Resepi Coleslaw Ala KFC (Mudah & Sedap!)

Mencari resepi coleslaw ala KFC yang sedap dan mudah?

Pernah terjumpa tetapi rasanya tidak sama?

Mungkin anda boleh cuba resepi ini.Coleslaw ini selalunya kita makan di KFC.Tidak sah makan KFC kalau tidak pesan benda ini.

Tetapi ianya juga menarik dibuat sebagai sidedish masakan western seperti chicken chop.

Sebenarnya tidak sukar untuk membuat coleslaw yang sedap. Antara ciri coleslaw yang sedap adalah ianay mestilah ebrkrim dan berlemak. Bahan yang digunakan mestilah tepat

Perkongsian resepi Puan Afrina Zulqarnaen di Masak Apa Hari Ini menarik untuk dicuba. Semoga ianya membantu anda di rumah meneyediakan makanan kesukaan ramai.

cara membuat salad sayur
Imej via Facebook

 

Bahan-Bahan Resepi Coleslaw

1 biji kubis potong dadu

1 batang carrot potong dadu

2 sb bawang holland potong dadu

½ cawan mayonis

⅓ cawan gula pasir

¼ cawan susu full cream (dutch lady)

¼ cawan buttermilk

2 ½ sb perahan lemon

1 ½ sb cuka

½ sk garam

⅛ sk serbuk lada hitam

 

4 Langkah Mudah

1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.

3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.

4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Anda ada resepi coleslaw yang sedap atau tips yang boleh digunakan? Jika ada jangan lupa untuk kongsi bersama kami.

Like & Share

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!