Bila dah jadi ibu, mak, ummi dan mummy, mesti kedai bayi menjadi singgahan utama dihujung minggukan?.

Lebih-lebih lagi bila sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama. Memang akan sibuk mencari segala kelengkapan bayi dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.

Di sini saya senaraikan 10 rangkaian kedai bayi yang TERBAIK dari segi khidmat pelanggan, produk dan susun atur kedai di sekitar Lembah Klang.

1. Marissa Shoppe

Nama Marissa Shoppe memang terkenal sehingga tersenarai sebagai booth pilihan pengunjung jika ada expo-expo bayi terbesar di Malaysia!.

Mana tidaknya, pengasasnya Puan Nadwati Munirah dan suaminya sangat menjaga kualiti perkhidmatan mereka samada jualan secara online dan offline.

Setiap kali datang ke kedai bayi ini anda pasti rambang mata melihat pelbagai produk jualan berkaitan bayi yang ada disini. Fuh!Memang lengkap!

Pelbagai diskaun dan tawaran menarik juga disediakan kepada pelanggan mereka antaranya penghantaran percuma bagi pembelian RM200 ke atas. Jangan terkejut jika pemilik butik ini Puan Nadwati sendiri yang menghantarnya. Memang terbaik!

Lawati website butik Marissa Shoppe untuk info lanjut.

2. Mom’s House Babyshop

Jika anda sedang mencari keperluan ibu dan bayi, di sinilah tempat yang perlu di tuju. Menyediakan kelengkapan ibu mengandung hingga anak mencapai umur 4 tahun.

Sehingga ke hari ini, butik ini telah menyediakan hampir 500 barang keperluan ibu dan bayi serta akan memperkenalkan lebih banyak lagi produk dimasa akan datang.

Mereka juga aktif melakukan jualan atas talian bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya ibu-ibu  bekerjaya yang mempunyai kekekangan masa untuk membeli keperluan yang diperlukan.

Berita baik bagi orang ramai di luar sana, pengasasnya juga membuka peluang perniagaan secara dropship dengan kos yang murah. Apa tunggu lagi, jom sertai mereka dan jangan lupa singgah butik ini ya!

Lawati website butik Mom’s House BabyShop untuk info lanjut.

3. Mother First Choice

Kepakaran mereka ialah pam susu. Sebut sahaja jenama apa yang anda inginkan, pasti ada di butik ini. Lengkap dengan segala aksesori yang diperlukan. Memang sangat memudahkan ibu-ibu untuk membuat pilihan.

Namun, butik ini juga turut menjual pelbagai kelengkapan lain ibu dan bayi daripada pelbagai jenama seperti makanan bayi, car seat, baby feeding aids, baby travelling aids dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik lagi ialah anda boleh menambah ilmu tentang pelbagai tips, petua dan informasi tentang dunia ibu dan anak apabila anak melawat website butik ini. Antaranya,

  • Menu berpantang
  • Tips penyimpanan susu
  • Tips mengepam susu
  • Jenis najis bayi

Memang sangat berinformasi. Jangan berlengah lagi, jom lawati butik ini.

Lawati website butik Mothers First Choice untuk info lanjut.

 

4. Oh My Baby

Butik ini telah dibuka pada 6 Jun 2016. Pelbagai kelengkapan ibu dan bayi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki khas buat pelanggan mereka.

Mereka menawarkan harga yang berpatutan dan sentiasa mengadakan promosi sehingga 70% diskaun.

Selain itu, Oh My Baby menyediakan ruang untuk ibu-ibu atau bakal ibu untuk mencuba pam susu yang mempunyai pelbagai jenama pilihan serta turut memberi bantuan dan cadangan kepada mereka.

Apa yang menarik juga, Oh My Baby menjual pakaian bayi iaitu rompers serendah RM3.50 sahaja dengan kualiti dan harga yang sangat berpatutan. Murahnya!Jangan tunggu lagi, jom serbu butik terbaik ini.

Alamat butik:

33 Ground Floor Jalan Plumbum R7/R Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor.
WAZE : OH MY BABY SHAH ALAM
(Area Jakel & Gulatis)
03-55242816 / 019-3141379

5. Tateh

Nama butik tateh pasti tidak asing lagi bag ibu-ibu yang punyai anak kecil. Mana tidaknya, butik ini telah berkembang sehingga mempunyai hampir 13 buah cawangan butik di Malaysia!

Lokasinya pula memang amat strategik seperti:

  • Tateh Bangi
  • Tateh Shah Alam
  • Tateh Sg Buloh
  • Tateh Wangsa Maju
  • Tateh Kuala Terengganu
  • Tateh Kota Bahru

Boleh klik link ini untuk mengetahui lokasi setiap cawangan butik ini.

