Gastrik sangat menyakitkan dan boleh mengganggu urusan seharian anda. Lebih-lebih lagi kalau terkena sewaktu sedang berpuasa. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 13 petua hilangkan gastrik tanpa ubat yang terbukti berkesan.

petua hilangkan gastrik

Sumber: Siraplimau

1. Air nasi

Air nasi mempunyai bahan yang mampu untuk membuat satu lapisan pada dinding perut anda dan ini dapat membantu untuk mengurangkan kesakitak akibat gastrik. Untuk amalkan petua ini, masak nasi seperti biasa tetapi tambahkan kandungan airnya, seperti anda ingin membuat bubur. Apabila nasi sudah masak tetapi air nasinya masih ada, ambil air tersebut, tunggu sehingga sejuk atau suam, dan minum.

2. Air limau panas

Air limau panas boleh megakan sakit perut disebabkan makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan gastrik.

3. Cuka epal

Kadangkala penyakit gastrik berpunca dari gastric reflux yang mengakibatkan asid di dalam perut anda berada di tempat yang tidak sepatutnya, dan oleh sebab itu, kandungan asid dalam perut yang digunakan dalam perut sudah berkurangan. Mengamalkan minum apple cider vinegar dapat menstabilkan kandungan asid di dalam perut dan pada masa yang sama dapat membantu mencerna makanan dengan lebih baik.

Sesetengah orang tidak dapat meminum apple cider vinegar secara langsung kerana rasanya begitu masam dan tajam. Anda boleh membancuhnya dengan menambah air dan sedikit madu dan minum sedikit demi sedikit.

petua hilangkan gastrik

Sumber: Healthline

4. Teh daun pudina

Teh daun pudina memang terkenal sebagai petua untuk mengurangkan kesakitan gastrik. Daun pudina mengandungi menthol yang merupakan analgesic semula jadi yang amat efektif untuk mengubati rasa mabuk atau mual dan juga untuk meredakan kesakitan di bahagian perut. Selain dari teh daun pudina, anda juga boleh mencari apa sahaja produk atau bahan makanan yang mengandungi daun pudina untuk tujuan yang sama.

5. Jus prun

Kadang-kadang gastrik berpunca daripada bahagian bawah abdomen badan anda meragam. Ini biasanya berkaitan dengan sembelit yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Kesakitan tersebut merebak ke atas perut menjadi gastrik dan pedih ulu hati. Oleh itu, amalkan meminum segelas jus prun yang akan bertindak sebagai laxatif untuk melegakan sembelit anda.

6. Elakkan makanan tinggi lemak dan pedas

Semasa perut merasa sakit akibat gastrik, elakkan makanan yang tinggi lemak dan pedas. Pilih makanan yang mudah dicerna seperti pisang, nasi, roti dan sebagainya. Makanan pedas dan tinggi lemak akan menyebabkan perut terpaksa mengeluarkan asid berlebihan untuk proses pencernaan.

7. Teh chamomile

Teh chamomile terkenal dengan sifat anti-inflamatori dan boleh mengurangkan kesakitan pada perut anda akibat gastrik. Teh chamomile merehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekali gus mengurangkan keadaan “contractions” yang menyebabkan gastrik. Bancuh satu uncang teh chamomile dan minum, anda pasti berasa lega.

petua hilangkan gastrik

Sumber: Healthline

8. Halia

Peranan halia sama seperti teh chamomile di mana ia mengandungi agen-agen anti-inflamatori yang membantu merehatkan otot-otot di sekitar perut dan di saluran makanan dalam badan anda. Halia juga membantu mengeluarkan angin di dalam perut lalu meredakan kesakitan dalam perut akibat gastrik. Anda boleh rebus halia untuk diminum ketika suam atau ketuk sedikit halia dan masukkan ke dalam secawan teh panas.

9. Botol air panas

Menggunakan botol air panas sebagai tuam untuk diletakkan diatas perut juga dapat membantu mengurangkan kesakitan gastrik. Pastikan air yang digunakan tidak terlalu panas kerana kulit mungkin akan merasa sakit. Jangan lupa untuk lapiskan botol dengan kain. Baring di tempat yang selesa dan tuamkan botol air panas ke perut anda untuk menghilangkan gastrik.

10. Daun kunyit dan susu

Ambil sehelai daun kunyit. Basuh sehingga bersih, dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan segelas susu dan minum setiap kali anda mula diserang gastrik.

11. Daun jambu batu

Rebus daun jaambu batu sehingga mendidih. Tapis. Biarkan sejuk dan minum airnya. Amalkan selalu sekiranya anda kerap diserang gastrik.

petua hilangkan gastrik

Sumber: Tribunnews

12. Kulit kayu manis dan madu

Rebus sebatang kulit kayu manis bersama satu sudu madu. Biarkan sehingga menggelegak. Minum apabila suam.

13. Serbuk kulit kayu manis, madu, dan susu

Campurkan 1/4 sudu serbuk kulit kayu manis bersama 1 sudu madu kedalam segelas susu. Panaskan campuran tadi dan minum apabila suhu menjadi suam.

Itulah dia 13 petua hilangkan gastrik tanpa ubat yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.