Buah avokado mempunyai pelbagai khasiat. Di antara khasiat yang terdapat di dalam buah avocado adalahVitamin K, Folate, Vitamin C, Potassium, Vitamin B5, Vitamin B6, dan Vitamin E. Selain itu, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).

Sebiji buah avokado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak. Buah avocado tidak mengandungi kolestrol atau sodium, dan rendah dalam kuantiti lemak tepu. Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasium.

Khasiat avokado

Sumber: Healthline

1. Mengurangkan berat badan

Serat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu menurunkan berat badan.

Di dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avokado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado. Kemudian, mereka akan disoal dengan beberapa soalan berkaitan dengan lapar dan kadar kekenyangan.

Responden yang makan buah avocado meresakan 23% lebih kenyang. Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avocado, anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.

Jom kami kongsikan resepi smoothies avokado untuk mengurangkan berat badan. Bahan-bahannya:

  • 1/2 biji Avokado
  • 1 cawan nenas di potong dadu
  • 1 cawan daun kale atau pun saya suka bayam
  • 200ml susu rendah lemak
  • Beberapa ketul ais

Caranya, kisar semua bahan dan boleh terus diminum semasa fresh. Anggaran Kalori ialah 400kcl sahaja.

2. Membantu mengekalkan jantung yang sihat

Masalah jantung merupakan salah satu punca utama kepada kematian di dunia. Masalah jantung pula sering dikaitkan dengan saluran darah, tahap kolestrol, trigliserida, tekanan darah dan sebagainya.

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

Khasiat avokado

Sumber: Virakesari

3. Membantu badan menyerap nutrisi dengan lebih baik

Sesetengah nutrient adalah “fat soluble,” bermaksud ia perlukan lemak  termasuklah vitamin A,D,E dan K untuk dihadam. Avokado kaya dengan semua itu. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan buah avocado boleh meningkatkan penyerapan antioksida sebanyak 26%.

4. Mengurangkan dan mencegah katarak mata

Bukan sahaja avokado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi dan nutrisi seperti Lutein dan Zeaxanthin, yang mana sangat penting kepada kesihatan mata.

Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang mana biasa dialami oleh orang tua. Oleh itu, mengambil buah avocado setiap hari boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama.

5. Mencantikkan Kulit

Minyak avocado ditambah ke dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membantu menambahkan seri dan cahaya kepada kulit. Selain itu, ia juga membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit.

6. Mengurangkan kesan penuaan pada kulit

Avocado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

7. Menghilangkan Nafas Berbau

Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.

Khasiat avokado

Sumber: Independent

8. Mengekalkan kestabilan & fungsi sel dalam badan

Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium Potasium adalah salah satu nutrient yang orang selalu kurang ambil. Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan.

9. Menurunkan tekanan darah

Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

10. Mengurangkan risiko penyakit kanser

Buah avocado mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak. Namun lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).

Asid oleik adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) yang membawa kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun. Asid oleik terbukti boleh mengurangkan kadar keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kanser kepada mereka yang mempunyai gen pembawa kanser.

11. Menurunkan kadar gula dalam darah

Serat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

12. Melawaskan pembuangan air besar

Serat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu melawaskan pembuangan air besar.

Khasiat avokado

Sumber: Missmalini

13. Mengurangkan simptom arthritis

Arthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh orang tua. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avokado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).

Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.

Itulah dia 13 khasiat avokado yang pasti buatkan anda terkejut. Apa lagi, jom kita beli avokado.Jemput juga baca artikel khasiat lengkuas dan khasiat peria.

 

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.