,

Trimester Pertama: Tips Kehamilan Minggu 12

Bagaimana Bayi Anda Membesar Pada Minggu ke-12 Kehamilan?

Bayi anda sekarang sebesar limau nipis, atau 2 inci panjang dengan berat setengah auns. Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil minggu ini termasuklah menggenggam tangan, melenturkan buku lali, membuka dan menutup mulut, dan menjulingkan matanya. Ini semua adalah tindakan refleks.

Jika anda cucuk perut anda perlahan-lahan, dia akan bertindakbalas dengan cara bergoyang dan menggeletek, walaupun anda boleh jadi tidak akan merasai gerakan kecilnya untuk beberapa minggu lagi.

Jika anda belum mengalaminya, boleh jadi anda akan mendengar denyutan jantung bayi anda semasa perjumpaan dengan doktor anda nanti. Untuk ramai ibu bapa, ini adalah saat penting kehamilan.

 

Bagaimana Tubuh Anda Berubah?

Hamil Minggu 12
Imej:yourbabylibrary.com

‘Baby bump’ akan mula kelihatan pada minggu-minggu ini, terutamanya jika ini bukan kehamilan pertama anda. Pedih hati dan refluks asid adalah simptom-simptom kehamilan yang biasa pada tahap ini.

Secara umumnya, wanita yang sedang hamil dibenarkan untuk mengambil antasid seperti Tums. Pastikan anda mematuhi arahan label dengan berhati-hati dan sentiasa mendapatkan pemeriksaan daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat, termasuk Tums dan Rolaids.

Mengubah diet anda juga boleh membantu anda menghadapi simptom yang menyakitkan ini. Elakkan makanan berasid tinggi seperti sos tomato, sitrus, dan garam berlebihan/makanan berperisa untuk menghalang pedih hati menjadi semakin buruk.

Rasa pening juga akan meningkat pada minggu ini. Progesteron di dalam tubuh anda telah menyebabkan saluran darah anda mengembang, di mana ia akan menyebabkan anda berasa pening-pening lalat atau pening jika berdiri terlalu cepat.

Jika anda merasakan anda mungkin akan jatuh atau mengalami pitam, duduklah atau berbaring dengan kepala di antara kedua-dua belah lutut anda sambil anda menarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan selama beberapa kali.

Pastikan anda memaklumkan kepada doktor anda sekiranya mengalami pening yang serius. Boleh jadi doktor akan meminta anda untuk menjaga tekanan darah anda. Jika terjatuh semasa mengandung, ia boleh mendatangkan kesan yang serius kepada anda dan juga bayi anda.

Berita baiknya adalah simptom-simptom kehamilan yang tidak selesa ini akan beransur hilang pada minggu ini, termasuk rasa ingin membuang air kecil, payudara melembut, rasa tidak suka kepada makanan, loya atau mual dan muntah (walaupun ini boleh berlaku sepanjang kehamilan kepada sesetengah wanita), dan keletihan.

Jika anda sudah mengalami loya atau mual dan muntah pada 12 minggu pertama kehamilan, ia akan mulai reda pada masa ini. Jika itu berlaku, selera makan anda juga akan kembali. Pada tahap ini, ibu yang hamil seharusnya mensasarkan makanan yang tidak mengandungi tambahan kalori setiap hari sepanjang trimester pertama.

Bermula trimester kedua, ibu hamil perlu makan kira-kira 300 tambahan kalori setiap hari bergantung kepada keaktifan ibu hamil. Walau bagaimanapun, jika selera makan anda telah kembali, pastikan anda makan makanan yang sihat, termasuklah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dengan mengehadkan karbohidrat bertapis dan lebihan lemak. Anda akan merasai paling baik pada baki tempoh kehamilan anda jika anda menjaga tubuh badan anda.

 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Minggu Ke-12 Kehamilan

Sekarang masanya untuk kamu atau pasangan kamu bersetuju ataupun tidak untuk mengetahui jantina bayi anda. Ia tidak mustahil untuk juruteknik ultrabunyi untuk membezakan sama ada bayi anda adalah bayi lelaki atau bayi perempuan pada kira-kira minggu ke-16, walaupun ramai yang tidak mahu memeriksa sehingga mencapai minggu ke-20.

Ia amat menarik untuk menjadualkan ultrabunyi 3D bayi anda pada tempoh itu. Ramai pengamal perubatan tidak menggalakkan ini kerana tempoh yang dipanjangkan diperlukan oleh ultrabunyi 3D. Tahap radiasi tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada bayi sensitif anda.

Ramai pasangan memilih untuk mengetahui jantina bayi mereka supaya mereka boleh bersiap-sedia dengan kehadirannya dengan bilik tidur lengkap serta pakaian mengikut jantina yang sesuai. Namun, jika anda sukakan kejutan dan keadaan teruja ini tidak akan membunuh anda, adalah lebih baik anda mempertimbangkan untuk menangguhkan melihat jantina bayi anda.

Pada bulan-bulan berikutnya, anda akan membelanjakan banyak wang dan masa untuk membeli-belah barang-barang baru untuk bayi anda. Sama ada anda membelanjakan wang anda untuk baju, perabot bilik tidur, lawatan doktor, atau perkara-perkara lain, perbelanjaan boleh bertambah dengan cepat.

Ia adalah idea yang baik untuk menetapkan bajet yang anda dan pasangan anda belanjakan bagi persiapan bayi anda. Jangan lupa untuk mendaftar untuk benda-benda yang anda mahu dan perlukan untuk bayi anda. Keluarga dan kawan-kawan anda pasti akan gembira untuk membantu anda membuat persiapan untuk si kecil anda!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

comments

Kanak-kanak sedih

Kenapa Anak Kecil Buat Perangai? 7 Sebab Wajib Tahu!

Baby Sedih

Wahai Ibu Bapa, Anak-anak Kita Bukan Malaikat