Trimester Pertama: Tips Kehamilan Minggu 10

Perkembangan Kehamilan Minggu ke-10

Anda baru sahaja memasuki apa yang biasanya dirujuk sebagai “tempoh fetus”. Bayi anda sekarang menelan cecair dan menjadi aktif dengan jumlah tendangan yang ketara.

 

Hamil Minggu 10

Imej:yourbabylibrary.com

 

Tisu dan organ di dalam tubuh bayi anda akan mula berkembang pada suatu kadar pecut. Ginjal, usus, otak, dan hati sedang membina sel-sel darah merah, menggantikan kantung yolka yang mulai lenyap, dan berfungsi walaupun masih banyak pertumbuhan sepanjang kehamilan anda.

Kuku kecil dan jari-jari yang lebih jelas serta jari kakinya mulai timbul di mana sebelum ini adanya webbing di antara setiap angka. Juga, rambut lembut seperti pada buah pic sedang tumbuh pada badan bayi anda.

Ini adalah beberapa fakta perkembangan:

  • Tangan dan kaki kini boleh membengkok.
  • Kontur tulang belakang boleh dilihat melalui kulit yang lut cahaya.
  • Saraf spina sedang merebak daripada saraf tunjang.
  • Dahi dalam keadaan membonjol untuk sementara waktu bagi memudahkan pembentukan otak, yang terletak tinggi di atas kepada berukuran separuh daripada panjang tubuhnya.
  • Dalam tempoh hanya beberapa minggu lagi, ukuran bayi anda akan menjadi lebih daripada sekali ganda.

 

Perubahan Yang Boleh Dijangka Sepanjang Kehamilan Minggu 10

Sekarang anda sudah pun mencapai kehamilan minggu ke-10. Semasa lawatan doktor berikutnya, anda akan mendengar denyutan jantung bayi anda buat pertama kalinya. Dengan menggunakan stetoskop Doppler (sejenis alatan ultrabunyi), doktor anda akan meletakkan alat tersebut di atas perut anda dan mendengar bunyi pantas jantung bayi anda.

Ia serupa dengan bunnyi seekor kuda yang menderap. Momen istimewa ini adalah momen pertama dari tubuh yang anda kongsi bersama-sama bayi anda.

Anda mungkin mahu mempertimbangkan pakaian hamil pada tempoh berdekatan ini. Uterus anda bersaiz sebesar sebiji pear sebelum anda hamil dan sekarang ia sebesar limau gedang. Di antara sedikit kenaikan berat badan, kembung perut, payudara melembut, pilihan pakaian hamil adalah situasi mengikut kes dan apa yang penting adalah anda berasa gembira dan selesa, yang bermaksud bayi anda juga gembira dan selesa.

Senaman pada masa ini tidaklah amat terhad tetapi ia adalah idea yang bagus untuk bertanya doktor anda tentang aktiviti fizikal yang betul yang anda boleh terlibat. Berenang dan berjalan adalah aktiviti yang disyorkan sepanjang kehamilan dan ini semua akan memberikan kebaikan yang anda akan terima kerana kekal aktif.

Senaman menajamkan ton otot, membina kekuatan, dan meningkatkan daya ketahanan. Ketiga-tiga atribut positif ini akan menyumbang dalam menguruskan tempoh anda perlu membawa berat tambahan. Ia akan mengurangkan kesakitan fizikal semasa melahirkan, dan akan memudahkan peralihan untuk mendapatkan semula rutin senaman yang anda sudah berlatih sebelum hamil.

 

Tip Minggu ke-10 Kehamilan

Sesuatu untuk dipertimbangkan pada masa ini adalah kemungkinan berlakunya jangkitan sepanjang kehamilan. Jangkitan trek kencing adalah jangkitan bacteria yang paling kerap direkodkan pada wanita hamil.

Tahap progesteron yang lebih tinggi daripada paras biasa melawan keseimbangan hormon tubuh anda dengan cara memudahkan trek kencing anda. Ini menyebabkan aliran kencing yang perlahan dan membenarkan bacteria untuk memiliki banyak masa untuk berkembang.

Bakteria jangkitan usus bergerak dari rectum kepada uretra anda dan terus bergerak sehingga ke trek kencing anda dan terus berkembang. Ini akan membawa kepada jangkitan pundi yang dikenali sebagai cystisis. Simptom keadaan ini termasuk ketidakselesaan, pedas berdesing semasa kencing, keperluan untuk kencing lebih kerap, dan kesakitan pada bahagian bawah abdomen.

Maklumkan kepada doktor anda jika anda mengalami mana-mana simptom ini. Tidak mengendalikan cystisis akan menyebabkan kepada jangkitan buah pinggang dan komplikasi yang lain, yang boleh membawa kepada kelahiran pra-matang. Doktor akan mempreskripsikan antibiotic walaupun simptom hilang sebelum selesai.

Ada juga keadaan trek kencing yang dipanggil asymptomatic bacteriuria. Jangkitan ini tidak memaparkan sebarang simptom pada 50% wanita yang sedang hamil. Anda diuji untuk keadaan ini pada lawatan pertama anda dengan doktor melalui sampel air kencing dan ia boleh dirawat menggunakan antibiotik.

Dua lagi keadaan untuk diambil berat adalah bacteria vaginosis dan jangkitan yis yang biasa. Jangkitan trek alat kelamin bakteria vaginosis boleh juga tidak mempunyai simptom.

Jika anda mempunyai simptom, ia adalah termasuk lelehan berwarna muda dan nipis serta berbau dan kemungkinan rasa tidak selesa pada vagina dan vulva anda. Keadaan ini juga akan membawa kepada kelahiran pra-matang atau juga terpecahnya membrane amnion yang mengelilingi bayi sebelum masanya.

Jangkitan yis adalah sesuatu yang biasa di kalangan wanita hamil dan sebenarnya lebih mungkin terjadi di kalangan mereka. Kulat halus dalam keluarga Candida dijumpai hampir satu pertiga daripada jumlah semua wanita dan tahap estrogen meningkat berpunca daripada kehamilan telah meningkatkan perkembangan fungal dan yis, di mana ia mengalahkan microorganism yang bersaing dan membawa kepada jangkitan.

Jangkitan yis tidak akan memburukkan perkembangan bayi anda dan ia juga tidak menimbulkan ancaman serius kepada bayi anda jika jangkitan ini ada semasa kelahiran. Melalui salur lahir, bayi anda mungkin masuk ke jangkitan biasa yang dipanggil sebagai jangkitan kandida, yang mana dikenalpasti melalui tompok putih dalam mulut bayi anda. Ini adalah biasa, lembut, dan jangkitan yang mudah dirawat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!