Tips Hamil : 10 Makanan Untuk Subur Dan Selepas Pembedahan

Artikel ini berkongsi tentang panduan untuk kesuburan dan menyembuh luka selepas melakukan pembedahan. Semoga panduan ini membantu pada mereka yang memerlukannya.

#1 Tingkatkan Imuniti Diri

Lepas pembedahan amat penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah penumbuhan semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

#2 Kurangkan Stress Dengan Senaman

Ambil langkah untuk mengurangkan stress. Lakukan senaman selama 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca Al-Quran 4-5 muka setiap hari.

tips stress

Membaca Al-Quran dapat mengurangkan stress disamping mendekatkan diri padaNya. [iamalima]

Kurangkan pendedahan kepada toksin. Jauhkan diri daripada menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan di dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorant.

#3 Mengambil Makanan Yang Berkhasiat

Sangat penting mengambil makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, kentang goreng dan lain-lain.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-muih, aiskrim, coklat dan lain-lain. Jauhkan minuman ringan, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

#4 Mengambil Makanan Mentah & Segar

Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain.

Saya galakkan makan ulam, sayur bayam, bendi, terung, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

#5 Minuml Jus Buatan Sendiri

Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 lobak merah, 2 batang celery atau 1/4 buah betik dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid).

Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

#6 Mengambil Ekstrak Kelapa Dara

Keesokkannya untuk sarapan pagi kacau dan minumlah satu gelas jus. Selepas itu ambillah satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

extra virgin olive oil

Minyak zaitun tidak dinafikan mempunyai banyak khasiatnya. [wonderhowto]

Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

#7 Elakkan Mengambil Makanan Selingan

Jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau senggenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

#8 Diet Untuk Makan Tengahari

Untuk makan tengah hari cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.

#9 Diet Untuk Makan Malam

Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar epal vinegar atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .

Gantikan nasi putih kepada brown rice.

#10 Ambil Supplemen Yang Betul

Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habbatus sauda. Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Semoga perkongsian ini membantu. Tulisan asal di sini.

 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!