Ya, ini adalah artikel yang sedikit serius. Perkara yang penting untuk seorang wanita sebelum menjalin hubungan yang serius dengan lelaki. Dengan erti kata mudah, sebelum berkahwin. Kami ingin kongsikan 7 perkara wanita perlu tahu sebelum menjalinkan hubungan yang serius.

Rahsia Perhubungan

Kredit Gambar

1. Nila Diri

Anda tahu bahawa anda mempunyai nilai diri yang tinggi.Anda tidak merendahkan diri anda dan merasakan tidak layak. Anda tahu bahawa anda berhak untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang yang ‘baik’ kerana anda tahu bahawa nilai anda juga ‘baik’.

2. Pandangan Sebenar Tentang Perhubungan

Ketahuilah bahawa bukan semua masa dalam perhubungan itu indah. Akan tiba berakhirnya fasa ‘bulan madu’ dalam sesuatu hubungan. Jangan terlalu hidup dalam angan-angan. Masalah dalam kehidupan kita, kita sering disajikan dengan idea romatik yang tidak benar. Punyai pandangan yang realistik dan lahirkan perasaan yang konsisten berdasarkan pandangan tersebut.

3. Hubungan Adalah Kemahuan dan Bukan Keperluan

Ketahuilah bahawa apabila anda menjalinkan hubungan, ianya adalah kerana anda sendiri yang mahukan hubungan tersebut berlaku. Ianya bukan disebabkan keperluan diri. Jika hubungan itu dijalinkan berdasarkan keperluan, anda sebenarnya merisikokan hidup dan hubungan anda kepada seseorang. Anda menyebabkan anda terlalu bergantung kepadanya.

4. Punyai Kawan Yang Stabil

Sebelum anda menjalinkan hubungan, dinasihatkan anda mempunyai sekumpulan kawan yang stabil. Hubungan pada peringkat awal cenderung untuk mempunyai masalah, jadi dengan mempunyai kawan yang memahami dapat membuatkan anda sentiasa seimbang secara emosinya. Selain itu, mempunyai kawan membuatkan anda kenal siapa diri anda sebenarnya.

5. Kemampuan Untuk Hidup Sendiri

Anda haruslah mempuyai kemampuan untuk hidup secara sendiri. Ya, hal ini kerana walaupun anda selalunya akan mempunyai teman, tetapi kadang-kala anda juga terpaksa bersendirian seketika. Anda perlu menghormati masa dan pendapat pasangan jua.

6. Sanggup Bertolak Ansur

Anda juga haruslah tahu dan rajin bertolak ansur. Hubungan adalah kebanyakkan tentang bertolak-ansur.Tidak kiralah sependapat mana anda dan pasangan, percayalah akan tibanya masa anda akan mempunyai pendapat yang berbeza. Ketika ini sikap tolak-ansur amat penting

7. Tahu Apa Yang Dicari

Fahamilah apa sebenarnya anda cari. Hal ini kerana secara jangka panjangnya ianya akan memberi kesan kepada hubungan anda. Walaupun ianya adalah sekitika tetapi mampu memberi kesan yang besar.

Anda mempunyai pandangan lain?

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.