1.   Tidur dengan posisi mengiring

Cara tidur dengan posisi mengiring merupakan langkah yangterbaik untuk ibu hamil teruutamanya kepada wanita hamil yang mengalami banyak air ketuban atau pun hamil kembar. Oleh yang demikian, ibu hamil digalakkan untuk untuk tidur mengiring ke sebalah kiri agar vena besar mengalirkan darah secara optimum dari bawah tubuh anda dan kembali kepada bahagian jantung. Dengan itu, aliran darah serta nutrisi dapat disalurkan secara maksima kepada bayi anda secara plasenta. Tambahan lagi, tidur dengan posisi mengiring akan membantu buah pinggang serta ia juga membuang sisa produk atau cecair daripada tubuh. Seterusnya ia juga mengurangkan bengkak yang biasanya berlaku pada bahagian kaki dan tangan. Oleh yang demikian, untuk mendapat tidur yang selesa anda boleh tidur dengan posisi mengiring.

posisi tidur ibu hamil

 2.   Tidak tidur dengan posisi terlentang

Elakkan daripada tidur dengan posisi terlentang kerana ia akan menekan usus dan vena besar yang menyebabkan gangguan berlaku tehadap aliran darah. Selain itu, ia juga akan mempengaruhi tekanan darah untuk sesetengah ibu hamil yang menyebabkan wanita hamil menjadi sakit kepala, sesak nafas dan pening. Seterusnya, wanita hamil juga berpotensi untuk mengahadapi penyakit sakit pinggang, bengkak pada bahagian kaki dan tangan dan gangguan pencernaan.

3.   Menambah sokongan ketika tidur

Hal ini bermaksud, kebanyakan wanita hamil memerlukan sokongan sewaktu mereka tengah tidur. Contohnya anda boleh meletakkan bantal di bawah kaki atau dibawah perut. Selain itu, anda juga boleh meletakkan bantal kecil di bahagian belakang anda untuk menyokong badan. Selain itu, menambah sokongan juga dapat melegakan tekanan belakang anda.

 4.   Menggunakan bantal kehamilan

Pada masa kini, anda boleh mendapatkan bantal istemewa khas untuk wanita mengandung. Ia direka khas untuk memastikan wanita hamil dapat melelapkan mata dengan selesa. Oleh yang demikian, anda boleh mendapatkan bantal kehamilan di pasaran kerana ia dapa membantu anda untuk tidur lebih selesa tanpa sebarang gangguan.

 5.   Posisi separuh kedudukan

Sebilangan wanita hamil mendapati mereka lebih selesa tidur dalam keadaan separuh kedudukan. Hal ini bermaksud, mereka akan meletakkan beberapa bantal untuk menyokong belakang anda. namun elakkan daripada berbaring di belakang anda. Oleh yang demikian, keselesaan amat penting untuk wanita hamil.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.