11866268_888693457876029_1983762671631433581_nfacebook.com

Anak anak sedang cuti sekolah musim panas sekarang. Najwa dah besar panjang sibuk bawa diri dengan kawan kawannya dan jarang di rumah. Najman pun sama juga. Sentiasa ada aja kawan kawan Najman datang ke rumah menjemput dia ke sana ke mari.

Sebagaimana biasa Najmi aja yang sentiasa di rumah melayan adik adiknya Adam dan Awwab.

Kadang kadang dia bawa adik adik bermain lompat lompat trampoline di belakang rumah.

Ada waktunya Najmi sibuk melayan adik berdua di ruang tamu menonton kartun di Disney Channel.

Ada ketikanya mereka tiga beradik sibuk bermain game angry bird yang menjadi kegilaan Adam di Ipad.

Musim panas musim sibuk Ain di Liverpool Homestay milik kami. Apatah lagi bila musim bolasepak EPL dah bermula maka homestay kami yang sepelaung jaraknya dengan Anfield sentiasa dihuni pengunjung.

Jadi Ain memang sibuk menguruskan tetamu keluar masuk. Ada ketikanya saya temani Ain di homestay terutamanya jika ada tetamu datang dari tanah air yang mahu bersua.

“Abang datang tau kat homestay nanti sebab ada tetamu nak jumpa abang nak bergambar dan minta tandatangan buku UYDL.

Katanya lama dah follow abang di Facebook.

Nak sangat jumpa abang.

Datang tau nanti?”

Jadi dalam kesibukan tugas di universiti saya cuba luangkan masa berjumpa tetamu.

Iyalah datang jauh jauh dari tanahair dan nak bersembang manakam saya sampai hati menolak hajat tetamukan?

Oleh itu selalunya Najmi yang banyak melayan adik adik masa cuti ni. Najmipun seakan faham rutin kami.

Hidup di rantau orang kena bijak rintis peluang kerana kami punyai keluarga besar dan tahun ini tahun kritikal bagi kami sekeluarga menghimpun wang untuk permohonan bagi status penduduk tetap (PR) di UK. Kos belanja permohonan bagi kami sekeluarga sahaja hampir £12000.

Setiap kali meneman Ain ke homestay saya berpesan pada Najmi

” Najmi main dengan adik adik ya? Abah dengan mama gi homestay kejap ada guests check in”

Najmi mengiyakan.

Tapi semalam saya tak meneman Ain kerana kurang sihat jadi saya rehat aja di rumah meneman Najmi, Adam dan Awwab sementara Ain sibuk di dapur menyediakan makanan.

Mula mula saya dengar hiruk pikuk gelak ketawa anak bertiga di ruang tamu.

Tiba tiba pintu bilik tidur saya diketuk. Saya lihat Najmi datang dengan Adam dan Awwab.

” Abah okay bah? Nak Najmi pijak belakang abah?”

Kemudian Adam hampir di tepi katil menyapa

” Hi Babah do you feel better?”

Awwab menyampuk

” Are you okay Babah?”

Saya senyum lihat anak bertiga.

” I pineee Awwab. Can I have a kiss please?”

Awwab datang memeluk saya dan menyuakan pipi. Adam pun datang menyelit sama mahukan perhatian

” Heyyy Adib I want to kiss Babah too “

Adam pulak menyelit sama.

Najmi datang hampir dan duduk di sisi katil sebelah saya sambil mengurut tapak kaki.

Dalam hati berbunga bunga diberi perhatian dek anak anak bertiga.

“Ishhh baiknya tiga tiga ni bodek abah ni. Haaa nak apa ni datang ramai ramai ni?”

Najmi senyum. Adam dan Awwab terpinga pinga tak berapa faham cakap Melayu agaknya.

” What do you want Adam.. Awwab? “

” Takda apalah bah. Boring kat living room tu so we come here nak lepak dengan abah. Bolehkan bah?”

” Bolehhhh Najmi.. bukan kena bayarpun lepak lepak ni kan?”

” Bah kita tak pergi anywherepun summer ni bah. Dah nak habis dah cuti kan? I know you have told us that we need to save money. Tapi kan bah kita tak boleh ke pergi outing somewhere bah? Please bah?

Right Adam? Awwab?

We should have FUN somewhere rightttt?”

Pantas Awwab mengangguk kepala

Di sampuk pula Adam

” Yes Abang Ami. We should go for holiday to Malaysiaaaa. Malaysia is my favourite Babah”

Alahai anak-anak abah. Kasihan juga hati kerana memang kami belum ke mana mana lagi sepanjang hampir 3 bulan anak anak cuti sekolah.

Bercuti dengan keluarga besar seperti kami memang besar belanjanya. Ada juga saya usulkan dalam sembang dengan Ain sebelum ini.

” Ain kalau tak gi jauhpun kita bawaklah anak anak outing dekat dekat sini jadilah ya? Southport ke atau legoland di Windsor ke?”

” Nantilah kita plan ya bang? Ain buat kira kira dulu ya?”

Saya memang tak tahu menahu urusan kewangan. Kesemuanya di uruskan Ain. Gaji saya berapapun saya tak pernah ambil pusing. Wang dari bisnespun Ain uruskan kesemuanya. Saya percaya pada Ain dalam menguruskan hal duit ni.

Lagipun she is a certified banker kan? Itulah untungnya ada professional banker as your soul mate. Semuanya ditanggung beres.

Saya kata pada Najmi lagi yang minggu depan saya bercuti lama menghabiskan sisa cuti tahun.

” Next week abah rasa mama dah plan something Najmi. We will sort something out eh?”

Najmi tersenyum.

