10 Tempat Menarik Di Melaka Bersama Anak-Anak 2017(UNIK)

Lawatan bersama anak-anak ke Melaka tidaklah terhad kepada melihat lokasi bersejarah sahaja. Pada masa kini, terdapat pelbagai lagi tempat menarik di Melaka khususnya kepada kanak-kanak.

A’Famosa Water Theme Park, misalnya. Ia adalah taman tema terbesar di Malaysia dengan lebih 10 tarikan. Selain itu, antara yang dirasakan akan membuatkan mereka teruja juga ialah:

#1 Magic Art 3D Museum

Magic Art 3D Museum
Magic Art 3D Museum
Imej via Magic Art 3D Museum

Ambil gambar unik anak-anak anda dalam pelbagai tema seperti laut dan hutan. Jika selama ini anda hanya melihat lukisan atau mural, apa kata kali ini cuba tempatkan diri anda di dalam karya pelukis.

Harga Tiket: RM22 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak dan warga emas), RM28 (warga asing dewasa), RM22 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: G13, G15, & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama, 75450 Bukit Katil, Melaka

Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 9am-9pm (Jumaat-Ahad, dan cuti umum)

#2 Melaka Thousand Tales of Adventure

Bawa anak-anak menyertai Sinbad dalam pengembaraan penuh cabaran menerusi simulasi 7D pertama seumpamanya di Malaysia. Ia bukan sahaja menyeronokkan kanak-kanak, malah mereka juga belajar bekerja dalam pasukan.

Ini kerana ibu bapa dan anak-anak mesti bekerjasama dalam pengembaraan ini untuk menentang musuh jahat.

Harga Tiket: RM28 (dewasa), RM23 (Kanak-kanak dan warga emas),

Alamat: No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 10am-930pm (Jumaat-Ahad), 10am-7pm (Isnin-Khamis)

#3 Upside Down House Gallery Melaka

Cinta kepada Melaka dan pengalaman 10 tahun dalam bidang pelancongan telah memberi idea kepada pemiliknya untuk membina sebuah rumah yang aneh. Rakam memori anda bersama anak-anak di dalam rumah yang segalanya berada dalam keadaan terbalik!

Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (Kanak-kanak), RM20 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan PM7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 10am-9pm (Jumaat-Ahad), 10am-7pm (Isnin-Khamis)

#4 Melaka Wonderland Theme Park

Melaka Wonderland Theme Park
Imej via Melaka Wonderland Theme Park

Dengan 11 tarikan di dalamnya, kanak-kanak berpeluang bermain pelbagai jenis permainan di dalam taman tema air ini. Contohnya, Tornado Chaser menyebabkan anda berputar seperti berada di dalam putting beliung. Kamikaze Racer pula membolehkan anda menggelungsur di atas gelungsur gergasi.

Harga Tiket: RM33.20* (dewasa), RM26.05* (Kanak-kanak), RM18.95* (warga emas dan OKU) RM45* (warga asing dewasa), RM37,90* (warga asing kanak-kanak), RM22.50* (warga asing warga emas dan OKU)

*Harga lebih tinggi semasa hari minggu.

Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: 11am-7pm (Selasa-Jumaat), 9am-7pm (Sabtu dan Ahad)

#5 Menara Taming Sari

Tingkatkan keterujaan anak-anak anda dengan membawa mereka melihat panorama indah bandar Melaka pada ketinggian 80 meter. Menara ini berputar 360° untuk membolehkan kira-kira 66 orang pada satu-satu masa untuk melihat suasana Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sg. Melaka dan Selat Melaka dari pandangan udara.

Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM11 (kanak-kanak), RM23 (warga asing dewasa), RM15 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 10am-11pm setiap hari

#6 Street Art

Bawa anak anda meneroka seni jalanan pada dinding di lokasi-lokasi terkemuka di Melaka. Seni jalanan bukan sahaja cantik pada mata yang memandang, malah ia juga menyampaikan cerita, peristiwa, dan budaya tempatan.

Antara seni jalanan yang anda boleh lawati terletak di Jonker Street atau Jalan Hang Jebat, Jalan Kampung Hulu, Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Besi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, dan bangunan di sepanjang Sungai Melaka.

#7 Melaka River Cruise

Kanak-kanak selalu menggemari aktiviti menaiki bot menelusuri Sungai Melaka. Ibu bapa pula menggunakan waktu ini bagi merehatkan diri seketika sambil menyaksikan pemandangan menarik di sepanjang sungai.

Harga Tiket: RM10.60* (dewasa), RM5.30* (kanak-kanak), percuma bagi kanak-kanak bawah 2 tahun,RM15.90* (warga asing dewasa), RM7.50* (warga asing kanak-kanak).

*Harga lebih rendah untuk OKU dan warga emas. Harga juga lebih tinggi untuk semua kategori pada hari Jumaat sehingga
Ahad dan cuti umum.

Alamat: Sungai Melaka

Waktu Operasi: 9am-1130pm

#8 Melaka River Pirate Park

Jika anda masih mahu meneruskan makan angin pada waktu petang sehingga malam, cuba bawa anak-anak anda ke Melaka River Pirate Park. Ada 6 jenis permainan disediakan kepada pengunjung iaitu Rodeo Bull, Ferris Wheel, Bungee Trampolin, Pirate Ship, Rock Climbing dan Haunted House.

Harga Tiket: berbeza mengikut jenis permainan bermula RM3.20 sehingga RM10.60
Waktu Operasi: 5pm-12pm setiap hari

#9 The Shore Toy Museum

The Shore Toy Museum
Imej via The Shore Toy Museum

Semua kanak-kanak sukakan permainan. Orang dewasa juga ada yang masih menggemarinya. Sedikit sebanyak ia turut menggamit memori zaman kanak-kanak.

Kerana itulah, The Shore Toy Museum mempamerkan lebih 10,000 permainan yang dibawa dari Jepun, Thailand dan pelbagai negara bagi tatapan peminat karakter terkemuka dunia,

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (kanak-kanak),

Alamat: Level 1, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persiaran Bunga Raya, 75100 Melaka.

Waktu Operasi: 1030am-9pm setiap hari

#10 The Shore Oceanarium

Dengan menggunakan kacamata 3-D, anak-anak dan ibu bapa dapat melihat pokok-pokok bakau, hutan dan pelbagai jenis ikan yang seolah-olah wujud benar di hadapan mata. Ia merupakan satu pengalaman baru untuk menambah ilmu anak-anak.

Harga Tiket: RM35 (Combo dewasa), RM25 (combo kanak-kanak dan warga emas)

Alamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka,

Waktu Operasi: 1030am-9pm setiap hari

Kesimpulan

Selain lokasi-lokasi ini, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka melihat haiwan seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Burung, dan Taman Reptilia. Ini adalah tarikan kepada kanak-kanak sejak dahulu lagi.

Artikel Tempat Menarik Lain

Taman Negara Pahang

Tempat Menarik Di Langkawi

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!