Salah satu keistimewaan yang disediakan butik ini ialah mereka juga menganjurkan kelas yang berkaitan keibubapaan atau ‘Tateh Expert Series‘. Kelas ini merangkumi 5 aspek iaitu:

  • Penyusuan Susu Ibu
  • Babywearing
  • Cloth Diapers
  • Penyediaan Makanan Untuk Bayi
  • Baby Cry Consultant

Menarikkan? Bukan setakat membeli belah, malah ibu bapa juga boleh menambah ilmu pengetahuan apabila menyertai kelas seperti ini.

Lawati website butik Tateh untuk info lanjut.

6. NurizShar Baby Shop

Bila buka sahaja website butik ini, terus rambang mata melihat rangkaian produk yang dijual. Wah, banyaknya! Tambahan lagi, butik ini juga menawarkan diskaun flash sale sehingga 40%  bagi produk tertentu.

Belum lagi ke kedai, pasti berjam-jam di dalamnya. Terletak di kawasan yang strategik di Bangi Sentral dan Jitra, Kedah sudah pasti Butik NurizShar menjadi tumpuan penduduk di kawasan sekitar apabila ingin mencari barang keperluan ibu dan bayi.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk singgah ke outlet mereka, anda masih boleh membeli belah melalui website mereka. Jangan risau harganya sangat berpatutan.

Info lanjut Butik NurizShar :

  • Bangi Outlet

7-55-2 (1st floor), Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bangi, Selangor

  • Jitra Outlet

No.15A, Jalan Pantai Halban, Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah

Jom singgah ibu!

7. Momster Shop

Ibu-ibu yang aktif babywearing mesti kenal akan pemilik butik ini. Baby Wrap by Mak Yang, memang tidak asing lagi dalam dunia babywearing. Bukan setakat menjual, mereka juga menawarkan konsultasi tentang cara yang betul untuk babywearing.

Jangan pula pelanggan di luar sana tersalah anggap bahawa Kedai Momster hanya menjual produk babywearing sahaja. Butik ini turut menjual pelbagai rangkaian produk  seperti alat penyusuan, alat permainan kanak-kanak dan makanan bayi.

Lawati website Kedai Momster untuk info lanjut.

8. MommaZ Houz

Lokasinya strategik di Setia Alam pasti mampu menarik ramai pelanggan untuk singgah di butik bayi yang serba lengkap ini. Apa yang ada di sini?

  • Barang berpantang
  • Keperluan menyusu
  • Makanan bayi
  • Pakaian bayi
  • Keperluan ibu mengandung

Dan banyak lagi!

Tapi, ada lagi yang menarik.

Nak tahu butik ini juga menyediakan perkhidmatan sewa untuk STROLLER dan BABY CARRIER dengan kadar sewa yang berpatutan!

Menarik bukan? Perkhidmatan seperti ini merupakan salah satu cara butik ini kekal menjadi pilihan pelanggan sehingga ke hari ini.

Lawati laman facebook MommAz Houz untuk info lanjut.

9. About Umi And Baby

Kepakaran mereka adalah menyediakan segala keperluan dan kelengkapan yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu. Pelbagai jenama pam susu dan aksesori turut di jual di sini seperti nama-nama besar Spectra, Medela dan Autumnz.

Tidak terhad kepada keperluan penyusuan, butik ini juga turut menjual permainan edukatif, babywrap, baby carrier dan baju raya buat si manja.

Memang tak rugi berkunjung ke sini. Pelbagai pilihan yang ada pasti buat anda rambang mata!.

Lawati website butik About Umi And Baby untuk info lanjut.

10. One Baby World

Butik ini telah mengembangkan pasarannya sehingga mempunyai 4 buah cawangan sehingga kini di beberapa buah lokasi:

  • OBW Ulu Kelang
  • OBW Shah Alam
  • OBW Johor Bahru
  • OBW Kota Kinabalu

Lihat sahaja cawangan mereka pun sudah tahu butik ini mempunyai tarikan tersendiri sehingga mampu mengembangkan perniagaan mereka dengan pesat.

Pelbagai tawaran juga boleh didapati di laman website mereka seperti bargain corner, purchase with purchase (pwp) dan monthly special yang menawarkan pelbagai diskaun menarik kepada pelanggan.

Butik ini juga menjadi salah satu jenama yang terdapat di expo-expo besar barangan ibu dan bayi seperti TCE Expo di Mid Valley. Jangan lupa jadikan butik ini salah satu dalam senarai pilihan butik bayi yang wajib dikunjungi!.

Lawati website butik One Baby World  untuk info lanjut.

Saya pasti anda semua akan berpuas hati dengan produk, harga, khidmat pelanggan dan pelbagai tawaran yang disediakan oleh butik-butik HEBAT di atas. Jom shopping 😁.

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.