum duduk semula.

6. Elakkan stress

Tak sangka kan, tekanan perasaan pun boleh jadi punca selulit. Pada zaman serba moden ini, stress dan tekanan perasaan merupakan perkara yang tak boleh dielakkan. Namun anda boleh berusaha untuk mengurangkannya. Ingat ye, kurang stress bermakna kurang selulit.

7. Rehat secukupnya

Selain mengurangkan stress, anda juga perlu pastikan diri anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari. Bukan handphone sahaja yang perlu dicaj setiap hari, tubuh badan anda pun sama. Dapatkan rehat secukupnya, pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, secara automatik masalah selulit juga akan berkurangan.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Anda penggemar kopi dan teh? Perasan tak, makin banyak anda minum kopi makin banyak selulit pada tubuh badan anda. Oleh itu, kalau nak hilangkan selulit, anda perlu kurangkan pengambilan kafein. Satu cawan sehari dah memadai.

selulit

Sumber: BBC

9. Kurangkan pengambilan gula

Selain kafein, anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian sekiranya anda ingin mengurangkan selulit pada tubuh badan. Apabila anda kurangkan pengambilan gula, berat badan anda juga akan berkurangan. Menarik, kan!

10. Kurangkan pengambilan garam

Seperti gula, pengambilan garam yang berlebihan dalam diet seharian juga bukanlah perkara yang baik untuk tubuh badan. Taknak selulit pada badan? Kurangkan garam dalam makanan. Kalau anda nak selamat, boleh tukar garam biasa kepada garam bukit yang jauh lebih sihat.

11. Kurangkan makanan berminyak

Makanan berminyak juga merupakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan selulit pada badan anda. Mengurangkan makanan berminyak bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah ia juga membantu menghilangkan selulit.

12. Kurangkan makanan segera

Siapa yang tak suka makan makanan segera? Ianya bukan sahaj murah malah memudahkan kehidupan seharian. Lapar tapi malas nak masak? Boleh telefon makanan segera untuk penghantaran ke rumah. Anda dalam perjalanan, berasa lapar tapi malas nak berhenti, masuk saja ke drivethru dan pesan makanan kegemaran.

Semua orang tahu kesan buruk makanan segera kepada kesihatan namun ianya sangat susah untuk dielakkan. Jika anda tak dapat berhenti dari memakan makanan segera, sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan. Kalau selama ni anda makan makanan segera 3 kali seminggu, mulai hari ini boleh kurangkan kepada sekali seminggu sahaja.

selulit

Sumber: Mtanzania

13. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang wajib anda makan setiap hari kalau nak hilangkan selulit.

14. Amalkan minyak omega 3

Salah satu punca selulit ialah ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan. Untuk menghilangkan selulit, anda perlu menyeimbangkan semula hormon tersebut. Minyak omega-3 membantu menyeimbangkan hormon dalam tubuh badan sekali gus menghilangkan selulit.

Itulah dia 14 cara untuk menghilangkan selulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang makanan untuk dietcara kuruskan badan dan petua rambut gugur.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.