Telatah : Aku dan Cinta

Kisah ini berlaku sebelum Ramadhan lagi. Pagi Sabtu merupakan hari yang indah untuk breakfast di luar. Lokasi breakfast Sabtu biasa kami di Pekan Sg Besi. Macam biasa, proses bersiap memang berjam. Sesudah mandi, Faris sibuk bermain gitar kecil bersaiz ukelele pemberian neneknya di ruang tamu. Sambil strumming gitar nya itu, dia menyanyi :

Aku and cinta!!!! La la la (siap tarik)

 

aku-dan-cinta

Aku dan Cinta

 

Pelik. Dalam rumah ni tidak pernah pula berkumandang lagu Melayu. Lagi lagi lagu jiwang sebegitu. Kenapa aku And cinta, bukannya aku DAN cinta? Aku bertanya.

Papa : Aku dan cinta? Lagu apa tu Faris?
Faris : Aku and cinta! (menyanyi)
Mama : Lagu apa tu Faris?
Faris : Aku and cinta! (syok sendiri menyanyi, sambil memetik gitar)
Mama : Cinta tu apa Faris?
Faris : Nama kedai makan.
Papa : Random gila!

Hah? Kedai makan mana pulak nama cinta ni? Memang pelik. Ntah siapa ajar ni. Lagu apakah bertajuk Aku and Cinta, dan kedai makan mana ada nama cinta. Ada siapa2 tahu?

 

Kredit gambar :  Rosa AlMehairbi

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!