Telatah : Tidur, Kereta Polis & Faris

Aku kene tulis malam ni jugak, takut esok lupa. Kejadian ni baru je berlaku sejam lepas, di mana kami sekeluarga keluar ke bla bla bla, pastu ke bla bla bla, lalu penat. Sekitar jam 10.30malam tadi, di dalam kereta (yang sedang bergerak) kami hampir tiba dia parkir kereta kami.

kereta polis

Sebenarnya aku geram ngan si kenit Faris ni. Tapi bila fikir balik, aku lagi geram ngan FB android aku yang tiba-tiba tergantung (hang) lepas aku tulis cerpen buat kali pertama. Iya, ini kali kedua aku tulis cerpen ni. Adoi!
Sorry, sorry. Berbalik kepada cerita tadi, aku geram ngan si kenit ni. Seharian ni dia dia malas nak jalan, soh bapak dia kendong je dia kemana saja. Dia ingat bapak dia kangaroo agaknya. Kalau aku suruh jalan, ada je la alasannya. Pada masa tu, aku dok membebel kat dia, kata tangan aku sakit lah, dia makin berat lah dan sebagainya. Aku jeling sekejap cermin belakang, nampak dia tengah tergaru-garu kepala sambil buat-buat sibuk untuk menahan ngantuk. Sekarang ni dia memang liat sangat nak tido, jam 11 malam pon leh je lagi mintak nak makan nasi ngan telur mata. *haih*

Sesaat lepas tu, aku jeling balik cermin belakang, aku dapati mata dia dah tertutup. “Haih, takkan tiba-tiba je dah tertido” kataku dalam hati. Mata tertutup, mulut ternganga sedikit. Seperti biasa, mak bapak ada bahasa rahsia yang digunakan sesama sendiri bagi mengelakkan anak faham. Lalu aku bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan isteriku. Pada masa ini, kami sudah pun tiba di parkir kereta, tapi enjin dan penghawa dingin kereta masih hidup.

Papa : Yang, he already fell asleep! I’m not sure if he really fell asleep, or just making an excuse right now.
Mama : ??? Papa, kita pergi jalan-jalan lah lagi tengok lampu cantik nak? (aku dok perhati je reaksi Faris, dan aku dapati dia cuba buka mata kanannya sikit, pastu cepat-cepat tutup balik)
Papa : Eh, cantik nya jambatan tu! (tiada respons mata dari Faris, tapi dia buat-buat mengeliat, lalu letak tangannya di belakang kepala)
Mama : Cantiknya lampu tu!~~ (masih tiada respon, konon tidur mati lah tu)
Papa : eh, polis lah!!~~ (tiba-tiba aku nampak mata Faris terbukak sikit, cubaan untuk melihat kereta polis yang ada lampu liplap liplap)

“Haa..Kantoi!! So damn funny yang!” kata Papa kepada Mama. Kami berdua tahan gelak sambil berlagak serius. Faris pulak, masih meneruskan lakononnya tu, diam tiada reaksi. Aku matikan enjin kereta, lalu mendapatkan Faris. Aku letakkan kepalanya di bahuku, lalu bertanya:

Papa : Faris, Faris berlakon dah tido sebab nak Papa dukung ya?
Faris : (tiba-tiba mengangguk)
Papa : Adoi, 2tahun 8bulan pon dah de attempt camni. Dah besar ntah macam mana?Faris kene ingat, Papa tahu Faris suka tengok kereta polis!

Moral cerita ini : Hati-hati ngan anak anda. (2 hari lepas aku dah kene kunci dah kat beranda apartment tingkat 7 selama 15 minit – kisah benar)

 

Kredit gambar : http://auto.howstuffworks.com/police-car2.htm

Pendapat Anda?

comments

    Add Your Comment

error: Content is protected !!