Putrajaya kini menjadi lambang kemegahan negara Malaysia. Dengan berpindahnya pusat pentadbiran kerajaan ke Putrajaya, secara tidak langsung kawasan sekitarnya turut pesat membangun dan menjadi tumpuan warga kota.

Pelbagai pusat rekreasi yang terdapat di sini mampu menjadi tempat tarikan orang ramai untuk berkunjung ke Putrajaya. Malah, pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk menjadikan Putrajaya sebagai salah satu lokasi yang wajib dikunjungi jika melawat ke Malaysia.

Mari kita lihat senarai 10 tempat yang paling MENARIK di Putrajaya yang mesti dilawati oleh anda semua bersama keluarga tersayang.

1. Skyrides Festival Park

Wahhhh!memang teruja jika pertama kali ke sini. Macam-macam ada. Terletak di Presint 2 berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan disekitarnya. Apa yang ada di sini?

  • Skyrides Balloon
https://www.malaysia-traveller.com

Ingin melihat pemandangan sekitar Putrajaya dari atas? Skyrides Balloon dapat merealisasikan hasrat anda itu. Kini, rakyat Malaysia tidak perlu ke luar negara untuk merasai pengalaman menaiki belon panas, anda hanya perlu ke Putajaya sahaja untuk mencubanya.

Belon panas ini boleh naik sehingga ke ketinggian 500 kaki, pengalaman yang mengujakan ini pasti akan meninggalkan kenangan yang manis buat anda seisi keluarga. Anda akan mampu melihat keseluruhan Putrajaya menerusi pemandangan dari atas. Bertapa indahnya!

  • Sky Cruise
http://thingsasian.com

Anda boleh memilih untuk mengambil angin di sekitar Putrajaya sama ada menaiki bot berhawa dingin atau menaiki perahu buatan tangan orang Terengganu ini. Memang sangat cantik dan mengekalkan seni tradisi yang halus.

Pakej menaiki perahu adalah yang paling murah dan berdurasi selama 20 minit. Manakala, pakej bot berhawa dingin sambil pengunjung menikmati hidangan makan malam pula berdurasi sekitar 1 hingga 2 jam perjalanan.

https://www.google.com/
  • Sky Warrior
https://www.letsgoholiday.my

Cabar diri anda menjadi SkyWarrior di Putrajaya! Beberapa laluan berhalangan direka khas untuk pengunjung yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar seperti Langkawi Walk, Ulu Sepat Leap dan Marudi Crossing.

Setiap laluan dapat menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta. Jika anda sukakan aktiviti lasak ala-ala NinjaWarrior Malaysia ini boleh datang ke sini untuk mencubanya.

  • SkyKids Warrior
http://www.mytravellicious.com

Ninja warrior versi kanak-kanak. Sangat menarik! Laluan berhalangan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Terdapat pelbagai stesen yang menyediakan halangan pelbagai tahap kesukaran, namun masih ditahap sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Kawasan yang luas dan dijaga rapi pasti memberikan kepuasan kepada mereka untuk berlari, melompat dan memanjat sepuasnya.

Sekali datang, pasti anak-anak akan mengajak ibu bapa mereka datang lagi ke sini. Percayalah! Konsep yang ditengahkan memang terbaik dan sangat membantu dalam perkembangan motor kasar mereka.

  • SkyKids
https://www.letsgoholiday.my

Berkonsepkan indoor playground yang terletak di dalam kaunter informasi utama. Kanak-kanak boleh meluangkan masa bermain seketika disini sementara untuk menunggu giliran menaiki SkyRide Balloon yang selalunya padat dengan pengunjung.

Di sini juga disediakan pelbagai jenis basikal untuk pengunjung yang ingin berbasikal bersama keluarga menyelusuri Tasik Putrajaya. Antara kemudahan lain yang terdapat di SkyRides Festival Park ialah Sky Stage, Sky Demo, Sky Taste dan Sky Beca.

2. Taman Cabaran

https://www.freemalaysiatoday.com

Taman Cabaran yang terletak di Presint 5 pastinya tidak asing lagi bagi pengemar sukan lasak terutamanya aktiviti rock wall climbing.

Bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, malah dewan wall climbing untuk kanak-kanak juga turut disediakan berasingan sesuai bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.

Antara fasiliti lain yang disediakan di sini ialah Skate Park & Thrill Park. Taman ini boleh dijadikan lokasi latihan untuk bermain roller blade, skateboard dan berbasikal. Bayaran masuk adalah PERCUMA!

3. Taman Botani

Taman buatan manusia yang paling besar di Malaysia. Menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang jarang ditemui. Kemudahan tram juga disediakan kepada pengunjung bagi melawat keseluruhan kawasan taman yang mengambil masa sekitar 45 minit.

Pengunjung juga boleh menyewa basikal dengan harga sewaan yang berpatutan jika inginkan penjelajahan yang lebih fleksibel. Bayaran masuk adalah PERCUMA juga.

