Semasa sesaorang bayi itu lahir, dia mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius. Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang.

Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.

tips ibu bapa cemerlang

Perkataan yang dilontarkan mampu memberi pengaruh baik/buruk pada anak.[Settlepi]

Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.

Untuk menjadi juara , ibubapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibubapa. Ibubapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.

Pertama, ibubapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogram otak anak-anak kita.

Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak ittu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.

Terdapat ibubapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka.Nanti, anak akan menjadi bongkak.

memuji kanak-kanak

Memuji anak-anak ada seninya. [Huffingtonpost]

Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak.

Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takabur.

Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibubapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka.

Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan di mereka. Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya.

Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul. Contohnya, “ Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikanya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi.

Ibubapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.Semoga tips ibu bapa cemerlang ini membantu.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.