10 Tempat Menarik Di Selangor / Kuala Lumpur Buat Anda Gembira

Pening? Mencari tempat menarik di Selangor tapi tak pasti yang mana menarik?

Nah,a rtikel ini panduan untuk anda mencari tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan selangor.

Kami kongsikan 10 tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Sebenarnya ada banyak lokasi menarik di Selangor untuk membawa anak-anak bersiar-siar dan beraktiviti. 10 pilihan di bawah ini hanyalah sebahagian daripadanya. Ia dipilih kerana kesesuaiannya kepada kanak-kanak sama ada di bandar atau kembali kepada alam semulajadi:

1. Air Terjun Serendah

Berkelah di air terjun bersama anak-anak memang menyeronokkan. Sementara mereka bermain air, anda boleh berehat, menyedut udara segar, mendengar bunyi air mengalir sambil memerhatikan anak-anak.

Airnya yang bersih dan pemandangannya yang indah menarik ramai orang untuk datang semasa hujung minggu. Ada juga kawasan di mana airnya lebih cetek dan lebih sesuai untuk anak-anak kecil.

Tandas, bilik mandi, pondok-pondok untuk orang awam, dan tempat meletak kereta disediakan menjadikan lokasi ini amat mesra pengunjung.

Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah

2. Jump Street Trampoline Park

Taman Trampoline terbesar di Asia ini menghubungkan beratus trampoline dalam satu ruang bertutup. Ia mempunyai beberapa bahagian. The Main Court merupakan ruang trampoline terbesar bersaiz 9000 kaki persegi.

The Foam Pit membolehkan anak anda melompat dan jatuh di dalam beribu kiub besar yang lembut. Lompat di atas trampoline dan masukkan bola ke dalam jaring seperti seorang pemain bola keranjang profesional di ruang Slamdunk.

Ada 10 ruang di taman ini yang pasti tidak akan mengecewakan. Anak-anak anda (dan anda juga) boleh melompat dan melompat dengan gembira.

Harga Tiket: RM27

Alamat: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10am-9pm (Ahad-Khamis), 10am-10pm (Jumaat-Sabtu)

3. Blok Space

Adakah anak anda suka bermain dengan blok atau Lego? Atau adakah anda mahu anak-anak anda membina minda kreatif? Blok Space meyediakan ruang untuk anak-anak berusia 5 sehingga 14 tahun untuk tujuan ini. Ia terletak di beberapa lokasi di Selangor. Ada lebih 300 jenis permainan disediakan termasuklah Lego dan Gundam.

Harga Tiket: RM18

Alamat: IPC Shopping Centre (Damansara), The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Gallery, 1 Mont Kiara

4. District 21

District 21 Putrajaya
Imej via District21

Taman tema lasak ini berkeluasan 70000 kaki persegi. Ia menyediakan aktiviti-aktiviti menarik di beberapa bahagian iaitu memanjat dinding di Power Station, merasai keterujaan menaiki Roller Glider, memandu di Go Pedal, menunggang basikal, skuter atau papan luncur di Pump Track, memanjat di Sky Trail, melompat di trampoline di Launch Pad, menelusuri terowong di The Maze, melompat di Free Fall, dan menggelungsur dengan tiub di Tubby Ride.

Active Pass adalah untuk mereka yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti di taman, manakala Non-Active Pass adalah untuk mereka yang mahu masuk tetapi tidak mahu menyertai permainan.

Harga Tiket: RM58-RM75 (Active Pass), RM10 (Non-active pass)

Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Waktu Operasi: 12pm-8pm (Isnin-Jumaat), 10am-8pm (Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah)

5. Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam menyediakan pelbagai aktiviti sesuai semua peringkat umur. Tambah pengetahuan dengan mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan, memancing, berbasikal dan berenang.

Jika sukakan cabaran di kawasan terbuka, dikelilingi pokok-pokok hijau, inilah juga tempat yang terbaik untuk menguji stamina anda.

Skytrex dibahagikan kepada beberapa pakej iaitu Big Thril (23 cabaran dalam masa 2 jam), Little Adventure (15 cabaran dalam masa 30 minit), dan Extreme Challenge (21 cabaran dalam masa 2 jam).

Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Harga Tiket Skytrex: RM 45 (Big Thrill), RM35 (Little Adventure), RM50 (Extreme Challenge)

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: 830am-6pm (Selasa-Ahad)

6. I-City Theme Park

Kanak-kanak suka dengan taman tema kerana ada banyak permainan dan cahaya di sana. Suasana di taman tema seperti syurga buat mereka.

Di I-City kanak-kanak boleh merasai pengalaman menonton cara luar biasa menerusi 5D Cinema, bermain salji di Snowalk, mengunjungi rumah hantu, makan-makan di Wow Street, menaiki Mini Pirate Ship, Rocking Chase Car, dan Fitness Junior.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

7. Kidzania

Apa cita-cita anda bila dewasa kelak? Itu soalan yang akan selalu diterima kanak-kanak. Di Kidzania, kanak-kanak dapat merasai pengalaman melakukan banyak kerjaya yang dilakukan oleh orang dewasa. Mungkin mereka tidak ragu-ragu lagi menjawab soalan berkaitan cita-cita selepas ini.

Harga Tiket: RM35-RM41 (dewasa), RM35-RM85 (Kanak-kanak),

Alamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Waktu Operasi: 10am-6pm setiap hari

8. Kelip-kelip Kampung Kuantan

Kampung Kuantan dikenali kerana kelip-kelipnya. Ia pasti pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak. Mereka berada di dalam sampan menyusuri Sungai Selangor pada malam yang gelap tapi diterangi oleh cahaya indah beratus atau beribu kelip-kelip yang berterbangan di pohon-pohon Berembang.

Harga Tiket: RM40/sampan untuk 4 orang. Pengunjung diberikan air dan makanan ringan.

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor

Waktu Operasi: 745am-1030pm setiap hari

9. Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Hutan ini merupakan hutan simpan milik kerajaan yang dijadikan pusat bagi mereka yang mahu membuat kajian perhutanan. Walaupun begitu, ia turut dibuka kepada orang awam.

Bagi mereka yang tinggal di bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur, FRIM merupakan lokasi terbaik untuk keluar seketika mendapatkan ketenangan.

Ia bukan sahaja sesuai kepada orang dewasa, malah kanak-kanak mendapat manfaatnya. Berjalan di dalam hutan, berbasikal dan menaiki jambatan gantung adalah antara aktiviti boleh dilakukan di FRIM.

Alamat: Jalan FRIM, Kepong, 52109 Selangor

Waktu Operasi: 8am-5pm (Isnin-Jumaat)

10. Farm in The City

Zoo mini ini amat sesuai bagi kanak-kanak. Mereka boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti kura-kura, burung, rusa, kambing, lembu, arnab, dan hamster. Haiwan-haiwan lain seperti kuda, kangaroo, kijang, iguana, prairie dog, skunk, dan musang fennex.

Ada aktiviti memancing untuk pengunjung dan menonton persembahan burung kakak tua juga.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM25 (Kanak-kanak),

RM48 (warga asing dewasa), RM38 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan

Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-6pm (Sabtu-Ahad)

Jemput singgah ke tempat-tempat ini jika anda dari negeri-negeri yang lain. Bagi penduduk Selangor pula, mungkin ada tempat di sini yang belum anda lawati. Jangan tunggu lama-lama. Cepat rasai pengalaman menyeronokkan di 10 tempat menarik ini.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!