“What is going on Abang Ami? What did babah told you? Are we going to Malaysia for holiday?”

Adam tak puas hati kerana tak faham sembang kami.

” Babah said we are going somewhere next week Adam.. Awwab”

” Yeayyyyy thanks Babahhh” ceria Adam dan Awwab.

” But you are not going Adam! You are staying because you are naughtyyyy”

Najmi kenyitkan matanya pada saya. Saya tersenyum kambing.

Muka Adam mencuka tak puas hati

” Arghhhhh.. That’s not fair Babah. I am a good boy. Not fair.. Not fairrrr!!!”

Pantas dia menerjah Najmi bengang diusik abangnya.

” Hahahhahaa dah dah Adam.. Najmi stop it. Stop it.

No Adam of course you are coming with us. Abang Ami is just messing around”

Barulah Adam ceria kembali.

” Abah masa abah kecik dulu kat Ulu Yam Atuk selalu bawak abah pergi vacation tak bah?”

Saya tersenyum.

” Let me tell you about atuk and nenek. Najmi tau kan atuk kerja prebet polis pencen aja. Nenek tak kerja full time housewife.

Jarang sangat atuk bawak jalan jalan bercuti Najmi. Mana ada duit nak jalan jalan.

Kalau adapun pergi KL atuk bawak naik bas sebab abah periksa nombor 1 kat sekolah. Itupun sebab naik bas tu free sebab atuk polis memang naik bas tu free.

Pergi KLpun bawak bekal nasi bungkus. Bawak kopi dalam termos so jimat belanja.

Itupun abah happy sangat dah tau!”

” So how do you have fun those days then? Ada ke fun yang tak bayar duit? Yang free?

But how abah?”

Najmi keliru saya perhatikan.

” Atuk ada aja cara sendiri for us to have fun Najmi”

” Explain abah” Dia curious mahu jawapan.

Saya berfikir sejenak.

” Haaa dulu abah selalu ikut arwah atuk pergi menoreh getah kat kebun kat Ulu Yam.

Atuk Najmi kreatif tau.

Ada sekali tu kami main lumba kutip getah sekerap siapa habis dulu.

Siapa habis dulu dia menang dan atuk bagi hadiah.

Hadiah tak belipun. Biasa atuk bawak bekal nasi so kadang kadang lauk ayam dua ketul. Satu bahagian dada satu bagagian kepak.

Atuk kata sapa habis dulu kutip getah akan dapat bahagian besar ayam tu.

Abah nak bahagian dada so abah sungguh sungguh nak menang kutip getah sekerap kat kebun so kalau menang dapat ayam yang besar.

Selalu abah menang aja. Tapi abah tau atuk bagi chance aja nak bagi abah happy.

Kadang kadang kalau lauk
Ikan goreng seekorpun macam tu. Siapa menang dapat bahagian ekor. Bahagian ekor kan banyak isi dari kepala kan?

Kadang kadang tu bila abah menang atuk bagi abah semua ikan goreng tu. Dia makan nasi dengan sambal dan sayur aja.

Dia kata dia bagi abah bonus sebab kalahkan dia.

Your atuk is an amazing dad Najmi.

He is my superhero”

Najmi mendengar tekun.

” Maknanya kita boleh aja have fun tak payah keluar duitpun kan bah?”

“Exactly!!”

Najmi mengangguk angguk.

” Haaaa so I have an idea how to have fun like right now yang tak payah bayar duit punya”

Kali ni saya pulak berkerut dahi.

” Adam… Awwab.. do you wanna have fun now???”

Kemain teruja Adam dan Awwab

” Yeahhhhh Abang Amiii”

Najmi ambil bantal di belakang saya.

” Pillow fightttttttt yeahhhhh”

Dan atas katil saya kami bergumpal berlawan bantal

PAPPPP… PUKKKK.. KELEPUKKKK!!!

Hahahahhaahaha sakannn kami 4 beranak main pillow fight sampai tercungap cungap!

” Enough.. Enough.. I am tired now Abang Ami”

Dan kami tergolek atas katil ketawa mengekek ngekek.

” This was fun right Awwab?”

” Yeahhh Abannn Amiiii” Jawab Awwab pelat.

” Okay who wants a glass of milk now come follow abang Ami.

No let’s make it more fun. Let us race to the kitchen!

Who wins get the first glass of milk”

Tak habis cakap lagi Adam dan Awwab dah berlari ke dapur.

Tinggal Najmi dengan saya di bilik.

Najmi pandang saya.

Mata kami saling berpandangan

” Bah… Thanks for the story ya bah..”

Saya senyum usap kepala Najmi

” Anytime Najmi. Thank you for the fun we had”

Najmi keluar menuju pintu.

Dua langkah dia berhenti dan berpaling memandang saya sebelum melangkah pergi.

“Bah… You are my superhero too”

Dan dia tersenyum lalu berlalu pergi ke dapur meninggalkan saya termenung.

Allahu…

Siapa kata fun itu perlu dibayar?

Siapa kata bahagia itu mesti mahal dan perlu dibeli?

Bahagia itu pada hati bila berada pada mereka yang tepat hirarki kasihnya.

Walaupun hanya berada di bilik kecil bertemankan bantal empat biji!

Kan?

 

Penulis: Dr Nazali Noor

Nazali Noor merupakan seorang penulis buku yang telah berjaya mencapai status bestseller beberapa tahun dahulu dengan tajuk buku "Ulu Yam di Liverpool -Aku Bukan Mat Salleh Celup". Beliau juga merupakan pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University. Buku tulisan terbaru beliau adalah "Anak-anak Abah" yang boleh didapati di Facebook. Klik sini

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.