10 Tempat Menarik Di Langkawi Sesuai Satu Keluarga Kena Pergi 2017

Pulau dan pantainya yang memukau menjadikan Langkawi lokasi percutian terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah kepada pelancong asing. Aktiviti menaiki bot dari satu pulau ke pulau yang lain seringkali menjadi kewajipan pengunjung.

Begitu juga dengan kisah Mahsuri yang sinonim dengannya. Betul?

Tapi, bukan itu sahaja sebenarnya tarikan di Langkawi. Itu semua normal dan sering dikongsikan.

Berikut adalah lokasi unik pilihan penulis untuk dilawati pengunjung. Semoga andamenyukai tempat menarik di Langkawi yang dicadangkan ini:

 

#1 Air Terjun Telaga Tujuh

Jika anda dan keluarga sukakan cabaran, cubalah mendaki kira-kira 600 anak tangga sebelum sampai ke lokasi unik yang terkenal di kalangan pelancong asing ini.

Ia digelar Telaga Tujuh kerana di sini terdapat 7 buah telaga kecil yang menurut mitosnya menjadi tempat puteri-puteri kayangan bermandi-manda. Dari telaga ini juga ada laluan bagi aktiviti merentas hutan.

Cuma, laluannya mungkin agak sukar bagi sesetengah individu yang baru atau tidak biasa dengan cabaran seperti ini.

Alamat: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

 

#2 Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise

Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
Imej via Langkawi Wildlife Park

 

Di Bird Paradise, anda dibenarkan memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti keldai, landak, dan burung. Keluarga anda juga pasti seronok kerana dapat membelai arnab-arnab yang jinak dan bergambar dengan ular sawa sambil menyaksikan 1500 ekor burung bebas berterbangan dalam taman berbumbung.

Dengan keluasan 5 ekar, taman ini menempatkan 2500 ekor burung dari 150 spesis berbeza. Di dalam taman ini juga dibina air terjun setinggi 15m.

Harga Tiket: RM24 (dewasa), RM16 (Kanak-kanak dan warga emas), RM39 (warga asing dewasa), RM22 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah.

Waktu Operasi: 830am-6pm setiap hari

 

#3 Buffalo Park

Buffalo Park Langkawi
Imej via overseasattractions

Menyaksikan hijau hamparan padi dengan kira-kira 100 ekor kerbau, pasti satu pengalaman menarik kepada mereka yang jarang atau tidak pernah menyaksikannya sebelum ini.

Di sini jugalah anda boleh mendapatkan keju Mozarella yang diperbuat daripada susu kerbau selain yogurt dan aiskrim pelbagai perisa, segar dari ladang. Terdapat juga aktiviti menunggang kerbau serta kafe yang menyajikan hidangan termasuk daging kerbau.

Harga Tiket Masuk: RM3 (MyKad), RM5 (warga asing)

Alamat: Jalan Nyior Chabang, Kampung Nyior Chabang, 07000 Langkawi.

Waktu Operasi: 9am-5pm (Sabtu-Khamis)

 

#4 Galleria Perdana

Sumbangan Perdana Menteri ke-4 Malaysia ini bukanlah sedikit. Maka, anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara oleh Tun Dr Mahathir diabadikan di muzium ini di mana kita dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang tercetak pada pemberian tersebut.

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak), RM3 (pelajar IPT) RM10 (warga asing dewasa), RM4 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 830am-530pm setiap hari

 

#5 Panorama Langkawi SkyCab @ Langkawi Cable Car

Langkawi cable Car
Imej via rifqy

Dari ketinggian 708m di atas paras laut, anda sekeluarga akan menyaksikan panorama indah hutan, gunung dan pulau sekitarnya.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain termasuk SkyRex, SkyDome, SkyBridge, SkyTrail dan SkyGlide. Jadi, anda bukan sahaja melakukan satu aktiviti di sini tetapi lebih 6 aktiviti dalam satu tempat!

Harga Tiket: RM30-RM55 seorang (Normal) dan RM90-RM105 seorang (Express Lane) Pakej-pakej lain juga disediakan.

Alamat: Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 930am-7pm (Jumaat-Ahad)

 

#6 Langkawi Mangrove Tour

Telusuri sungai dengan bot sambil menyaksikan keindahan flora dan fauna di kawasan berkeluasan 100 km persegi. Anda juga dibawa ke lokasi-lokasi lain seperti Gua Kelawar, ladang ikan, Gua Buaya, memberi makan kepada helang, dan sebagainya mengikut pakej.

Harga Tiket: Mengikut jenis pakej bermula RM150 satu bot.

Alamat: Jetty Kilim, Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari.

 

#7 Taman Agroteknologi Mardi

Makan buah-buahan secara percuma dan menyewa tapak prkhemahan bersama keluarga adalah aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Ada lebih 20 jenis pokok buah-buahan tempatan termasuk pulasan, buah naga dan belimbing.

Harga Tiket: RM7 (dewasa), RM3 (kanak-kanak), RM25 (warga asing dewasa), RM10 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Padang Gaong, Taman Harmoni, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 830am-5pm (Sabtu-Khamis)

 

#8 Underwater World Langkawi

Akuarium terbesar di Malaysia ini (60,000 kaki persegi) memuatkan lebih 500 spesis haiwan laut termasuk penguin, jerung, dan arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang.

Tarikan juga meliputi terowong dalam air sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.

Harga Tiket: RM36 (dewasa), RM26 (Kanak-kanak), RM46 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)

 

#9 Muzium 3D Langkawi (Art in Paradise Langkawi)

Muzium 3d Langkawi

Imej via Anton Diaz

Bawa keluarga anda merasai permainan ilusi optik menerusi lukisan dan mural 3D. Pastikan ruang kamera anda cukup besar untuk merekodkan pengalaman di muzium 3D kedua terbesar dunia ini.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (Kanak-kanak), RM38 (warga asing dewasa), RM28 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)

 

#10 Pulau Payar Marine Park

Ia adalah lokasi snorkelling dan menyelam yang terkenal. Hidupan laut termasuk batu karang yang cantik dijaga dengan baik bagi mengekalkan kewujudannya.

Walaupun tiada penempatan di sini, pihak pengurusan tetap menyediakan meja perkelahan, alatan BBQ, gazebo dan tandas sebagai kemudahan kepada pengunjung.

Harga Tiket: RM120-RM200

Alamat: No.6 Kampong Bendang Baru, Kuah Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Luas aktiviti percutian anda di Langkawi dengan mengunjungi tempat-tempat ini pada masa depan. Ia pasti memberikan sedikit perbezaan dalam percutian anda.

 

Artikel Tempat Menarik Lain

Taman Negara Pahang

Tempat Menarik Di Melaka

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!