Musim cuti sekolah adalah syurga bagi anak-anak untuk bermain. Tidak terikat dengan rutin sekolah, ibubapa yang lebih fleksible dengan masa dan peluang bertemu dengan sepupu, saudara-mara dan rakan seusia secara automatik menyediakan medium untuk anak-anak bermain.

Bagaimana kita nak gunakan masa ini untuk jadi ‘therapist’ terbaik untuk anak-anak anda.

#1 Beri Ruang Anak Anda Bermain.

Sama ada duduk disamping mereka, memerhari dari jauh atau bermain bersama, gunakan peluang ini untuk meneroka perkembangan mereka. Fokus dan beri tumpuan khusus kepada interaksi mereka, bahasa yang mereka guna, pergerakan dan kemahiran yang mereka tunjuk.

#2 ‘Play Therapy’.

Bermain juga adakalanya menjadi sumber maklumat penting bagi doktor psikiatri menyelidik dunia kanak-kanak. Bermain adalah bahasa kanak-kanak. Permainan pula adalah watak penting dalam kehidupan mereka.

19612840489_26c92670bc_z

flickr.com

Kecelaruan fikiran, kesukaran komunikasi, gangguan orang lain dan pelbagai isu lagi adakalanya hanya terbongkar dalam sesi bermain mereka. Jika anda menyesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan perilaku anak anda, mungkin cara yang terbaik untuk mula meneroka ialah melalui pemerhatian kepada masa bermain mereka.

#3 Pantau Anak Anda

Maka bagi ibubapa, memerhati anak bermain juga sebenarnya peluang terbaik untuk anda meneliti perkembangan anak-anak dari dunia permainan mereka. Peluang ini jangan dilepaskan dengan membiarkan anak-anak sambil anda leka dalam dunia anda sendiri (baca: tengok bola, menghadap telefon, media sosial dan sebagainya).

#4 Lihat Cara Mereka Bermain

Cara bermain dan kemahiran mereka bermain adalah refleksi perkembangan fungsi kognitif dan psikososial mereka. Contohnya umur 1 setengah tahun ke dua tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mampu bermain ‘compelmentary and reciprocal play’ – kanak-kanak boleh main peranan dan bertukar aksi mengikut peranan. Contohnya main acak-acak (peekaboo) dan kejar-kejar.

flickr.com

#5 Umur 2-3 Tahun

Umur 2 hingga 3 tahun sepatutnya boleh belajar ‘cooperative social pretend play’ – jadi ibu pegang baby, ultraman lawan raksasa dan sebagainya. Pada fasa ini watak dan peranan berlaku secara spontan tanpa perancangan.

#6 Umur 3-4 Tahun

Umur 3 ke 4 tahun, mereka mampu terlibat dengan permainan diatas dalam kaedah yang lebih kompleks – ada perancangan, giliran dan jalan cerita yang ringkas.

#7 Permainan Lebih Kompleks Selari Umur

Semakin meningkat usia, permainan akan lebih kompleks, fizikal dan fokus. Permainan juga akan lebih melibatkan elemen sosial yang dominan – perbincangan, perbualan, meluahkan pendapat dan persetujuan.

#8 Kesan Tanda Tanda Awal Autism dan ADHD

Melalui permainan, tanda-tanda awal autism boleh dikesan. Jika anak anda mengalami masalah perkembangan dari sudut kemampuan bermain yang tidak sepadan dengan usia, mempunyai minat yang sangat terhad.

Contohnya minat sejenis kereta dan ‘preoccupied’ dengan kereta tersebut berhari-hari tanpa mengendahkan permainan lain, tidak mampu berinteraksi dengan kanak-kanak lain dalam permainan, tidak menunjukkan riak wajah seperti kanak-kanak lain ketika bermain, tidak boleh turut serta dalam ‘role-play’, ‘duduk dalam dunia sendiri’. Iibubapa perlu alert dengan kemungkinan ciri-ciri autisme.

Begitu juga dengan ciri-ciri ADHD – tidak boleh duduk diam setempat lebih dari 2-3 minit, sentiasa bergerak, melompat dan memanjat tanpa memikirkan kesan, tidak boleh menunggu giliran ketika bermain, tidak boleh mengikuti aktiviti yang memerlukan tumpuan yang lama dan kompleks.

Semua ini boleh dibongkar melalui pemerhatian ketika masa bermain.

#9 Bahasa Yang Anak Guna Bermain Juga Boleh Memberi Klu Kepada Anda.

Perkembangan bahasa, pengaruh luar – sekolah, rakan-rakan dan isu yang mereka sebut dalam bermain. Contohnya anak-anak yang terdedah secara tidak langsung dengan bahan seksual, berkemungkinan cenderung dengan bahasa berbaur seksual dalam permainan.

#10 Terapkan Elemen Pendidikan Kepada Anak-Anak Secara Pasif.

Contohnya bersabar, hormat hak orang lain, berkongsi, kemahiran dan kreativiti. Pilihlah permainan yang bersesuaian untuk mereka meneroka kemampuan dan perkembangan mereka, sesuai dengan usia mereka. Ia tidak perlu mahal dan tidak semestinya benda yang baru. Be creative and imaginative.

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .