10 Tempat Menarik Di Penang (Best & Tarikan Baru) 2017

Mencari tempat menarik di Penang untuk dilawati?

Nah, anda berada di tempat yang betul.

Nasi kandar. Itu antara makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Tapi, sebelum perut yang lapar diisi dengan pelbagai jenis masakan, mata perlu ‘dikenyangkan’ terlebih dahulu.

Terdapat pelbagai tempat sebenarnya yag menarik di sini.

Di bawah disenaraikan 10 lokasi tempat menarik di Pulau Pinang untuk dilawati bersama keluarga di sana:

 

1. Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia by Penang Butterfly Farm
Imej via PenangTrails

Ada dua kehidupan di sini iaitu The Natureland dan The Cocoon. Di Natureland, terdapat lebih 15000 ekor rama-rama terbang bebas diantara lebih 200 spesis tumbuh-tumbuhan. Seperti berada di alam lain, ia mempunyai air terjun, kolam, gua dan pelbagai lagi taman yang menyerupai alam semulajadi.

The Cocoon pula memberi peluang kepada pengunjung untuk terlibat dalam aktiviti yang diatur pengurusan.

Harga Tiket: RM49 (dewasa), RM29 (Kanak-kanak),

RM65 (warga asing dewasa), RM45 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang.

Waktu Operasi: 9am-530pm setiap hari.

 

2. Penang Avatar Secret Garden

Penang Avatar Secret Garden
Imej via hype

Saat menjejakkan kaki, anda pasti terpegun dengan keindahan hutan ajaib. Ia akan mengingatkan anda kepada filem Avatar yang pernah menjadi bualan suatu masa dulu.

Harga Tiket: Percuma.

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Dibuka sehingga 12 tengah malam.

 

3. Ghost Museum

Ghost Museum Penang
Imej via VGrab

Mungkin anda sudah biasa dengan rumah hantu dan anda individu yang tidak lemah semangat. Bezanya, di sini setiap hantu tidak mengganggu anda. Ia adalah patung hantu yang dihias mewakili jenis hantu dari pelbagai budaya.

Maklumat latarbelakang mereka juga disediakan. Hiasannya tidak kurang menyeramkan. Selain itu, mereka juga menyediakan kostum hantu bagi membolehkan anda merakamkan pengalaman sebagai hantu.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-7pm setiap hari

 

4. Jurassic Research Centre / Dinosour Komtar Penang

Jurassic Research Centre
Imej via hype
Jurassic Research Centre
Imej via penangOnly

200 dinasour ‘dihidupkan’ kembali! Kanak-kanak pasti menyukai replika dinasour bersaiz gergasi di dalam ruang khas berjeriji. Memang menarik melihatnya di komtar iaitu antara mercu di Penang.

Harga Tiket: RM58 (dewasa), RM48 (Kanak-kanak),

Alamat: TheTop@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-1215am setiap hari.

 

5. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar

Pasar Chowrasta Penang
Imej via penang-traveltips

Pasar yang sudah beroperasi sejak 1800 menjadi tumpuan pelancong yang mahu mendapatkan halwa, jeruk, kudapan, cenderamata dan barangan terpakai. Kepelbagaiannya menjadi rahsia tarikan pengunjung.

Alamat: Jalan Penang, 10300 Pulau Pinang

Waktu Operasi: 830am-8pm setiap hari

 

6. Penang Street Art

Penang Street Art
Imej via onlypenang

Jalan-jalan di sekitar Georgetown dihiasi dengan karya seni pelukis-pelukis terkenal. Di sinilah pengunjung merakamkan memori percutian mereka.

Antara kawasan yang boleh anda temui lukisan jalanan ini ialah Jalan Penang, Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, dan Jalan Ah Quee.

Pelbagai jenis Art lukisan anda dapat jumpa di sini. Kiranya boleh leka juga seharian untuk cuba menghabiskan masa melawat kesemua tempat lukisan ini.

Untuk memudahkan pergerakkan, anda juga bolehlah menyewa basikal yang boleh didapati di kawasan sekitar.

 

7. Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang
Imej via twitter

Hutan lipur ini ialah lokasi terbaik kepada pengunjung yang mahu beristirehat, menyertai aktiviti lasak dan perkhemahan. Pondok-pondok rehat dan beberapa kolam mandi disediakan bagi kemudahan orang awam.

Alamat: 11050, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

 

8. Muzium Perang Pulau Pinang @ Penang War Museum

Muzium Perang Pulau Pinang
Imej via denaihati

Ia sebenarnya sebuah kubu yang dibina pihak British pada tahun 1930an. Ia pernah digunakan semasa menentang pencerobohan tentera Jepun.

Pengunjung dapat melihat barang-barang bersejarah termasuk meriam, terowong dan kubu pertahanan bawah tanah sedalam 9 meter. Sesetengah terowong memaksa anda untuk merangkak jika mahu melaluinya.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung.

Waktu Operasi: 9am-7pm setiap hari

 

9. Rumah Kelahiran P. Ramlee

Rumah Kelahiran P. Ramlee
Imej via megahasz

Tidak lengkap rasanya jika tidak melawat rumah kelahiran seniman hebat kita. Bakatnya dalam bidang seni tiada tolok-bandingnya.

Di rumah inilah beliau dilahirkan dan dibesarkan. Pengunjung dapat melihat koleksi asal barang milik Allahyarham, pusaka peninggalan keluarga, dan halaman rumahnya yang masih dikekalkan hiasannya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 9am-530pm dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum.

 

10. Pasar Malam Batu Feringghi

Pasar Malam Batu Feringghi

Imej via penang

Ini lokasi yang menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Terletak di pantai, banyak barangan dan makanan boleh diperolehi di sini. Rata-rata pengunjung datang bagi mendapatkan barangan berkualiti pada harga murah seperti beg dan pakaian.

Alamat: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 7pm-12am setiap hari

 

11. Aquarium Penang Batu Maung / Institut Penyelidikan Perikanan

Nah, ini sebuah tempat menarik di bawah radar yang ramai tidak tahu dan kongsikan. Kami telah pun sampai di sini. Aquarium Penang Batu Maung adalah tempat menarik seperti Aquaria di KLCC. Tetapi ianya tidaklah sebesr seperti di sana.

Tambahan pula, harganya jauh lebih murah bersesuaian dengan tempat. Tempat ini boleh anda lawati bersama dengan Muzium Perang yang tidak beberapa jauh daripada sini.

Kanak-kanak pasti akan suka apabila melihat ikan berenang-renang di sini.

Waktu Operasi: 7pm-12am setiap hari

Alamat : Jalan Batu Maung, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Oleh itu, jika anda berada di Penang, bawalah keluarga anda melawat tempat-tempat ini. Ia tidak akan mengecewakan.

 

Artikel Tempat Menarik Lain

Selain Pulau Pinang, kami juga menulis artikel untuk tempat menarik yang lain. Manalah tahu jika anda berminat untuk ke sana di lain masa.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!