pengurusan masa

Zaman sekarang sangat memerlukan kebijaksanaan pengurusan masa. Lebih-lebih lagi kini, kebanyakan wanita adalah bekerja. Jadi, setiap wanita perlu menjadi LEBIH dari sekadar iron lady.

Disini saya tertarik untuk berkongsi artikel hasil tulisan Prof. Dr. Rozieta Shaary berkenaan pengurusan masa demi mengimbangkan keluarga dan kerjaya. Prof Dr. Rozieta, yang sering menggelarkan diri beliau ‘ibu’ merupakan seorang pakar dalam bidang Neuro and Behavioural Sciences.

Diharap, kita semua dapat menjadikannya sebagai panduan dalam menjadi muslimah, ibu dan wanita yang lebih baik. InshaAllah manfaat yang diperoleh kita semua hasil dari perkongsian ilmu beliau menjadi tiket untuknya di syurga kelak.

MARI SAMA-SAMA BIJAK MENGGUNAKAN MASA

Salah satu sebab mengapa para ibu jadi tercungap untuk mengimbangkan kerjaya dan keluarga adalah pembahagian masa. Kita tidak lagi hidup di zaman industri. Kita kini di zaman IT.

Apa kaitannya dengan MASA? Kaitannya ialah, kita tidak lagi dinilai dan dibayar dengan lamanya masa kita melakukan sesuatu tugas tetapi dinilai diatas prestasi kita terhadap tugas itu.

Apakah maksudnya perubahan ini terhadap kerja kita? Banyak. Salah satunya, kita tidak boleh bersenang lenang menggunakan masa lagi didalam setiap tugasan kita. Kerana kita tidak lagi dibayar mengikut masa.

Tetapi kita dinilai mengikut betapa baik, cepat dan tepatnya apa yang kita buat. Walaupun masih ada lagi servis yang mengenakan jumlah bayaran mengikut masa, namun, pelanggan masih menilai mengikut prestasi.

DEMI MASA

Allah telah berfirman di dalam surah Al-Asr mengenai pentingnya masa. Suatu hari Ibu telah dipertemukan bersama Al-Ustaz Don Danial untuk menjadi tetamu bagi program Bicara Kebahagiaan. Suatu yang dikatakan oleh beliau yang terus terpahat kuat di minda dan hati serta jiwa Ibu.

Lamanya jarak masa sejak Nabi Adam a.s sehingga kini berbanding dengan umur seseorang manusia yang hidup di atas muka bumi ini adalah amat lama. Bermaksud, kebahagiaan yang hendak kita capai di dalam dunia ini perlu membawa kepada kebahagiaan yang lama dan berterusan di akhirat kerana masanya adalah jauh jauh jauh lebih lama. Seseorang insan hari ini hidup paling lama pun dalam 100 tahun. Dalam seratus tahun itulah kita perlu melakukan sesuatu untuk kebahagiaan berterusan selepas hidup di sini.

ACTIVITY AXIS YANG MEMBAWA KEPADA ACTIVITY MANAGEMENT

Di dalam buku The 7 Habits by Stephen Covey beliau ada menerangkan perkara ini. Kuncinya bukan pengurusan masa, tetapi pengurusan aktiviti. Sila lihat video ini.

YouTube video

Tugasan atau perkara yang kita lakukan seharian terbahagi kepada empat.
i – Urgent and Important
ii – Important but Not Urgent
iii – Not Important But Urgent
iv – Not important and Not Urgent

Untuk berkesan dalam menguruskan aktiviti supaya efektif menggunakan masa:

1- Senaraikan apa yang anda lakukan setiap hari.
2- Klasifikasikan tugasan ini mengikut kategori di atas.

Selalunya kita menjadi sesak nafas dan tidak cukup masa bukan kerana memang masa tiada, tetapi kita tidak dapat memprioritikan kerja. Ya, ramai yang bekerja dengan bos yang juga tidak bijak menguruskan prioriti, oleh itu kerja di tempat kerja menjadi semuanya urgent dan important. Jika kita mahu effective, kita bukan hanya melakukan banyak urgent dan important, tetapi lebihkan important but not urgent, iaitu bahagian ii.

Apakah contoh-contoh aktiviti untuk setiap bahagian itu?

pengurusan masa

CONTOH AKTIVITI MENGIKUT BAHAGIAN

Contoh Bahagian- i- Urgent and Important

  • Mengendalikan isu Anak bermasalah. Ponteng. Suka melawan. Tidak suka bergaul dengan ibu bapa, bergaul dengan budak-budak nakal.
  • Kerja yang dateline 30 minit lagi!!!

Contoh Bahagian ii- Not Urgent but Important

  • Meluangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti yang merapatkan perhubungan.
  • Merancang kerja dan meningkatkan ilmu, skill dan sikap positif dengan berkursus, membaca buku atau melayari internet

Contoh Bahagian iii – Urgent but Not Important

  • Masa untuk makan. Kain yang berserak.
  • Dateline tugasan kawan.

Contoh Bahagian iv – Not important and Not Urgent

  • Menonton TV sekadar hiburan, bertelefon bercerita kosong, membeli belah atau menghabiskan masa di shopping mall
  • Perkara yang mencuri masa dan kerja anda.

InshaAllah kita ikuti pula sambungan artikel ini ke Bahagian 2 dengan topik rahsia menguruskan masa dengan baik pula.

PERHATIAN: Artikel yang dikongsi di blog adalah hasil gabungan beberapa artikel yang beliau kongsikan. Sekiranya anda berhasrat untuk membaca artikel lengkap, bolehlah melawat page facebook beliau.

Semoga bermanfaat. Wassalam :)

Kredit gambar: Jim Boud, James Bourne

Kredit video: 7 Big Rocks – The Productivity System

Kredit artikel: Prof Dr Rozieta Shaary

Penulis: Ummu Hatim

Ummu Hatim adalah salah seorang penulis tetap di Bidadari.My. Penulisannya banyak mengenai keibubapaan dan tips kesihatan. Menulis untuk mendidik diri sendiri disamping berkongsi ilmu pembacaan yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.