8 Tempat menarik Di Kedah Wajib Pergi 2017

Mencari tempat menarik di Kedah? Nah ini jawapannya.

Yes! 8 Tempat Menarik Di Kedah Untuk Keluarga

Langkawi merupakan aset penting bila kita mendengar tentang Kedah. Pulau itu penuh dengan segala macam yang diperlukan untuk percutian.

Tapi, sebelum anda dan keluarga bergegas ke sana, mungkin anda patut meneliti dahulu beberapa lokasi percutian yang tidak kurang hebatnya ini di Kedah:

1. Air Panas Ulu Legong

Selalunya kolam air panas hanya menyediakan aktiviti merendam kaki di dalam air panas. Tapi di Ulu Legong, ada beberapa perkara anda boleh lakukan di sini.

Selain mandi di dalam kolam air panas semulajadi berperingkat, anda juga boleh berkayak dan berakit. Malah, penginapan juga disediakan bagi mereka yang mahu bermalam di sini.

Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Alamat: Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling

Waktu operasi: dibuka 24 jam.

2. Air Terjun Lata Bayu

Air Terjun Lata Bayu
Imej via theVocket

Jaraknya hanya 30km dari Pekan Baling dan 90km dari Bandar Alor Setar sama ada dengan kenderaan yang dipandu sendiri, bas atau teksi. Sebenarnya ia terletak di dalam Taman Eko Rimba Lata Bayu.

Taman ini adalah satu daripada 6 Taman Eko Rimba yang terdapat di Kedah. Jadi, kebersihan dan kemudahannya dijaga dengan baik.

Air terjunnya yang setinggi 20 meter memang mengagumkan. Persekitarannya yang berbukit-bukau dan dikelilingi hutan tropika menjadikan ia lokasi kegemaran mereka yang sukakan aktiviti merentas hutan ke puncak Bukit Tok Bidan.

Pada satu kawasan yang lebih mendatar, ia menjadi tumpuan perkhemahan dan perkelahan bagi mereka yang mahukan aktiviti lebih santai.

Alamat: Taman Eko Rimba Lata Bayu @ Lata Asam Jawa, Baling

3. Tree Top Walk Sungai Sedim

Dengan panjang 925m dan ketinggian 26 meter, ia merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia. Pemandangan indah dan bersih dapat dilihat sepanjang berjalan di atasnya kerana kedudukannya yang terletak di Taman Rekreasi Sungai Sedim.

Namun begitu, jambatan ini lebih kukuh berbanding jambatan gantung yang lain kerana binaannya tidak bergantung kepada pokok. Sungai Sedim juga terkenal dengan aktiviti pendakian, ‘white water rafting’, ‘abseiling’ dan permainan paint ball.

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM6 (kanak-kanak)

Alamat: Kampung Sedim Karangan, 09000 Kulim

Waktu Operasi: 9am-6pm setiap hari

4. Muzium Padi

Senibinanya yang berbentuk gemai padi pun sudah cukup menarik perhatian. Ditambah pula dengan Gunung Keriang yang menjadi latar belakang pemandangannya. Muzium berkeluasan 2000 meter persegi ini mempunyai 3 aras.

Sejarah penanaman padi di Kedah diletakkan di Aras 1. Aras 2 menempatkan lukisan-lukisan aktiviti penanaman padi beserta dokumentari. Selepas menaiki 59 anak tangga, Aras 3 menyajikan pengunjung dengan panorama indah perkampungan dan sawah

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)

Alamat: Lot 798, Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

5. Pantai Merdeka

Lagu Cinta Pantai Merdeka pernah menjadi siulan suatu masa dulu. Bagi yang beum tahu, Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai yang ada di Kedah selain daripada Langkawi. Maka, ia menjadi tumpuan pengunjung dari merata tempat.

Tambahan pula, ia memang terkenal dengan keindahan pemandangannya. Antaranya ialah Gunung Jerai yang bertentangan dengannya. Selain kemudahan asas seperti tandas, medan selera, dan chalet serta resort, di sini juga ada disediakan bot buat pengunjung yang mahu bersiar-siar.

Alamat: Kota Kuala Muda, 08500 Sungai Petani

6. Sungai Merbok River Cruise

Dari Jeti Semeling, pengunjung akan menyusuri Sungai Merbok, singgah di Tanjung Dawai sebelum kembali ke Jeti Semeling. Sungai, hutan bakau, dan Gunung Jerai adalah pemandangan sepanjang perjalanan. Jika mahu bermalam, boleh menyewa rumah bot yang memberikan pengalaman berbeza.

Harga: RM35 (dewasa), Percuma – RM15 (kanak-kanak)

Alamat: Kuala Muda

Waktu Operasi: Pagi sehingga tengah hari.

7. Tasik Pedu

Tasik Pedu pernah gah suatu ketika sehinggalah ia sunyi ekoran kurang mendapat sambutan sedangkan ia memiiki flora dan fauna yang menarik. Tasik seluas 52km persegi itu sedang cuba dipulihkan ‘semangatnya’ oleh mereka yang tidak mahu keindahan Tasik Pedu disia-siakan.

Seri Mahawanga iaitu rumah bot yang mampu memuatkan 13 orang dewasa, lengkap peralatan memasak dan tandas, berada di lokasi paling indah di Tasik Pedu. Menyaksikan matahari terbenam dan ratusan ikan yang seolah-olah tidak peduli dengan kehadiran manusia amat mendamaikan. Jadi, ia juga syurga memancing bagi si kaki pancing.

Hubungi Amireco Pedulake (Facebook) untuk tempahan.

8. The Carnival Waterpark

Taman Tema terulung di Kedah ini menyediakan pelbagai jenis tarikan sebagaimana taman tema air yang lain. Antaranya ialah Wave Pool, Lazy River, Tube Slides, High Speed Slides, Body Slides, dan kolam mandi. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti teater 7D, memanjat dinding, menunggang kuda dan golf mini.

Harga: RM20 (dewasa), RM18 (kanak-kanak)

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani

Waktu Operasi: 11am-7pm (Isnin-Jumaat), 9am-7pm (Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan umum)

Selain tempat percutian, Kedah juga kaya dengan tempat makan yang menarik. Jadi, penat berjalan dan beraktivti, jangan lupa untuk terokai makanan mereka juga.

Pendapat Anda?

comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!