Perkara PENTING Pertuturan Kanak-Kanak Yang Perlu Ditekankan

Yang Mana Dahulu? Interaksi Anak Atau Pertuturan Bahasa?

Kemahiran interaksi hadir dulu sebelum kemahiran bahasa

Mengikut fitrah, pada awalnya bayi akan menangis untuk memberitahu secara ‘tidak sengaja’ bahawa dia memerlukan susu, diapers perlu ditukar dan sebagainya. Bayi juga akan menggunakan senyuman, gelak tawa, bebelan , pandangan dan lirikan mata untuk berinteraksi dan memberi respon kepada kita sehingga sesuatu interaksi itu menjadi interaksi dengan sengaja.

 

Anak Bermain
Imej via DayronV

 

Contoh: Apabila anak mula memahami sesuatu perkara melalui persekitaran dia seperti tunjuk, tarik tangan untuk meminta sesuatu .

Jadi jika anak ada masalah interaksi dan bahasa.

Masalah interaksi perlu diutamakan terlebih dahulu kerana melalui interaksi positif antara ibu bapa dan anak, input bahasa boleh diberikan dengan lebih banyak.

Basically daripada kemahiran interaksi, ianya akan membantu anak untuk meningkatkan kefahaman bahasa, kerana anak mula faham maksud sesuatu perkataan apabila kita mengajarnya melalui situasi harian.

Daripada perkembangan kosa kata, anak akan mula untuk menyebut perkataan yang difahaminya dalam situasi harian mereka dan gunakan dalam interaksi harian bersama orang di sekelilingnya.

Jadi jika anak ada masalah interaksi (social communication) dan bahasa. Target untuk meningkatkan kemahiran interaksi dahulu, kerana ia secara tidak langsung akan membantu kemahiran bahasanya.

 

Bagaimana Pula Bahasa VS Pertuturan?

Bahasa vs Pertuturan yang JELAS. Tricky. Hehe ada perkataan ‘pertuturan jelas’ disitu.

If anak ada masalah perkembagan bahasa dan juga masalah pertuturan yang kurang jelas (pelat). Mana patut diutamakan terlebih dahulu?

Lagi secara fitrahnya walaupun pada permulaannya bunyi pertuturan muncul dahulu bagi membolehkan penghasilan bahasa, tiada budak yang apbila dia sebut sesuatu perkataan, dia sebut terus dgn pertuturan yg jelas.

Anak perlu diperkenalkan dengan sesuatu perkataan yang baru (faham), menggunakan perkataan itu, kemudian dengan banyak latihan pengulangan dan guidance sebutan akan bertambah jelas.

 

Analogi Kemahiran Pertuturan Anak

Pernah terbaca anologi yang diberikan oleh seorang auditory verbal therapist bahawa ianya ibarat membuat kek.

Adunan kek adalah interaksi

  • Lapisan paling bawah adalah foundation (kemahiran mendengar)
  • Lapisan ke-2 adalah kefahaman
  • Lapisan ke-3 adalah penghasilan bahasa
  • Lapisan paling atas , iaitu layer of the cake yg dihias cream adalah sebutan yg jelas.

Jadi if kita hanya fokus kepada, layer of the cake iaitu betulkan sebutan sahaja tetapi lapisan asas (interaksi, mendengar dan bahasa) kurang diutamakan, maka besar kemungkinan kek kita akan runtuh. Sebab mana ada orng buat cake start dgn sapu layer of the cake kan?

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!