Tips Hamil Kali Pertama

Tips untuk wanita hamil untuk pertama kali

Buat yang pertama kali hamil, disini kami kongsikan tips yang diharap dapat memberikan inspirasi hamil kali pertama. Selamat mengamal dan berhati-hati ya. 🙂

hamil pertama

 1.   Sedekah surah Al-Fatihah

Perbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengandung. Dengan keizinan Allah, anak yang bakal lahir akan biasa mendengar alunan indah ayat-ayat suci Allah dan akan mempengaruhi apabila anak meningkat dewasa. Ibu dan bapa sebagai orang tua harus memainkan peranan dengan mengucapkan kata-kata indah Al-Quran sebagai tanda sayang dan kasih kepada bayi yang bakal lahir tersebut. Selain itu, dengan izinNya perhubungan dalam kekeluargaan akan menjadi lebih gembira dan bahagia.

 

2.   Pemakanan berkhasiat dan bersih

Wanita hamil kali pertama harulah menjaga aspek pemakanan dengan menjamu makanan yang seimbang dan berkhasiat semasa mengandung. Ia bertujuan untuk memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan kekal sihat dan terhindar daripada sebarang masalah. tambahan lagi menjamu makanan yang seimbang akan menyalurkan zat yang cukup kepada tubuh. Dengan itu, wanita hamil harus mengelakkan daripada makan sajian yang tidak berkhasiat seperti makanan yang mempunyai lemak tinggi.

 

3.   Perlakuan anda akan mempengaruhi keadaan hamil kali pertama

Perlakuan ketika hamil kali pertama akan mempengaruhi keadaan yang bermaksud jika melakukan sesuatu perkara yang tidak elok, ia mungkin menjejaskan tahap kesempurnaan atau kesihatan bayi. Oleh itu, berhati-hatilah ketika ingin membuat sebarang tindakan contohnya marah yang berterusan, memukul haiwan dan sebagainya. Di samping itu, ibu hamil hendaklah memelihara ibadah iaitu seperti mempertingkatkan amalan sunat serta berzikir. Dan adalah digalakkan untuk mengawal emosi dan tingkah laku untuk mengelakkan daripada perkara tidak diinginkan berlaku.

 

4.   Menjaga pantang larang

Pelbagai pantang larang yang harus dipatuhi oleh wanita yang hamil supaya kandungan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Oleh itu, wanita hamil hendaklah memohon pertolongan daripada ibunya atau ibu mertua bagi mendapatkan maklumat mengenai pantang-pantang ketika hamil. Sebagai contoh antara pantang larang ketika mengandung adalah wanita hamil tidak boleh mengambil makanan tajam seperti nanas kerana ia akan memberikan kesan negatif pada kandungan. Perbuatan yang diluar kawalan turut mempengaruhi keadaan anak sepeti menyepak kucing atau berbuat jahat pada haiwan yang lain. Andaikan kaki kucing yang disepak telah patah, berkemungkinan anak yang sudah lahir juga akan menjadi abnormal.

 

5.   Kawal emosi dan tekanan

Perasaan tertekan biasanya berlaku apabila wanita hamil penat bekerja. Sebagai contoh apabila wanita hamil mengandung yang bekerja pejabat mereka tidak mempunyai cukup yang rehat. Setelah balik ke rumah mereka akan menguruskan tanggungjawab seperti menguruskan rumah. Oleh itu, mereka rasa letih dan emosi mudah terganggu. Oleh itu, jika anda mengalami masalah sedemikian anda hendaklah sabar dan mengawal emosi tersebut supaya anda tidak rasa tertekan. Selain itu, suami memainkan peranan penting dalam menjaga isteri dan sentiasa membantu isteri setiap masa. Ia akan mengeratkan hubungan kasih sayang dan menyebabkan wanita hamil merasa selesa dan tidak beremosi.

Semoga tips hamil kali pertama ini membantu.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!