7 Tips Urus Masa Sebagai Working At Home Mom (WAHM)

Tidak dinafikan, dalam arus kemodenan masa kini, sememangnya semakin ramai ibu-ibu menjana pendapatan dari rumah. Dengan teknologi di hujung jari, ibu yang bekerja dari rumah (working at home mom, WAHM) punya cabaran tersendiri dalam kehidupan seharian mereka.

Sebagai seorang yang berkerja sepenuh masa dan kini sudah masuk tahun ketiga menjadi WAHM, banyak yang saya belajar dari peluang emas bersama keluarga dan anak-anak ini.

Untuk pengetahuan, ada masa saya berjauhan dengan suami yang berkerja di luar negara. Mengatur kehidupan seorang diri, tanpa pembantu. Apabila berdekatan pula, kami akan mengikuti suami ke luar negara dan ini memerlukan saya untuk ‘homeschool’ anak-anak.

Cabaran utama bagi saya adalah untuk menguruskan masa sebagai WAHM.

Foto Kredit : legion-inc.com

Jika di tempat kerja, saya boleh target untuk siapkan sesuatu perkara itu pada waktu yang ditetapkan, fokus melaksanakan tugasan tersebut dan dengan izin Allah, ianya akan berjaya diselesaikan.

Tetapi, apabila saya bekerja di rumah, dengan tanggungjawab kepada keluarga, kerja rumah dan bisnes, ia sememangnya suatu perkara yang sangat mencabar.

Berikut merupakan 7 tips mengurus masa bagi memastikan sasaran harian saya sebagai WAHM tercapai :

1. SUSUN ‘TO-DO-LIST’

Saya memang seorang yang ‘to-do-list oriented’. Mungkin kerana saya mempunyai karakter Type 3. Mencapai sasaran harian merupakan sesuatu yang dapat memberi kepuasan diri.

Jadi saya akan senaraikan ‘to-do-list’ jangka panjang dan jangka pendek. Pada malam sebelum tidur, saya akan kemaskini ‘to-do-list’ yang perlu disiapkan untuk keesokan hari. Apabila bangun pagi, selesai laksanakan solat tahajjud, saya akan ‘glance through’ senarai ‘to-do-list’ itu dan boleh terus dilaksanakan.

Foto Kredit : hurriyet.com.tr

2. VISUALISASI

Sebelum tidur sambil menyusukan anak dan berzikir, saya akan pejamkan mata dan membayangkan perjalanan hari esok yang saya doa, akan lebih baik daripada hari ini.

Visualisasi ini membayangkan diri saya untuk bangun pagi pada jam berapa sehingga tamat hari tersebut (atau setakat mana yang mampu divisualkan kerana mungkin saya tertidur ketika saya pejamkan mata tadi).

Foto Kredit : cdomethod.com

3. SUSUN AKTIVITI IKUT SITUASI

Saya akan kenalpasti aktiviti untuk diatur mengikut situasi.

Contohnya, aktiviti yang memerlukan tumpuan dan kuasa minda seperti membaca buku perubatan dan hafalan Al-Quran saya akan lakukan pada awal pagi.

Manakala kerja-kerja seperti ‘editing’ buku misalnya, saya akan lakukan ketika waktu anak-anak tidur siang atau sebelum tidur pada waktu malam.

Foto Kredit : infohitsi.ru

4. FOKUS

Islam menekankan kita untuk fokus dan sungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila telah selesai satu perkara, maka lakukan pula perkara yang lain.

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”

(Surah Al-Insyirah : Ayat 7)

Sebagai contoh, sekiranya saya sedang masak, prinsip saya, saya akan fokus kepada aktiviti memasak tersebut dan jangan jeling handphone. Waktu sedang ‘edit’ buku, saya akan fokus.

Saya juga turut menetapkan waktu tertentu untuk membalas mesej daripada pelanggan ketika anak-anak tiada di rumah atau sedang tidur.

Foto Kredit : terimosey.com

5. DOA & ZIKIR

Dalam kesibukan menguruskan aktiviti seharian, pelbagai emosi singgah dalam diri. Stress? Eh saya juga manusia biasa, ada hormon kortisol. Pasti stress.

Antara yang sangat membantu menguruskan emosi saya adalah zikir Lailahaillallah, istighfar & selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W (minimum 100 kali sehari). Jika sentiasa sebut di dalam hati, in sha Allah emosi akan lebih mudah dikawal.

Foto Kredit : islamicduas.org

6. BISNES SATU JAM SEHARI

Saya akan membahagikan masa kepada 4 slot iaitu 30 minit, 10 minit, 10 minit dan 10 minit sahaja khas untuk menguruskan bisnes, melayani pelanggan atau menjawab pertanyaan ejen.

Selebihnya yang tidak sempat, saya akan ‘reply’ pada waktu malam selepas anak-anak tidur, biar pun sudah lewat malam.

Foto Kredit : wisdomoverseas.org

7. KENALI DIRI ANDA : SAYA ‘MORNING PERSON’

Ini sangat penting bagi saya. Saya mesti bangun pagi dan ada ‘me time’. Jika tidak, stress akan mengusutkan hari saya.

Allah S.W.T telah pandu kita sebaik-sebaiknya dengan menggalakkan kita untuk Qiyammullail, inilah hikmahnya buat saya.

Foto Kredit : doughroller.net

CUBA PRAKTIKKAN

Ini merupakan 7 tips yang saya amalkan. Saya tak kata saya paling bagus tapi syukur ia berkesan untuk saya setakat ini, Alhamdulillah!

Allah sangat baik kepada saya. Sangat bersyukur kepadaNya!

Buat semua ibu di luar sana, tidak kira sama ada anda WAHM, ibu berkerjaya atau suri rumah, tips-tips ini juga boleh digunapakai mengikut situasi anda. Siapa tahu, tips-tips ini mungkin berkesan juga untuk anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!

    Add Your Comment

error: Content is protected !!