Telatah :Degil Tu Takpe, Asalkan Jangan Makan Pedas Banyak

Sejak kebelakangan ini Faris makin sukar mendengar kata. Lagi menggeramkan apabila dia menjawab. Salah satu proses pemutihan yang dilakukan oleh Mama nya ialah memberi Faris melihat video zaman silam bertajuk ‘Sang Kancil dan Monyet’ yang pernah ditayangkan sewaktu kita kecil dahulu.

Cerita tu memang legend, epik. Motif nya masih lagi terukir dalam kepala insan Gen-Y di Malaysia. Apa pun, kami pasti objektifnya, adalah untuk mengajar Faris bahawa degil itu menyakitkan.

makan pedas

Imej:faizuraleesya

Setelah tamat video itu di YouTube, ternyata dia teruja. Mulalah dia menceritakan kembali apa yang dilihatnya.

Faris : Monyet makan cili banyak banyak, telinga keluar asap! Mama jangan makan pedas pedas, nanti jadi macam monyet! Lepas ni, saya tak nak lagi makan pedas banyak banyak. Makan pedas sikit je!

Hmm.. Itu bukan reaksi yang kami harapkan. Moral cerita telah di spin songsang. Jika anak kamu berjumpa Faris, dan berbual pasal cerita sang kancil dan monyet, sila beritahu anak kamu jangan percaya dengan cerita versi Faris ni. Bahaya. ‘Degil tu takpe, asalkan jangan makan pedas banyak’

Pendapat Anda?

comments

8 Comments

  1. Joe

Reply

error: Content is protected !!