Ketahui Proses Ovulasi Pada Wanita Untuk Hamil

Disini dikongsikan tentang pengertian ovulasi untuk wanita. Semoga artikel ini memberi pemahaman yang jelas tentang pengertian ovulasi, masa dan tanda-tanda ovulasi berlaku.

proses ovulasi
Imej:online.science.psu.edu

 

Apakah Ovulasi?

Setiap bulan, tubuh anda bersedia untuk  hamil dengan cara melepaskan hormon perangsang folikel (FSH). Setiap folikel menghasilkan estrogen iaitu hormon yang lain, yang mana perlu mencapai tahap tertentu untuk menghasilkan ovulasi.

Apabila estrogen yang cukup telah dihasilkan – biasanya 12 hingga 18 hari selepas kitaran bermula – telur matang, lebih kecil daripada kepala pin, akan pecah dari folikel yang paling matang. Pelepasan telur ini dikenali sebagai ovulasi.

 

Bagaimanakah Ia Berlaku?

Pembinaan estrogen di dalam folikel merangsang gelombang hormon ketiga, “luiteinizing hormone” (LH). Dalam masa 24 jam gelombang LH anda, telur akan muncul dari folikelnya dan dengan segera dibawa ke tiub fallopio.

Sementara itu, folikel yang kosong – sekarang digelar sebagai “corpus luteum” – mula menghasilkan hormone yang lain, “progesterone”, yang menghalang pelepasan telur-telur lain dalam tempoh kitaran.

“Corpus luteum” berfungsi selama 12 hingga 16 hari, selepas tahap “progesterone” jatuh dan kitaran bermula semula.

 

Bolehkah Saya Tahu Bila Saya Berovulasi?

Kira-kira 1 per lima daripada semua wanita berpengalaman dalam kesakitan pada bahagian perut. Hal ini dikenali sebagai “mittelschmerz” semasa ovualsi berlaku. Kelembutan atau rasa tidak selesa pada buah dada adalah biasa.

Kebanyakan wanita akan mengalami pengeluaran dari vagina yang agak elastik (cuba rentangkannya antara 2 jari) pada hari ia hampir pasti untuk berovulasi. Kit ramalan ovulasi biasanya digunakan untuk mengesan gelombang LH yang mendahului pelepasan telur, sementara pemetaan suhu badan (Basal Body Temperature atau BBT) boleh digunakan sebagai penilai ovulasi.

 

Apa Yang Berlaku Kepada Telur Selepas Ovulasi?

Ini bergantung kepada sama ada persenyawaan berlaku atau tidak. Jika telur disenyawakan dalam jangka masa beberapa jam selepas ia dilepaskan, ia akan menggunakan minggu seterusnnya atau lebih untuk berjalan melalui tiub fallopio ke uterus, di mana ia akan ‘menggali’ ke dalam lapisan rahim dan memulakan proses membentuk bayi.

Jika telur tidak disenyawakan, ia akan hancur selepas 12 hingga 24 jam dan akan diserap ke dalam tubuh atau dikeluarkan bersama-sama aliran haid.

 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!