Siapa yang biasa kena migrain mesti faham betapa siksanya sakit kepala yang dirasai setiap kali diserang migrain. Sampai tahap rasa nak hantukkan kepala ke dinding supaya lega.

Makan ubat tahan sakit berbiji-biji belum tenu dapat hilangkan kesakitan yang dirasai. Terpaksa asingkan diri daripada orang lain. Masuk bilik tutup pintu, layan kesakitan seorang diri.

punca migrain
Sumber: Medicalnewstoday

Menurut lama web Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 2 jenis migrain iaitu migrain dengan aura dan migrain tanpa aura. Aura yang dimaksudkan di sini adalah amaran. Migrain tanpa amaran lebih kerap berlaku daripada migrain dengan amaran. Jadi, apakah punca migrain menyerang anda?

1. Faktor genetik

Pastinya anda terkejut dengan fakta ini. Serangan migrain adalah berpunca daripada keturunan. Sekiranya ada ahli keluarga anda yang lain sering diserang migrain, itu bermaksud migrain yang anda alami adalah berpunca daripada keturunan.

Migrain terdapat dalam genetik anda, diturunkan dari generasi terdahulu anda seperti datuk, nenek, dan moyang. Oleh itu, kemungkinan besar anda cucu anda juga akan berisiko tinggi untuk mendapat serangan migrain juga kerana dalam dna mereka ada genetik migrain.

2. Makanan

Sesetengah makanan juga telah dikenal pasti sebagai punca migrain. Oleh itu, jika anda mendapat serangan migrain cuba perhatikan sekiranya makanan berikut ada dalam diet anda untuk hari tersebut:

  • Alkohol
  • Buah-buahan sitrus
  • Kafein dari kopi dan teh
  • Makanan yang mengandungi tyramine iaitu keju, yogurt, kacang dan sebagainya

Jika anda mendapati bahawa migrain anda berlaku selepas mengambil makanan yang kami nyatakan tadi, elakkan makanan tersebut daripada menu anda kerana kemungkinan besar mirain yang anda alami adalah dicetuskan daripada makanan.

3. Asap rokok

Punca migrain yang seterusnya ialah keadaan persekitaran. Tahukah anda bahawa persekitaran di sekeliling anda juga memberikan peranan kepada tahap kesihatan dan boleh menjadi punca anda mendapat serangan migrain?

Di antara persekitaran yang boleh menyebabkan anda migrain ialah asap rokok. Tak kira sama ada anda adalah seorang perokok atau mendapat asap rokok daripada orang lain yang merokok di sekeliling anda.

Bau rokok yang busuk akan menyebabkan anda mula pening kepala dan seterusnya pening kepala tersebut akan bertukar kepada migrain.

punca migrain
Sumber: Republika

4. Cahaya yang terang atau berkelipan

Individu yang selalu terkena migrain selalunya agak sensitif terhadap cahaya. Cahaya yang terlalu terang atau cahaya yang berkelipan akan menjadi pencetus migrain kepada mereka. Di antara contoh cahaya terang dan berkelipan yang selalunya menyebabkan serangan migrain ialah:

  • Cahaya matahari yang terlalu terik
  • Bilik yang terlalu terang dan banyak lampu
  • Skrin tv yang terlalu terang
  • Rancangan tv yang mempunyai kerlipan lampu atau flasing light
  • Persembahan slide dengan lampu yang terang dan kerlipan lampu

Jika anda mendapat serangan migrain kerana cahaya terang atau berkelipan, untuk menghilangkan migrain tersebut, sebaiknya anda berehat dalam bilik yang gelap dan tenang. Insya Allah migrain anda akan hilang.

5. Suasana yang bising

Suasana sekeliling yang terlalu bising juga boleh menjadi punca anda mendapat serangan migrain. Ini kerana bunyi bising akan menyebabkan anda menjadi rimas dan sakit kepala lalu mengakibatkan anda mula mendapat sakit kepala lalu migrain.

Oleh itu, jika anda seorang individu yang kerap diserang migrain, elakkan daripada berada dalam situasi yang bising seperti:

  • Konsert
  • Disko atau kelab malam
  • Majlis keramaian dengan sistem bunyi yang kuat
  • Pusat karaoke
  • Tempat awam yang terlalu bising

6. Bau yang kuat

Punca migrain yang seterusnya ialah bau yang kuat. Bauan yang kuat akan memberikan reaksi kepada otak anda dan mencetuskan migrain. Pernah tak anda terbau minyak wangi seseorang yang terlalu kuat lalu mula berasa sakit kepala?

Mungkin juga bauan aromaterapi dalam sesebuah bilik menyebabkan anda berasa tak selesa? Atau pewangi kenderaan yang diletakkan dalam kereta kawan yang anda tumpang terlalu kuat sehingga anda sakit kepala dan tak sabar nak turun daripada kereta tersebut?

Oleh itu, elakkan bauan yang terlalu kuat untuk mengelakkan anda mendapat serangan migrain.

7. Kurang tidur

Tahukah anda bahawa tidak cukup tidur juga boleh menjadi punca migrain? Kebiasaannya apabila anda tidak mendapat tidur yang secukupnya, anda akan berapa pening kepala semasa bangun tidur.

Sekiranya dibiarkan, pening kepala tadi akan menjadi semakin teruk dan menjadi serangan migrain. Oleh itu, jika anda tidak cukup tidur dan mula pening kepala, segera makan ubat tahan sakit untuk mencegah serangan migrain.

punca migrain
Sumber: Hellosehat

8. Kemurungan

Keadaan emosi yang tidak stabil juga boleh menjadi pubca migrain. Di antara keadaan yang boleh menyebabkan migrain ialah kemurungan. Ini berlaku kerana kemurungan atau depression akan menyebabkan tindak balas kepada otak anda lalu deria yang mengawal kesakitan akan menjadi aktif.

Oleh itu, kawal emosi anda dan elakkan kemurungan. Sekiranya anda sedang menghadapi kemurungan, dapatkan bantuan dengan segera agar ianya tidak menjadi semakin teruk.

9. Tidak cukup rehat

Selain tak cukup tidur, tidak cukup rehat juga merupakan di antara punca migrain yang selalu diabaikan. Apabila anda tidak cukup rehat, badan tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkan badan anda mula meragam sebagai salah satu isyarat daripada badan anda supaya anda berhenti seketika dan mendapatkan rehat.

Salah satu daripada simptom yang diberikan oleh tubuh badan ialah migrain. Oleh itu, jika anda mendapat serangan migrain sila berehat sebentar, berikan masa kepada tubuh badan anda untuk bertenang.

10. Terlalu penat

Jika anda terlalu penat disebabkan oleh aktiviti harian atau pun melalui perjalanan yang jauh dan panjang, ia juga merupakan satu lagi punca migrain yang anda tak perasan. Apabila badan anda terlalu penat, ia boleh menjadi pencetus kepada migrain. Oleh itu, jangan terlalu memaksa diri anda.

Itulah dia punca migrain yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca rambut gugur punca sakit jantung dan punca senggugut.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.