Tekanan boleh berlaku ketika hamil kerana pelbagai dugaan akan dihadapi pada masa tertentu ketika mengandung. Selain itu, melahirkan bayi juga akan mengubah hidup anda iaitu menjadi orang yang bertanggunhawap melahirkan orang baru ke dunia. Selain itu, pelbagai perkara lain yang bermain di fikiran wanita mengandung yang menyebabkan mereka mudah rasa tertekan.

Namun, semua itu hanyalah permainan perasaan kerana kelahiran bayi merupakan saat yang paling indah dalam kehidupan anda. Antara panduan untuk mengelakkan daripada merasa tekanan adalah:

Cara Atasi Tekanan Secara Hamil

1.   Berehat

Anda hendaklah memastikan diri anda mengambil rehat yang secukupnya agar kesihatan diri lebih terjamin. Jika berada di tempat kerja, anda boleh berehat di ruang rehat ketika makan tengahari dan kurangkan daripada membuat kerja yang berat. Seterusnya, jika anda letih pastikan tidur awal kerana badan anda sudah bekerja keras menyuburkan bayi yang semakin besar olrh itu anda memerlukan masa tidur yang cukup.

Di samping itu, peranan suami juga penting untuk memastikan isterinya yang tengah hamil tidak melakukan pekerjaan yang banyak dan mengambil masa rehat yang sewajarnya.

tekanan sewaktu hamil

 2.   Mengambil pemakanan yang berkhasiat

Makanan yang berkhasiat dapat membantu minda dan badan anda. Tambahan lagi, jika anda mengambil cara pemakanan diet seperti makanan yang mempunyai asid lemak omega-3, vitamin dan mineral ia boleh menjadikan tahap keceriaan anda termasuk ketika anda hamil.

Antara makanan berkhasiat yang mengandungi nutrient yang baik adalah buah-buahan, ayam, ikan, produk tenusu, sayur-sayuran dan juga bijirin. Oleh itu sebagai wanita yang sedang hamil anda hendaklah memastikan mendapat nutrient yang cukup  tetapi tidak perlu keterlaluan untuk mendapat nutrient.

3.   Melakukan senaman

Melakukan senaman akan membuatkan anda lebih ceria. Senaman ketika hamil mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan senaman.anda hanya perku melakukan senaman yang ringan sahaja dan pastikan ia tidak membahayakan kesihatan dan menyebabkan kecederaan kepada diri anda. anda boleh mengamalkan semanam dalam kehidupan harian anda contohnya walaupun di tempat kerja anda boleh dan berjalan selalu. Seterusnya anda hendaklah mengihirup udara yang segar walaupun dalam tempoh masa yang singkat iaitu dalam lingkungan masa 10 minit.

4.   Bersedia untuk kelahiran

Wanita hamil akan rasa bimbang mengalami kesakitan ketika bersalin. Oleh itu, anda boleh melawat wad bersalin terlebih dahulu untuk mengetahui perkara yang harus ditempuhi ketika hendak bersalin sebagai persediaan anda. anda tidak perlu merasa takut kerana menjangkakan tempat untuk melahirkan anak dapat menenangkan fikiran anda.

Jika masih ragu-ragu, dapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan kandungan dapat dilahirkan dengan lancar. Selain itu, fikiran positif juga akan membantu memenangkan fikiran anda contonya kelahiran bayi anda pasti akan menambah keceriaan dalam keluarga anda.

5.   Bersedia untuk berkeluarga

Jika anda bimbang tentang cara melahirkan bayi kerana takut ia akan mempengaruhi hubungan anda dengan suami atau meragukan keupayaan untuk menjadi seorang ibu, itu adalah perkara yang biasa yang berlaku. Untuk pengetahuan anda, menjadi ibu bapa adalah sesuatu yang akan bakal anda pelajari dan tempuhi.

Jangan risau kerana hidup dalam kekelurgaan sangat menyeronokkan dan merasa bahagia. Anda juga boleh meminta tips daripada ibu yang berpengalaman kerana ia pasti dapat membantu anda untuk membina kehidupan berkeluarga anda sendiri.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.