in

Resepi Kek Pisang Gebu, Enak dan Kurang Manis (4 Langkah Mudah)

Mesti anda tercari cari mana nak dapat resepi kek pisang yang gebu, enak dan yang paling penting, kurang manis. Anda telah datang ke website yang tepat kerana di sini memang terdapat kek pisang seperti yang anda semua harapkan

Kek pisang selalunya memang seronok di makan untuk minum petang lagi lagi dengan air panas. Memang terangkat rasa. Ayuh kita cuba resepi yang memang mantap ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Resepi Kek Coklat dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kek Pisang

Resepi Kek Pisang
Imej via Facebook

Pagi ini, saya nak sedekahkan resepi Kek Pisang yang saya gunakan untuk tempahan jualan. Kek pisang ini sangat simple, kurang manis dan rasa pisang 100%. Sesuai sangat untuk minum petang layan kopi atau teh O.

Dapat pula keluar je oven makan panas-panas, perghhhh. Kebanyakan tempahan yang saya terima adalah untuk majlis-majlis dan kenduri-kendara tertentu

Saya bagi tips bagaimana nak dapat Kek Pisang yang gebu dan lembut ye

+ Saya gunakan 100% minyak jagung.
+ Saya hanya gunakan Pisang Berangan untuk dapatkan bau yang wangi.
+ Pisang yang dilecek biarkan seketika 10-15minit sebelum di mixer. Ini untuk dapatkan warna kek yang lebih gelap & menampakkan jalur-jalur pada kek nanti.
+ Saya suka bakar hingga garing bahagian atas dan tepi kek. Sedap
+ Kek Pisang yang cantik ialah apabila masak ia sedikit pecah atau merekah dibahagian atasnya.

Bahan Bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder – diayak
  • 4-5 biji pisang berangan – dilecek lembut
  • 1 cawan minyak jagung mazola *
  • 3/4 cawan gula halus *
  • 2 biji telur gred b *
  • Sedikit esen vanilla *

Nota : mixer hingga kembang/ putih bahan bertanda *

Cara Cara Memasak

  1. Masukkan pisang tadi. Mix rata
  2. Kaup balik tepung.
  3. Alas loyang kertas. Gris tepi loyang.
  4. Bakar 30minit 170c
  5. Bahagian atas gelap turunkan suhu 150c. Bakar 10minit lagi hingga masak.

Selamat Mencuba

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi kek pisang, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Nabilah Ruza

Written by Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kek Coklat

Resepi Kek Coklat Layer Mousse Coklat (Memang Power Habis!)

Anak Anda Usia 1 Hingga 2 Tahun? Ini Cara Raikan 4 Perkembangan Mereka