10 Tempat Menarik Di Perak Semasa Cuti Sekolah

Kelly’s Castle, Menara Condong Teluk Intan, The Lost World of Tambun, dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah.

Namun, ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Perak untuk dilawati bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Berikut adalah 10 lokasi terpilih:

1. Bukit Larut @ Maxwell Hill

Ini antara tempat yang sentiasa penuh semasa cuti sekolah. Tingginya mencecah 1036m dari paras laut. Di sinilah terletaknya taman dan rumah kolonial. Mereka yang ke sini akan mengambil peluang mendaki ke puncaknya sambil menghirup udara sejuk dan segar.

Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (Kanak-kanak),

Alamat: Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak

2. Gua Tempurung

Mungkin tidak ramai yang membawa anak mereka ke tempat seperti ini semasa cuti. Namun, jika mahu anak anda merasai kelainan, cuba bawa mereka memasuki Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.

Ada beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.

Harga Tiket (berbeza mengikut pakej): RM8-RM30(dewasa), RM4-RM15(kanak-kanak), RM20-RM50(warga asing dewasa), RM10-RM25(warga asing kanak-kanak).

Alamat: 31600 Gopeng, Perak

3. Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi

Mandi di air terjun. Itulah tarikan yang ada di Daerah Selama. Malah, ada 5 air terjun di situ dan Lata Tebing Tinggi hanyalah salah satu darinya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan luar negara.

Selain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Ulu Mengkuang, 34100 Selama, Perak.

4. Kuala Sepetang

Hutan Paya Bakau Matang
Imej via ditaiping

Sebuah kampung perikanan yang membawa anak-anak melihat keindahan semulajadi. Di situ terletaknya Hutan Paya Bakau Matang seluas 40000 hektar.

Ia merupakan lokasi terbaik pembiakan ketam, udang, selain ikan dan moluska yang lain. Bawa juga anak-anak anda menelusuri sungai pada malam hari untuk menyaksikan kunang-kunang.

Alamat: Larut, Matang, Perak.

5. Movie Animation Park Studio

Movie Animation Park Studio
Imej via travelog

Taman Tema Animasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. Ia dibina dengan kos RM520 juta! Oleh itu, tidak mustahil di dalamnya penuh dengan keseronokan kepada kanak-kanak.

Ia mempunyai 40 tarikan dengan 6 zon tema seperti Boboiboy, the Smurf, Megamind dan banyak lagi. Ada banyak permainan, persembahan, dan kedai yang menjual pelbagai barangan menarik.

Harga Tiket: RM190 (dewasa), RM150 (Kanak-kanak),

*Lihat promosi mereka untuk mendapat harga yang lebih murah

Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 10am-10pm (Sabtu-Ahad)

6. Orang Utan Island

Pulau seluas 35 ekar ini menjadi tempat tinggal Orang Utan. Kedatangan anda akan disambut oleh orang utan-orang utan. Pulau ini menjadi lokasi para ahli sains yang mahu membuat kajian mengenai orang utan.

Membuka pulau ini kepada umum membolehkan orang awam mengenali orang utan dan kepentingan menjaga mereka agar tidak pupus.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

7. Royal Belum State Park

Hutan hujan berusia lebih 130 juta tahun ini lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon! Hutan seluas 134,167 hektar yang dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah berharga untuk diterokai.

Air Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan hanya sebahagian tarikannya. Jika bernasib baik, anda akan melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.

Lupakan kesibukan dan gangguan tv dan media sosial. Terdapat resort yang dibina di pulau buatan iaitu Pulau Banding bagi mereka yang mahu menikmati malam yang damai di situ.

8. Santuari Burung Kuala Gula

Ini merupakan lokasi terkenal sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa bagi pemerhati burung. Burung-burung dari Siberia, Kazakhtan, Jepun, China dan Momgolia menjadikan kawasan ini untuk berhijrah dan bertelur bagi burung residen.

Berhampirannya disediakan chalet-chalet serta kemudahan menyewa bot.

Alamat: Kuala Gula, 34350 Perak

9. Taman Herba

Di tanah seluas 22 hektar ini, ditanam 527 spesis tumbuhan herba yang digunakan untuk pelbagai keperluan seperti perubatan, aromaterapi, dan kosmetik. Pengunjung boleh menaiki trem dan berkhemah di tapak yang disediakan. Kemudahan surau juga disediakan. Aktiviti lain di sini ialah memancing.

Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak), RM350 untuk 1 tapak khemah.

Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak.

Waktu Operasi: 830am-5pm (Isnin-Jumaat), 9am-3pm (Sabtu-Ahad)

10. Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari
Imej via Tripadvisor

Uniknya zoo ini ialah kerana ia turut menyediakan pengalaman Night Safari. Ia merupakan yang pertama di Malaysia. Anak-anak dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam dan mendengar bunyi haiwan-haiwan ini.

Tanpa gangguan cahaya dan bunyi selain bunyi haiwan, ini pasti suatu pengalaman bernilai buat anak-anak.

Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM8.50 (Kanak-kanak),

Night Safari: RM21.20 (dewasa), RM10.60 (kanak-kanak)

Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: 8am-11pm setiap hari

Pilihan di atas kebanyakannya mendekatkan anak-anak dengan alam. Perak pula merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini menjadikan ia tempat yang sesuai bagi membentuk dan mendidik anak-anak agar menghargai alam yang akan diwarisi mereka kelak.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!