Tips Boleh Cuba Bila Stres Disebabkan Anak Kecil

Ada di kalangan ibu yang hanya ada seorang anak tetapi tidak boleh lakukan apa-apa dirumah melainkan melayan anak yang sentiasa minta didukung dan dilayan.

Ada yang tidak dapat masak atau kemas rumah mahupun jawab mesej di hp.

Ibu-ibu ini sentiasa stres. Anak tidak mahu pada ayah atau orang lain.

 

Kenali Punca Utama Masalah

Apa yang boleh ibu ini lakukan dan apa yang boleh dilakukan oleh orang lain dalam rumah untuk membantu ibu ini?

Yang perlu ditanya adalah punca masalah ini .

Punca utama adalah keadaan emosi anak yang terlalu risau dan hanya rasa selamat bila didukung ibunya.

Soalan kedua yang nak ditanya, bagaimana boleh jadi begini?

Ia berlaku mungkin atas beberapa sebab:

1. Pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi emosi anak

2. Pengalaman anak itu sendiri, mungkin kena tinggal oleh ibu semasa selepas dilahirkan, mungkin dimasukkan dalam inkubator atau dipisahkan dari ibu pada umur yang muda.

3. Penyakit dan perasaan sakit/gatal yang dialami anak ini yang menyababkan dia perlukan belaiaan yang berterusan.

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu dan orang yang ada dalam rumah?

Ibu yang sentiasa dalam keadaan stres akan mula rasa benci atau hilang kesabaran terhadap anak ini. Walaupun mungkin ibu boleh tahan dirinya dari memukul anak, mungkin sekali sekala akan marah juga dengan nada yang kuat.

Mungkin ibu boleh tahan dari keluarkan suara keras tetapi ibu tak mungkin dapat kawal perasaan negatif terhadap anak. Anak dapat rasa perasaan negatif ini dan akan bertindak dengan menjadi lebih melekat pada ibu dan lebih demanding.

Ini adalah kerana anak tidak tahu bagaimana dia perlu lakukan untuk dapatkan kasih sayang yang dia mahukan.

 

Antara Tips Boleh Cuba

Jalan keluar adalah untuk hilangkan perasaan negatif terhadapnya;

Anak tantrum
Imej via PublicDomainPictures

Letakkan anak dan berikan dia aktiviti dan buatlah kerja yang nak dilakukan walaupun anak ini menangis. Kenalah belajar untuk tahan anak menangis . Beritahu anak dengan tenang bahawa anda perlu lakukan kerja dan anda lakukan nya untuk anak itu.

Contohnya, beritahu anak bahawa anda memasak untuknya atau untuk keluarga. Banyak senyum dan buat suara ceria dan selalu beritahu anak bahawa anda sayangkan dia. Cara ini sesuai digunakan pada anak yang lebih dari setahun.

Pada mulanya anak akan resist dan seolah teknik ini tidak berjaya tetapi lama kelamaan anak akan terima bahawa ibunya tegas dan dia tidak akan dapat selain dari apa yang ibunya boleh berikan dari segi perhatian.

Jika ada suami atau orang lain yang boleh layan anak berikan kepada orang berkenaan dan orang itu juga hendaklah sabar melayan anak yang sedang menangis atau tantrum. Banyak peluk dan berikan kata-kata positif yang anak itu disayangi. Kawal perasaan negatif dengan zikir dan astaghfar.

Ini hanya satu teknik dan adakalanya anak mempunyai masalah kesihatan seperti masaalah saraf -otak contohnya Autisme, anak kurang zat makanan, atau anak ada penyakit seperti Ekzema dimana keadaan ini perlu dirawat.

Banyak lagi boleh dilakukan dan ibu serta keluarga yang terjejas perlu dapatkan bantuan profesional. Perlu juga diketengahkan bahawa ada kemungkinan bahawa emosi dan perangai anak berpunca dari masalah emosi orang dewasa.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!