10 Tempat Menarik Di Kelantan (Wajib Pergi)

Ada banyak tempat yang menarik di negeri ini. Seni dan budayanya masih dikekalkan. Jadi, 10 pilihan tempat menarik buat keluarga ini cuba memberi ilmu kepada pengunjung terutama dari luar negeri Kelantan untuk mengenali mereka:

1. Gelanggang Seni

gelanggang seni
Imej via come2kelantan

Kelantan ada keunikan pada seninya sendiri. Siapa tidak kenal dengan wayang kulit dan wau yang sinonim dengan seni budaya rakyat Kelantan. Begitu juga dengan rebana dan gasing serta permainan dan persembahan lain yang mungkin kita terlepas pandang. Kalau selama ini bacaan dan apa kita lihat bukan terus dari Kelantan, ada baiknya kita cuba mengenalinya dari tanah asalnya sendiri.

Alamat: Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu

Waktu Operasi: 8am-5pm (Ahad-Khamis)

2. Jeram Linang

Jeram Linang
Imej via mdpputeh

Air terjunnya tidaklah tinggi iaitu sekadar 12m sahaja. Tapi, sejuk dan segarnya air terjun ini selalu memanggil pengunjung dari merata tempat terutama penduduk tempatan. Semasa hujung minggu keadaannya agak sesak. Jadi, kalau hendak berkelah di sini, sebaiknya pilih hari biasa. Pada hari biasa keadaannya agak sunyi tapi lebih mendamaikan. Jika tidak mahu mandi-manda, melihat pemandangan sekitarnya pun sudah cukup memikat hati.

Alamat: Hutan Simpan Ulu Sat, Pasir Putih

3. Masjid Beijing

Masjid Beijing
Imej via upknkelantan

Nama sebenar Masjid Beijing ialah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail. Ia mendapat gelaran Masjid Beijing kerana senibinanya persis sebuah masjid kuno berusia 1000 tahun di Beijing, China iaitu Masjid Nujie. Tapi, Masjid Beijing di Kelantan ini masih dikira baru. Ia dibina pada tahun 2005 dengan kemudahan dewan makan, dewan serbaguna, perpustakaan, dan klinik selain dewan solat utama. Siapa yang mahu melihat keunikan rekabentuk masjid ini yang berbeza dengan rekabentuk masjid di Malaysia, bolehlah ke sini.

Alamat: Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang

4. Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi
Imej via arkib

Satu lagi masjid dengan rekabentuk menarik ialah Masjid Muhammadi. Ia dibina pada tahun 1867 lalu menjadikannya masjid bersejarah. Ada perubahan dibuat pada binaannya pada tahun 1922 yang menyaksikan perubahan material iaitu dari kayu kepada konkrit. Sejak pembinaannya, ia telah digunakan oleh ulama-ulama tersohor di Kelantan untuk mengajar murid-murid mereka.

Alamat: Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu.

5. Muzium Islam

muzium islam
Imej via kelantanattractionsinmalaysia

Dokumen dan artifak kedatangan Islam di Kelantan dipamerkan di muzium ini. Jadi, ia sesuai untuk menambah ilmu, memahami dan mengetahui bagaimana Islam bertapak di negeri Kelantan. Mungkin ada kaitannya juga dengan gelaran Serambi Mekah yang diberikan kepada mereka. Lokasinya di Kota Bharu, berhampiran dengan satu lagi muzium iaitu Bank Kerapu.

Alamat: Jalan Masjid, Kota Bharu

Waktu Operasi: 830am-445pm (Sabtu-Khamis)

6. Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan
Imej via kainsongketpalembang

Sesuai namanya, ia mempamerkan dan menjual barangan kraftangan buatan rakyat Kelantan. Tidak rugi berkunjung ke sini bagi mendapatkan barangan-barangan kraftangan menarik sebagai hiasan rumah atau sebagai cenderamata kepada seseorang. Anyaman rotan dan ukiran kayu adalah antara produk kraftangan terbaik untuk dimiliki.

Harga tiket: RM1

Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Off Jalan Belakang Istana, 15000 Kota Bharu

Waktu operasi: 830am-445pm (Sabtu-Khamis)

7. Taman Negara Kuala Koh

Taman Negara Kuala Koh
Imej via NRE

Taman Negara Kuala Koh terletak di 3 buah sempadan melibatkan 3 negeri – Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Ia terletak 96m dari Gua Musang, di sempadan negeri Kelantan. Keunikan dan keindahan flora dan faunanya menjadikan ia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan serta penyelidikan. Terdapat lebih 300 spesis burung di sini. Jadi, ramai peminat burung singgah di sini. Si kaki pancing juga ada tempatnya untuk memancing di taman ini. Bagi jurukamera, ia memang lokasi yang menarik untuk menguji bakat fotografi. Bagi pengunjung yang lain pula boleh memilih aktiviti merentas hutan, berkayak, menaiki titian kanopi, dan perkhemahan.

Alamat : Taman Negara Kelantan, Kuala Koh, Gua Musang

8. Pasar Siti Khadijah

pasar siti khadijah
Imej via MPKBBRI

Tidak lengkap rasanya kunjungan ke Kelantan jika tidak ke Pasar Siti Khadijah. Ia cukup dikenali sebagai syurga membeli-belah. Pelbagai barangan dijual di sini seperti pakaian, barang kemas, alat solek, dan makanan tempatan seperti serunding, keropok, dodol, rempah-ratus dan kuih-muih Kelantan. Di pasar ini juga ada medan selera yang menyediakan pelbagai menu termasuk makanan tradisional Kelantan.

Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu

Waktu operasi: 7am-6pm setiap hari

9. Kelantan River Cruise

river cruise
Imej via pilihmemilihkelantan

Ia bermula di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh (MIB). Dari MIB, ia bergerak menyusuri Sungai Kelantan di kepulauan sekitarnya iaitu Pulau Suri. Di Pulau Suri, anda akan menikmati kuih tradisional, minum air kelapa atau makan buah nipah. Selepas makan, pelajari pula bagaimana mereka membaiki bot dan kapal nelayan di situ. Ada banyak homestay disediakan jika anda mahu bermalam di sana. Jika bermalam di sana, cubalah memancing ikan atau udang di sekitar pulau.

Harga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)

Alamat: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu

Waktu Operasi: 830am-6pm setiap hari

10. Pantai Irama

pantai irama
Imej via kelantanattractionsinmalaysia

Bila dilihat pemandangannya, tidak ragu-ragu lagi mengapa ia menjadi pantai kegemaran penduduk Kelantan. Menghadap Laut China Selatan, bunyi ombaknya dikatakan punca asal ia mendapat nama ‘Irama’. Kemudahan awam seperti tandas, gerai, surau dan wakaf juga disediakan. Bagi kanak-kanak pula ada taman permainan. Pantai ini sentiasa sibuk. Selain gerai jualan, ada pesta dan keramaian dijalankan di situ pada waktu tertentu.

Alamat: Bachok, Kota Bharu

Ada lagi tempat-tempat menarik sebenarnya di Kelantan. Kalau berkunjung ke sana, pasti akan menemui tempat baharu yang tiada dalam senarai ini. Jika itu berlaku, jangan segan-segan berkongsi bersama kami.

Pendapat Anda?

comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!