4. Taman Rekreasi Wetland

Lokasinya terletak di Presint 1, Putrajaya. Antara tempat rekreasi yang menjadi tumpuan bukan sahaja warga Putrajaya malah pengunjung dari luar. Putrajaya memang terkenal dengan taman-tamannya yang indah dan luas. Memang puas kalau berbasikal di sini. Pasti berpeluh-peluh!

Antara aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak, menaiki bot, memancing dan berkenu. Terdapat pakej yang menarik disediakan oleh pihak pentadbiran bagi yang berminat untuk mencuba sukan air ini.

Jangan risau jika anda masih tidak mahir dalam sukan air yang disediakan kerana terdapat pelatih yang akan memberi tunjuk ajar. Dan pasti, harga setiap pakej memang murah dan berbaloi!

5. Astaka Morocco

http://illashanahila.blogspot.com

Anda mencari spot pengambaran yang menarik? Sinilah tempatnya. Bangunan yng bercirikan senibina replika Istana Morrocan di Morocco.

Dibahagikan kepada beberapa bilik yang dipenuhi dengan perkakasan dan perabot yang cantik dan mewah. Memang lokasi terbaik untuk mengabdikan gambar anda kerana pasti akan rasa seolah-olah berada di Morocco.

6. Taman Penghayatan Alam

https://www.mdfaiez84.com

Antara lokasi yang sangat sesuai untuk membawa anak-anak berkunjung terutamanya di hujung minggu. Sebuah pusat yang sangat berinformasi. Menyediakan pelbagai maklumat terutamanya tentang paya bakau.

Dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk adalah percuma. Setiap pengunjung hanya dikehendaki untuk menulis maklumat diri di dalam buku rekod yang disediakan.

Tarikan seperti corridor walk yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai imej 3D hidupan air sepanjang laluan di tingkat LG memang sangat menarik terutamanya bagi kanak-kanak. Antara kemudahan lain ialah Panggung Cineplex yang membolehkan pengunjung melihat tayangan seawal 10 pagi lagi.

7. The Pullman Lakeside

https://famecherry.com

Mencari pasir pantai di tengah kota? Haaaa…sinilah tempatnya. Tasik buatan seolah-olah anda berada di pantai di kelilingi pokok-pokok kelapa menambah seri suasana pantai buatan ini.

Anak-anak boleh bermain pasir pantai sambil bermandi-manda. Namun, perlu berhati-hati kerana ada tempat yang tidak dibenarkan pengunjung untuk mandi kerana tidak selamat.

Bukan hanya boleh berkelah dan bermain pasir pantai malah ada juga pengunjung yang mengadakan sukaneka di sini seperti pertandingan tarik tali, lari dalam guni dan berjalan menggunakan terompah. Walaupun kawasannya agak terhad, namun pelbagai aktiviti tetap boleh dilakukan. Pasti hujung minggu anda terisi di sini bersama keluarga.

8. Taman Saujana Hijau

https://relaxpenang.com

Taman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya. Permandangan persis berada di luar negara! Dikeliling pokok-pokok yang merimbun dan pelbagai bungaan yang berwarna-warni dan pasti menggamit mata yang memandang.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, berjogging, berbasikal atau hanya berjalan-jalan menghirup udara segar. Ramai juga yang berkunjung ke sini untuk merakam detik-detik bersejarah dalam kehidupan mereka seperti sesi fotografi perkahwinan, graduasi dan sambutan hari lahir.

9. Masjid Putrajaya dan Masjid Besi

Dua buah masjid yang menjadi lambang mercu keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Masjid yang luas, senibina yang indah memang menjadi tumpuan apabila melawat Putrajaya terutama para pelancong asing dari luar negara.

https://astonishedxpression.wordpress.com

Masjid Putra terletak bersebelahan dengan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia. Masjid yang menelan belanja kos pembinaan hampir RM250 juta ini boleh memuatkan hampir 15 ribu jemaah dalam satu masa.

Manakala, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi pula terletak di Presint 3, Putrajaya. Senibinanya sangat indah terutamanya di bahagian mihrabnya. Panel kaca yang dipasang akan mencipta ilusi kreatif seolah-olah ayat-ayat suci Al quran yang diukir di dinding mihrab masjid seakan-akan terapung di atas permukaan air. 

https://kontraktorkubahmasjid.com

10. [email protected]

http://halalishnoms.blogspot.com

Suasana malam pasti tidak sunyi jika anda singgah di sini. Memang meriah dengan deretan pelbagai kedai makan yang menjadi tumpuan warga Putrajaya.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang mengisi masa lapang bersama keluarga dengan berbasikal, menaiki beca berlampu dan bersiar-siar menghirup udara malam. 

Kanak-kanak pasti seronok bermain bubbles di kawasan lapang yang disediakan. Perkhidmatan permainan bubbles, kereta mainan eletronik dan sewaan basikal atau beca boleh didapati di Kedai Bubbles & Beans yang terletak di tingkat bawah berhadapan dengan Tasik Putrajaya.

https://www.facebook.com/bubblenbeans/

Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Putrajaya, nadi utama pusat pemerintahan negara persekutuan. Sudah pasti, landskapnya memang sangat cantik, pemandangan luas dan kemudahan yang serba moden setanding dengan negara luar. Jom singgah!

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.